Alhamdulilah, diberikan kesempatan oleh Allah menyempurnakan hajat dan keinginan menjejakkan kaki di salah satu 7 Keajaiban Dunia, suatu yang begitu diimpikan sejak bangku sekolah lagi.
Tembok Besar Negeri China dibina merentasi Timur China dan Barat China sejauh kira-kira 6,200km oleh beberapa Dynasti memerintah China, bermula pada abad ke-7 secara terpisah dan kemudian saling dihubungkan.
Setiap pemerintahan dynasti menyumbang kepada pembinaan Tembok tersebut bagi menghalang serang musoh, khususnya orang Mongolia dan Manchu.
Pembinaan terhenti setelah akhirnya orang Manchu berjaya memasukki Beijing semasa Dynasty Ming sekitar tahun 1600an. Kini tembok ini berfungsi sebagai kawalan imigresen.
Walaupun hanya sempat mendaki tangga dan menyusuri beberapa ratus meter tembok berkenaan, terasa kagum dengan struktur susunan batu binaan yang kelihatan agak kemas dan kukuh berbanding kemajuan teknologi pembinaan pada zaman dulu2, ditambah pula kedudukannya yang terletak di atas tanah pergunungan.
Persoalannya juga, berapa ramai rakyat China yang telah dikerah untuk membinanya serta mati tertimbus atau ditimbus di bawah binaan tembok ?
Main Salji
Tak semena-mena, dapat main snow dan ski hari ni. Rezeki, walaupun tambah duit sikit. Pertama kali dalam sejarah hidup !!
Susah rupanya main ski ni, padahal tengok orang lain tu nampak mudahnya. Tergolek-golek macam buah nangka gugur, sakit belakang dan punggung dibuatnya.
Walaupun kesejukan namun berpeloh-peloh juga badan. Probably kalau praktis betul2, tentu menyeronokkan.
Musim sejuk di Beijing tahun ini dikatakan datang lebih awal daripada yang dijangkakan. Kos persediaan datang ke sini jadi meningkat kerana menghadapi cuaca sejuk juga menyeksakan.
Kena ada kasut khas, stokin, sarung tangan, jacket, long journ dan topi yang khas. Tapi beli di Beijing jauh lebih murah berbanding beli di Malaysia.
No comments:
Post a Comment