Menyaksikan pertunjukan akrobatik yang menarik, dipersembahkan dalam pelbagai variasi oleh mereka yang rata2 berusia kurang dari 20 tahun, kecuali pemandu motosikal didalam sangkar ( tidak ramai pemandu motorsikal di Beijing ).
Dikatakan mereka dari daerah pendalaman telah diambil berlatih khas sejak berusia 3 atau 4 tahun tanpa mengikuti persekolahan seperti orang lain.
Untuk setiap persembahan mereka dibayar sekitar RMB200-300, kecuali pemandu motorsikal elektrik dalam sangkar yang dibayar RMB 800-1000. Dengan sehari dua kali persembahan, ia menjadi punca rezeki mereka.
Namun masalah timbul apabila mereka telah melepasi usia 20 tahun sedangkan mereka tidak memiliki sebarang kelulusan untuk memasuki pasaran pekerjaan.
Kesesakan Jalanraya
Sepanjang berada di Beijing, setiap keluar pagi, balik malam dan pergerakan dari satu tempat lawatan ke satu tempat lain, terpaksa meredah kesesakan jalanraya yang membosankan. Padahal jalannya lebar-lebar, bertingkat2 dan banyak lane.
Lebih teruk daripada KL rasanya. Terasa macam rugi masa pulak. Berpadananlah dengan Beijing mempunyai penduduk kira2 28juta orang serta 7 juta kenderaan berdaftar.
Bila banyak kereta maka menyumbang kepada pencemaran asap. Maka muncullah pelbagai kenderaan elektrik yang kiut-miut, juga hasil galakan kerajaan. Target mereka kini, go global.
No comments:
Post a Comment