Kendatipun Sekadar Catatan Peribadi

Selamat Datang & Terima Kasih Atas Kunjungan
Kendatipun sekadar catatan peribadi, pendapat serta buah fikiran, tentang suka duka, buruk dan baik, namun jika ada yang baik maka jadikanlah ia sebagai tauladan dan sesuatu yang boleh diikuti. Sebaliknya mana yang tidak baik, abaikan atau jadikan ia sebagai sempadan dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan hiasan, lakonan dan ketidakadilan. Lantaran itu adanya Hari Perhitungan yang akan diadili oleh Yang Maha Adil nanti !!

Sesejuk Kesegaran Cameron Highlands

4 Oktober 2025 : Disebalik Kesesakan Cameron Highlands.

Kenangan Majlis Makan Amal Alumi SK PT Kadir 2025

Ia merupakan pertama kalinya diadakan yang menghimpunkan bekas-bekas murid SK Pt Kadir setelah Alumni SK PT Kadir ditubuhkan.

Pameran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kelantan 2025

Lembu2 sado yang menjadi piihan ...

Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh

Suatu inisiatif baik yang perlu dicontohi oleh masjid surau sekitar Besut

Bertugas Pendaftaran Kem Bestari Solat 2025

Cubaan pertama, kira macam test market dulu. Jika ada kudrat boleh anjurkan lagi pada masa akan datang.

Bertandang Ke Pulau Batam-Bintan

Menghayati kebesaran Allah, tanah bekas perlombongan menjadi seolah-olah gurun dengan tasik yang membiru.

Pesta Buku Antarabangsa KL 2008 - PWTC

12hb April yang lalu, aku berkesempatan mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 di PWTC. Memang masa ini aku pilih walaupun tempoh pesta berlangsung ialah dari 4 hingga 13 April. Orang ramai giler. Sesak di luar PWTC dengan kenderaan dan di dalam dengan pengunjung. Sebenarnya bagiku ke pesta buku ini yang menarik ialah dapat jumpa penulis yang tertentu. Kalau nak kirakan diskaun, dengan kad keahlian kedai buku yang aku ada, sudah boleh dapat dah termasuk buku akademik anak-anak. Selalu solat Jumaat di Surau Intan Bukit Kiara, by default pun sudah 10% diskaun di Kedai Bukunya walaupun tanpa kad diskaun. Kali ini aku berkesempatan bergambar dengan Ustaz Ann Wang Seng dan Faisal Tehrani. Yang Faisal memang targetku nak jumpa beliau.

Pertama kali bila jumpa Faisal, aku tanya beliau, ‘masih ingat lagi ke ?’. ’Tak ingatlah ramai sangat .....’, balasnya. ’Itu yang ceramah di surau dengan budak-budak’. Aku cuba mengingatkan beliau. ’Oooooooooo ... ya, ya, apa khabar Abang Haji sekarang’. Baru dia ingat. Katanya, beliau kini sudah menetap di Sentul dan tidak lagi di Melaka. Malu nak tanya ’bila nak kawin', tetapi malu lagi apabila nak bergambar, kameraku habis bateri. Terpaksa gunakan ku punya SE P990i, jadiklah.

Satu yang tak bestnya pesta 2008 ini ialah pengasingan dewan hingga kepada satu dewan di seberang sungai. Laluan yang dibuat seolah-olah memaksa pengunjung ke sana yang jauh sikit. Tak pasti tahun 2007 buat lagu mana. Ini mungkin menimbulkan juga rungutan kepada syarikat yang menyertai pameran ini kerana tentunya memberikan impak daripada segi jualan. Memandangkan ramai giler orang, aku rasa mungkin boleh buat dua kali setahun dah pastikan semuanya 'sebumbung'.

Masa anak-anakku masih kecik dahulu, aku suka ke pesta buku ini untuk mengalakkan anak-anakku berjinak-jinak dan sukakan buku. Cuba-cuba carik kalau ada persembahan bercerita, temui kartunis selain buku-buku lama yang murah-murah.
Share:

Wajah Pengharapan Anak-Anak KIDaS

Share:

Kumpulan Nasyid N.I.C.E.

Lama tak beli CD nasyid. Sejak dengar lagu Senandung Anak Pejuang oleh Kumpulan Nasyid Adikku Sayang bersama Syah Inteam yang sering berkumandang dalam radio IKIM.FM, teringin nak ke kedai muzik cari CD lagu tersebut. Memang sedap dan begitu ’touching’ lagu Senandung Anak Pejuang tu. Tetapi dalam tercari-cari, terjumpa album kumpulan baru yang dinamakan NICE. Sekali dengar, wau .... terus terpikat dan memang sungguh menarik. Pasti bakal meletup. Tetapi rupanya lagu Istimewa Tiada Dua telah masuk separuh akhir program Muzik Muzik TV3. Tak tahu pun, sebab tak ikuti perkembangan program tersebut.

Melihat daripada kulit album, macam tak percara yang itu album nasyid. Pakai kot dan bertali leher. Genre muzik nasyid kontemporarinya pun lain daripada yang lain, katanya pop dan R & B. Ini memang jauh berbeza dengan lagu nasyid konvensional. Mungkin ini cara mereeka untuk menarik golongan remaja yang memerlukan suatu yang dikatakan ’pembaharuan’. Namun persoalan kini apakah yang dikatakan ’irama nasyid’ ?


Nice bermaksud “Networked Individuals Calibrated for Exploration” yang dikatakan bermaksud sekumpulan individu yang berhubung baik antara satu sama lain yang bermatlamat untuk menentu ukur penjelajahan mereka di dalam industri nasyid supaya diterima sehingga ke seluruh dunia. Hebat wawasan.

Latar belakang ahli kumpulan ini pula hebat-hebat juga. 3 orang lulusan Mahad Muhammadi dan seorang lulusan SM Teknik Selangor. Izwani ( asal Johor ) sedang menuntut di UPM , Afiq ( asal Selangor ) sedang menuntut di UIA ( Engineering ), Taqie ( asal Kelantan ), pemegang Diploma Tahfiz Darul Quran sedang menuntut di UKM ( Pendidikan Islam ) dan Ucu ( asal Selangor ) sedang menuntut di PTPL ( Diploma Perakaunan ). Mereka semua rupanaya adalah anak didik penyanyi Hazami. Semoga maju jaya perjuangan mereka dalam industri nasyid tanah air.
Share:

Si Bangsat Geert Wilders

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube. Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks. Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.

Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.
Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Share:

Benarkah Kita Mencintai & Menjadikan Nabi s.a.w Sebagai Ikutan?

Pertama kali diucapkan selamat menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w kepada semua kaum muslimin dan muslimat, semoga sambutan kali ini memberi nafas baru kepada kita untuk menjadikan segenap ajaran baginda inspirasi menuju kecemerlangan hakiki. Namun apa yang perlu diutarakan ialah satu persoalan yang mungkin tidak terlintas dalam pemikiran kita semua, berhubung kebenaran kecintaan dan ikutan kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w.

Isu perarakan yang dilakukan pada awal pagi 12 Rabiulawal saban tahun seolah-olah menggambarkan bahawa rakyat Malaysia yang beragama Islam menunjukkan kesungguhan mereka untuk mencintai Rasulullah, tetapi apakah benar mereka mencintai Rasulullah setelah selesai melakukan perarakan?.

Sesungguhnya kecintaan terhadap Rasulullah tidak terhenti pada majlis perarakan, kalau itu yang berlaku, ia bermakna tidak ada perbezaan dengan tindakan Abu Lahab (Pak Cik Nabi) setelah mengetahui bahawa Rasulullah diputerakan, lantas beliau mendakap jasad baginda yang mulia dan membawanya mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan (serupa amalan tawaf mengelilingi Kaabah).

Tetapi apa yang terjadi kepada Abu Lahab setelah baginda meningkat dewasa dan dilantik pula menjadi Rasul terakhir, beliaulah orang yang paling keras menentang kebenaran yang dibawa oleh anak saudaranya sendiri.

Inilah yang terjadi kepada kebanyakan umat Islam dalam negara kita, pada waktu pagi berarak, dan di waktu petang hari melakukan tindakan yang menentang Islam dengan penganjuran program maksiat seperti membenarkan konsert Akademi Fantasia 6 disiarkan menerusi Astro dua hari selepas berarak (22 Mac 2008).

Tidakkah golongan seperti ini perlu memerhatikan ayat Allah menerusi surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud: Katakanlah Wahai Muhammad (kepada umatmu) Jika kamu cintakan Allah, maka ikutlah aku, pasti Allah cinta kepada kamu.

Dalam ayat 21 surah al-Ahzab, Allah menegaskan bahawa: Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh teladan ikutan yang baik. Sementara dalam ayat 8 surah as-Soff maksudnya: Dialah (Allah) mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dengannya dapat mengalahkan agama seluruhnya walaupun tindakan baginda itu tidak disukai oleh golongan orang-orang musyrikin.

Apabila kita merujuk kepada ketiga-tiga ayat di atas, yang menganjurkan kepada kita agar mencintai baginda, menjadikan baginda contoh teladan, membawa petunjuk ke jalan kebenaran, dan banyak lagi, tetapi adakah kita telah mengikut saranan ayat-ayat di atas.

Umat hari ini selepas berarak, mereka membenci sunnah-sunnah Nabi, sebagai contoh melantik para pemimpin yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah sampai hari ini walaupun negara sudah merdeka lebih lima puluh tahun.

Mereka juga tidak menjadikan baginda Rasulullah s.a.w sebagai contoh dalam segenap aspek kehidupan sebagai muslim, ini termasuk dalam aspek pentadbiran negara, institusi kewangan, kemasyarakatan, persekitaran dan lain-lain, semuanya diikat dengan sistem Sekularisme, Kapitalisme dan lain-lain.

Malah mereka juga tidak yakin bahawa agama Islam adalah agama yang betul dengan prinsip rukunnya yang lima, hingga mencipta satu agama baru "Islam Hadhari" dengan prinsip yang sepuluh dengan pelbagai alasan.

Dalam Islam, perkataan Islam dan Iman tidak boleh dipisahkan bagaikan aur dengan tebing, jadi kalau ada Islam Hadhari, mestilah juga ada istilah Iman Hadhari, Islam Hadhari diterjemahkan dengan Islam yang bertamadun, ini menunjukkan ada lagi istilah Islam yang tidak bertamadun.

Inilah yang dikatakan bahawa kalau tidak mahu terima Islam sebenar, itu adalah haknya untuk menolak, tetapi jangan sampai mengajak orang ramai (rakyat) menentangnya juga. Ingatlah apa yang pernah diungkapkan oleh Saidina Omar Bin al-Khattab: "Dulu kami adalah golongan yang hina kerana menolak Islam, kemudian Allah muliakan kami dengan Islam, tetapi apabila jika kami mencari kemuliaan selain daripada Islam, pasti Allah akan timpakan penghinaan atas diri kami".

Ustaz Zainudin Hashim
21 Mar 2008

Share:

Selamat Maju Jaya Tn Hj Najib

27 Mac 2008 merupakan hari terakhir Pengetua SMK Saujana Utama Tn Hj Najib Ayob di SMK Saujana Utama. Beliau hanya sempat berkhidmat di SMKSU selama 1 tahun 12 hari dan ditukarkan ke SMK Dengkil. Nampaknya tidak sempat bersama dalam program anjuran bersama Surau Al-Hidayah dan BTN pada Mei 2008 nanti. Pada kesempatan ini, jutaan terima kasih diucapkan atas khidmat yang diberikan kepada anak-anak didik kita di SMKSU khususnya. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada Surau Al-Hidayah. Semoga sentiasa diberkati Allah atas segala usaha dan bakti yang telah dicurahkan.
Share:

Kelas KAFA vs Xtvt Ko-Kurikulum SK

Hari Rabu telah ditetapkan oleh Sekolah kebangsaan ( SK ) untuk diadakan aktiviti ko-Kurikulum ( ko-ko ). Yang belajar sesi pagi, kena datang waktu petang, begitulah sebaliknya yang belajar sesi petang, kena datang untuk aktiviti Ko-ko sebelah pagi. Kesannya ialah kepada mereka yang belajar di Sekolah Agama, selain masalah pengangkutan murid-murid nak pegi balaik menghadiri ko-ko ini. Beberapa 'cubaan' pihak pengurusan KIDas dilakukan dalam mengatasi secara 'sendiri' ekoran mesyuarat AJK Pengurusannya pada 20 Mac lalu ... Pihak KIDaS memang sedar yang kita kena akur dengan 'rentak' sekolah kebangsaan ( yealah ... sapalah kita .. ehem !!! ) dan padangan umum, ‘ah, sekolah kebangsaan lagi penting dan perlu diutamakan’. Pihak SK atau PIBGnya tentunya berpendirian ‘kalau sekolah agama bermasalah, tentu mereka akan datang mengadap’.



Sesi petang KIDas adalah untuk tahun 2, 3 dan 6. Tahun 2 takada ko-ko. Tahun 3 koko hanya minggu ke-3 dan ke-4 di mana mereka akan ‘dilepaskan’ oleh KIDaS pada jam 3.40ptg. Manakala tahun 6, minggu ke-1 dan ke-2 akan ‘dilepaskan’ pada jam 3.40 petang, manakala minggu ke-3 dan ke-4 tak gi sekolah sebab xtvt start jam 3 petang.

Jika takde ko-ko, termasuk pada minggu ke-1 dan ke-2, masa sekolah macam biasa. Tapi kalau murid ‘memilih’ nak stay di KIDaS, pembelajaran akan diteruskan dengan pengubahsuaian berdasarkan bilangan yang ‘stay’ dan mungkin lebih menumpukan kepada xtvt ulangkaji dan pengukuhan sahaja. Untuk murid tahun 6, akan difikirkan semula penyelesaian seperti ‘kelas ganti’ disebabkan tidak hadir sekolah pada minggu ke-3 dan ke-4 kerana mula xtvt ko-ko pada jam 3.00 ptg.

Sesi pagi KIDas adalah untuk tahun 1, 4 dan 5. Tahun 1 tiada ko-ko. Untuk darjah 4 dan 5 mereka tidak hadir ke KIDaS setiap Rabu keran ikuti xtvt ko-ko di SK. So penyelesaian yang dibuat ialah dengan mengurangkan bilangan masa setiap subjek sebanyak 5 minit bagi membolehkan satu subjek tambahan dibuat pada akhir waktu setiap hari, tanpa mengubah masa balik murid. Ada cadangan untuk mengekalkan masa setiap subjek, tetapi menambah satu masa pada akhir waktu. Tetapi ini memberi kesan kepada majoriti murid disebabkan masalah 'pengangkutan'.

Memang masalah utama adalah pengangkutan dan seterusnya boleh menular kepada masalah keselamatan pula. Kalau kelas tambahan nak buat hari sabtu, berdasarkan pengalaman kita, kehadiran selalunya teramat kurang memberangsangkan. Xtvt ko-ko bukan hanya untuk pelajar masuk asrama penuh. Berapa ramai anak SKSU masuk asrama penoh tahun lepas daripada beratus-ratus pelajarnya ? Tapi xtvt ko-ko adalah untuk membina so called sahsiyah, kepimpinan, bakat dan keterampilan anak-anak kita.


Nak buat aktiviti ko-ko hujung minggu ? Perlu diingat bak bak kata pepatah kawan saya ... dulu guru memang ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain, tetapi kini guru ibarat lampu eletrik yang perlu dibayar bilnya
Share:

Selamat Tinggal Kontena ?

Dalam meeting AJK Pengurusan KIDaS yang lalu ( 20 Mac ), keputusan di ambil untuk tidak lagi menggunakan kontena. Kontena yang tidak digunakan belum dipastikan hendak digunakan semula untuk tujuan lain, dijual, sedekah or bakar sahaja. Kalau ada proposal, amat dialu-alukan sebab masa PRU12 lalu, ada 'arahan lisan' yang meminta bahawa selepas PRU12 kontena tersebut hendaklah dialihkan segera sebab Tadika hendak dibina ... Tetapi tidak dipastikan se valid mana arahan tersebut selepas PRU12 ? Dalam penyusunan semula kelas nanti, KIDaS perlukan 12 buah kelas sahaja bagi setiap sesi.

Bangunan baru nanti hanya ada 10 kelas sahaja. So sebagai alternatif untuk mengatasi kekurangan ....

a. Dua kelas ( setiap sesi pagi dan petang ) akan terus belajar di kedai yang disewa yang mungkin lebih selesa berbanding dalam kontena.
b. Tambahan dua kelas lagi akan dibina dalam surau, antaranya di berandah sebelah muslimat. Pembinaan dan pengubahsuaian sedang dilakukan sebagaimana gambar berikut ...
Kelas ini akan juga digunakan oleh Surau Al-HIdayah untuk kelas tertentu yang dirancang seperti Klinik Al-Qur'an Dewasa, Klinik Rawatan & Pengubatan Islam, Kelas Tuisyen serta Kelas Fardhu Ain untuk saudara baru.
c. Tahun hadapan KIDaS kita akan hadkan murid hanya dalam bangunan baru sahaja. Harapnya pembinaan SRA dipercepatkan or hantarlah anak ke KAFA / SRI lain ...
Share:

Ulasan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Tentang PRU12 Arau Perlis

Pada hari Isnin, 17hb. Mac 2008, sebelum memulakan kuliah pengubatan Islam, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din memberikan ulasan ringkas tetapi padat tentang keputusan Pilihanraya Parlimen Arau yang ditandingi oleh beliau. Berikut adalah transkrip ucapan beliau;

Saudara dan saudari sekalian, selesai sudah cerita pilihan raya. Setelah pengumuman keputusan pilihanraya, saya menerima banyak SMS, saya anggarkan hampir 120 semuanya, yang paling ramai mengucapkan takziah serta perasaan dukacita dan sebagainya. Yang saya suka (sambil tersenyum), ada juga yang mengucapkan tahniah.

Apa yang saya ingin nyatakan di sini bahawa, dalam sesuatu perjuangan yang begitu besar, seperti perjuangan untuk mendaulatkan Islam, ia berhajatkan kepada suatu pengorbanan yang cukup besar. Walaupun kemenangan yang semua orang kehendaki dan cita-citakan tetapi hendaklah jangan lari daripada landasan bahawa sesuatu yang besar itu kita tidak mengetahui adakah ia baik atau buruk. Sebagai contoh, kekayaan, perkahwinan, jawatan dan kemenangan pilihanraya, tidak selama-lamanya ia baik dan tidak selama-lamanya ia buruk. Yang mengetahui kebaikannya dan keburukannya hanya Allah SWT sahaja.


Disyariatkan kepada kita supaya menghadap Allah SWT apabila kita hendak membuat sesuatu kerja-kerja besar. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita beristikharah kepada Allah SWT, di antara mesej dalam Istikharah itu kita nyatakan;
Justeru itulah, sebelum menyertai pilihanraya ini, saya lakukan Solat Sunat Istikharah dan saya bermohon kepada Allah SWT, seandainya yang saya lakukan ini adalah baik bagi saya, bagi agama saya, bagi dunia saya dan akhirat saya, hidup saya yang segera, hidup saya yang panjang, sekiranya kesemuanya berfaedah bagi saya, maka Ya Allah saya bermohon agar ianya berjaya dan berilah kekuatan kepada saya untuk menanggung amanah tersebut.

Ya Allah, kalau yang saya buat ini, ianya tidak baik bagi saya, ianya jahat bagi saya, ianya tidak baik bagi agama saya, bagi dunia saya dan akhirat saya, kehidupan saya yang dekat atau yang jauh, jika kesemuanya tidak baik, maka janganlah Engkau anugerahkan kemenangan itu kepada saya. Saya serahkan kepada-Mu ya Allah.

Itulah yang saya bermohon kepada Allah SWT bila menghadapi persoalan yang seumpama ini. Dan akhirnya mendapat jawapan bahawa saya tidak kalah tetapi belum menang lagi. Tidak ada apa yang hendak dikecewakan.

Ada yang mengatakan mana mungkin dalam suasana tsunami politik yang begitu hebat, kemenangan yang tidak diduga-duga dikebanyakan kawasan, tetapi Ustaz Haron Din boleh kalah. Jangan mengatakan begitu, nasihat saya jangan saudara lihat kepada orang yang kalah, lihat kepada yang menang. Jangan lihat kepada angka kepada berapa orang yang kecundang, lihat kepada angka orang yang berdiri teguh yang memegang kuasa. Itulah yang saya katakan tidak ada perkara perlu disedihkan kerana perjuangan belum tamat. Kita perlukan keazaman untuk terus berjuang untuk menegakkan kalimah Allah SWT di mukabumi ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang bersimpati kepada saya, yang telah pergi dari Bangi, Kuala Lumpur dan dari tempat lain ke Perlis, yang turut bersama saya berkempen, bergelomang dalam kancah pilihanraya, meninggalkan anak isteri, berkorban masa, wang ringgit, tenaga, baik muslimin dan juga muslimat, saya mengucapkan terima kasih, kesemuanya tidak sia-sia di sisi Allah SWT. Semoga Allah lah yang membalasnya.
Share:

Selesai Sudah PRU12

PRU12 telah berlalu. Memang keputusannya sangat mengejutkan. Buat Pertama kalinya parti perintah dinafikan majoriti 2/3, suatu majoriti yang diperlukan untuk mengubal sebarang akta atau undang-undang baru peringkat negara. Macam sukar dipercayai negeri Perak, Selangor dan Kedah boleh terlepas dari BN. Pulau Pinang memang dah ku rasakan, sebab menjadi idaman DAP. Kelantan walaupun nampak macam ‘hebat’, tapi BN gagal dan jauh merosot prestasinya berbanding PRU11. Buat pertama kali pula PAS menang kerusi di Johor secara bertanding yang barangkali tidak pernah terfikir oleh sesiapa. Bagaimana Samy Velu, Kayveas, Ko Soo Koon, Shahrizat dan Zainuddin Maidin boleh kalah ? Pihak pembangkang pun rasanya tidak menyangka boleh ‘menang besar’ dan tidak cukup bersedia untuk memerintah negeri … Apakah benar rakyat sudah muak dengan media arus perdana lalu laman blog, internet, e-mail dan media pembangkang yang menjadi punca 'peralihan' mod pengundi ?

Namun penyusunan tapuk pemerintahan menjadikan rakyat banyak belajar beberapa perkara. Kisah Idris Jusoh dan Sahidan Kasim tidak dapat perkenan Sultan. Ir Mohd Nizar jadi MB Perak walaupun PAS menang 6 kerusi berbanding DAP dan PKR yang majoriti. Teringin nak dengar ’ceramah’ beliau, sebab nampak very ’berkarisma’ tinggi orangnya. Selangor sebagai negeri yang kaya, rasanya kerajaan baru tidak banyak menghadapai banyak masalah untuk jadi Negeri Berkebajikan. 20 liter air paip pun percuma mulai April 2008 ini. Tapi apakah akan jadi dengan kilang arak di Shah Alam tu ? Apakah itu kuasa kerajaan Pusat ?

Pengecilan saiz kementerian sehingga tiada lagi Setiausaha Parlimen tentunya akan memanaskan punggung Menteri dan Timbalan untuk berhadapan dengan 82 wakil parti pembangkang. TG Hj Hadi, Mahfudz Omar, kembali mengegarkan Dewan Rakyat kali ini. Bagaimanapula Tian Chua, Dr Lo’Lo, Dr Hatta dan Nurul Izzah ?

Mungkin atas alasan itu ada yang menarik dari daripada sebarang jawatan Menteri or Timbalan Menteri. Tapi barisan kabinet Paklah yang baru agak sukar ku baca, apatah lagi aku bukannya penganalisis politik. Bagaimana Rafidah boleh gugur, sebaliknya Sahrizat dilantik sebagai Penasihat Hal Ehwal Wanita. Mashitah dan Mike Tyson walaupun tidak bertanding, tetapi dilantik. Harap-harap benarlah kata Paklah, barisan kabinet baru ini telah mendapat ’perkenan’ daripada BPR. Namun perlantikan Zaid Ibrahim tambah memeningkan kepalaku dan menjelikkan. Aku tidak boleh lupa apabila beliau menyaman kerajaan Kelantan dan Terengganu berkenaan hukum Hudud. Tidak pasti lagu mana kedudukan isu itu sekarang. Memang tidak dinafikan beliau 'kaya' dan pemurah tetapi orang kelantan tidak boleh lupa akan baner merentasi jambatansultan Ismail bertulis .. .."kalu kita mene kita akan gugurkan enakmen hudud" dalam kempen PRU11 2004 .....

PRU12 telah berlalu. Bagi yang menang kena teruskan khidmat dengan janji yang dipikul. Mengekalkan kemenangan dalam PRU13 nanti adalah suatu yang amat sukar ...
Share:

Tahniah "Kak Di" SPM 2007 - 11A

Ah, sibuk betul sekarang ... sama ada di ofis, rumah, serta aktiviti dan perancangan seharian. Aku sebenarnya nak pinda layout blogku ini, tapi asyik 'ada error' dan masih gagal sebelum bercadang nak tulis banyak-banyak. Anyway kelegaan yang amat sangat bila Kak Di ( anak ke-3 ku ) dapat 11A ( 7A1, 4A2 ) dan 1B3 dalam SPM yang baru diumumkan pada 12 Mac lalu. Walaupun tidak mencapai sasaran peribadi anakku itu, namun syukur dengan keputusan yang ku kira cukup memberangsangkan. 12 April nanti kenalah pegi sekolahnya untuk majlis penyampaian anugerah kecemerlangan.
Share:

Kursus Pemantapan Aplikasi Lesen Memandu MyKad

Kursus Pemantapan Pelaksanaan Aplikasi Kemaskini Maklumat Lesen Memandu Ke Dalam Mykad bagi meningkat dan memantapkan pelaksanaan transaksi kemaskini maklumat lesen memandu ke dalam MyKad di kaunter Pejabat dan Cawangan JPJ seluruh negara telah di adakan pada 10 hingga 14 Mac 2008 di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Melaka. Ini juga sebagai persediaan selaras dengan cadangan untuk menamatkan penggunaan lesen bersalut plastik yang digunakan sekarang. Sebaliknya Mykad sahaja.

Mungkin rungutan timbul,bagaimana hendak tahu bila tamat tempoh lesen memandu. Ada beberapa cara. Pertama, boleh semak secara percuma di www.jpj.gov.my. Keduanya semakan menerusi SMS dengan menaipkan JPJNo Kad Pengenalan then send to 32252. Cajnya rasanya lebih kurang RM 0.65 sahaja. In the future, ada beberapa saluran lain akan diperkenalan. Kalau polis tanya, jawab aje lesen dalam Mykad. Tak payah susah-susahkan fikiran.

Share:

Kenangan PRU12 Dun Kota Putra Besut

Semasa pengundian dalam Pilihanraya Umum Ke-12 ( PRU12 ) lalu, aku pulang ke Besut bagi menunaikan tanggungjawab dan hak sebagai warganegara Malaysia. PRU12 telah mencatatkan keputusan yang mengejutkan semua pihak. Ramai Menteri kanan tewas dan beberapa buah negeri kini jatuh kepada ‘pembangkang’. Tetapi Terengganu masih macam itu, entahlah … sukar difahami pengundi Terengganu. Gambar berikut adalah yang sempat aku rakamkan di Pusat Pembuangan Undi SK Pengkalan Nyireh bagi DUN Kota Raja, Besut Terengganu.

Share:

Hal KIDaS Jadi Modal Kempen PRU12

Semasa dalam perjalanan pulang mengundi, beberapa rakan ku call sebab KIDaS dijadikan modal kempen untuk meraih undi. Malas nak fikir panjang lantas aku minta rakaan ku jawabkan sebagaimana SMS berikut, ""Saya kesal bila kidas diheret dlm percaturan politik menjelang pru12. Saya akan jawap lepas pru. Mohon siar dlm sunet".

3 hari lepas PRU12 aku baru dapat baca flyer yang dimaksudkan ... menarik tapi tak tahulah macamana nak jawab ... cumanya, seingataan saya tidak pernah saya menerima dua kali jemputan tersebut, sama ada secara lisan mahupun bersurat. Mungkin cuma hal-ehwal borak-borak di meja kopi lantas dijadikan modal 'kempen' meraih simpati dan sokongan, oleh itu saya rasa saya nak abaikan aje flyer tersebut ... tiada rahasia besar yang ingin disembunyikan.

Tambahan pula usaha nak bina KIDaS tu rasanya lebih dahulu dilakukan berbanding dengan kelahiran mana-mana pertubuhan politik di Saujana Utama. Mula bina bukan bermakna mula curucuk start di ketuk. Ini termasuk dua kali dibentangkan kepada YB Amiruddin semasa perjumpaan dengan NGO-NGO di Saujana Utama ( di Surau An-Nur dan Al-Hidayah .. tidak ingat tarikh ) dan sekali kepada YB Daud Tariheap di SMK Saujana Utama ... Seingatan saya, hasrat ini secara umumnya juga dimaklumkan dalam pertemuan antara AJK 'Tertinggi' Surau Al-Hidayah dengan AJK Tertinggi serta Biro Agama pertubuhan politik berkenaan ( tak ingat tarikh ).


Saya rasa keseluruhan AJK Al-Hidayah, KIDaS serta pembinaan KIDaS sedar akan pembinaan KIDaS adalah untuk mesyarakat sekitar. Kami juga sedar akan pelbagai pihak yang memberikan sumbangan ... ini juga selaras dengan slogan Surau Al-Hidayah iaitu, 'Al-Hidayah Untuk Semua'. 'Al-HIdayah' dalam erti kata fizikal surau sebagai 'focal point', tetapi mudah-mudahan memberikan 'petunjuk' kepada kita semua.

Sekiranya sesiapa ingin membantu, dipersilakan. Tidak perlu tunggu orang mohon datang 'mengadap' dan 'bersembah' kerana mereka mungkin 'malu' atau ada alasan lain. Banyak pembangunan lain yang diperlukan dan rasanya sedang bermasalah ( berdasarkan pandangan mata ) di Saujana Utama. Bantulah mereka dan jangan tumpuan hanya kepada Al-Hidayah. Tidak perlu tunggu dapat permohonan rasmi atau mereka sendiri datang 'menyembah'.

Senario politik telah berubah, cerita panjang pun buang masa sahaja. Pihak KIDaS akan berusaha terus memastikan KIDaS akan dapat digunakan seawal April 2008. Bantu dan doakan kami, untuk kepentingan bersama. Insya'allah.

Sekian. Ampun maaf dari saya ... akhir kata terimalah sebahagian lirik lagu dendangan Ustaz Akhil Hayy ( yg akan berkunjung sekali lagi di Surau Al-Hidayah pada 11 May ) ...

Ikhlas Dariku ..

Aku bukan seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai menyulam rahsia
juga tak pandai bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..
Share:

Status Pembinaan Bangunan JPJ Data Center

Lepas meeting pada 21 Februari di Putrajaya, singgah kejap saja nak tengok. Wau, terkejut juga sebab rasa cepat pulak progresnya. Kalau macam ini, mungkin this year juga siap. Ah, jauhlah nak berulang-alik kali ini kalau masih kerja ofis sekarang ...
Share:

Nafiri Pilihanraya Umum Ke-12 Ditiup

Sekonyong-konyong, tiupan nafiri Pilihanraya Umum Ke-12 pun ditiupkan apabila Pak Lah membubarkan parlimen 12.30 tengahari 13 Februari 2008. Ketika itu aku sedang menghadirkan diri di Kursus Pengurusan Kewangan di Everly Hotel Melaka. Memang ramai yang menduga pilihanraya akan diadakan dalam bulan Mac 2008, kerana tempoh eddah Anwar Ibrahim untuk membolehkannya bertanding ialah April 2008. Walaupun perkara ini dinafikan oleh Pak Lah tapi ramai yang percaya faktor Anwar begitu signifikan.

Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan 24 Februari 2008 sebagai tarikh penamaan calon dan 8 Mac sebagai tarikh mengundi. Masa balik Terengganu sempena cuti Tahun Baru Cina tempohari, perang poster sedang hebat berlangsung. Tak tahulah macamana nak buat ramalan, tetapi rasanya begitu sukar kerajaan BN untuk dinafikan majoriti 2/3 di Parlimen. Anyway teringat akan doa yang dibacakan oleh Imam Masjid Bukit Damansara masa solat Jumaat tadi, yang lebih kurang berbunyi, ‘Ya Allah, jadikanlah kerajaan yang dibentuk nanti terdiri daripada orang yang takutkan Mu Ya Allah. Hancurkanlah golongan yang kerananya Islam tidak akan ditegakkan di bumiMu Ya Allah’.
Share:

Dato' Ishak Baharom Meninggal


Tetiba dapat SMS yang Dato’ Ishak Baharom, bekas Mufti Selangor sedang koma di Hospital Sungai Buloh dan keesokannya meninggal dunia. Lama tak dengar cerita beliau. Pernah juga nak bawa ke Surau Al-Hidayah, tapi tidak kesampaian. Nampaknya beliau telah pergi. Aku berkesempatan menunggu jenazah beliau di Masjid Shah Alam seawal 9.00 pagi. Jenazah tiba jam 10 pagi, diikuti dengan tahlil dan sembahyang jenazah. Orang ramai di Masjid Negrri Shah Alam. Turut kelihatan Mat Taib ( ex MB Selangor ), Dr Badrul Amin, Ustaz Ahmad Awang, Dr Syed Azman ( ex-MP Kuala Terengganu ), Ustad Farid Ravi, penyanyi Nasyid Hijjaz. Masa bersalaman dengan Sdra Isman Hijjaz, 'Masya'allah ... ramainya', bisik beliau. Memang menyayukan hati, pergi seorang yang begitu dihormati. Sebelum bertolak dari masjid ke tanah perkuburan, laungan Takbir 'Allahu Akbar' bergema 3 kali. Pengkebumian selesai kira-kira 11.00 pagi. Selepas selesai talqin, bergema lagi takbir 3 kali ...



dari www.bharian.com.my 31 Januari 2008

BEKAS Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, 80, yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rasmi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB), petang semalam, adalah seorang tokoh agama yang dihormati, bukan saja di Selangor, malah di seluruh negara.

Beliau dilantik sebagai mufti kelima di Jabatan Mufti Selangor secara kontrak pada 16 Ogos 1985, ketika berusia 58 tahun, iaitu tiga tahun selepas bersara sebagai guru agama. Kontrak Ishak, anak kelahiran Kanchong Darat, Banting, ditamatkan pada 1997, atas faktor usia.

Ishak, adalah anak pasangan Baharom Jabar yang berasal dari Banjarmasin, Sumatera dan Fatimah Junid, yang berasal dari Melaka. Beliau yang mempunyai lima adik beradik mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Datin Maznah Yusuf yang berasal dari Manung, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak, Shahmun, Nawal dan Ahmad Fuad.

Pada Julai 1994, Maznah meninggal dunia ketika berusia 50 tahun selepas berada dalam keadaan koma ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Beberapa tahun selepas kematian Maznah, Ishak berkahwin dengan seorang pegawai tadbir di Jabatan Pendidikan Selangor, Khalijah Abdullah, 48, dan mereka mengambil anak angkat, Nasim, yang kini berusia dua setengah tahun.

Ishak bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 hingga 1941 dan pada 1945, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Prai, Pulau Pinang, sebelum melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India. Beliau digantikan Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid sebagai mufti Selangor pada 1998 dan berkhidmat sehingga kini.

Sepanjang Ishak menjadi mufti selama 12 tahun, beliau terpaksa melalui pelbagai kontroversi. Antaranya ialah apabila beliau menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan tiga gadis Islam yang juga model sambilan, menyertai satu pertandingan ratu cantik pada 1997. Pendirian tegas beliau bukan saja menyebabkan ramai pihak terkejut, ada yang mempertikaikan tindakan Jais.

Ia juga menimbulkan satu lagi kontroversi, apabila akhbar lidah rasmi Pas, Harakah, melaporkan Ishak menuduh iman Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai terpesong berikutan kenyataan Dr Mahathir mengenai kes penangkapan tiga peserta terbabit.

Lanjutan daripada laporan Harakah itu, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tersinggung dengan kenyataan Ishak, namun isu berkenaan dianggap selesai selepas Ishak menjelaskan keadaan sebenar. Pun begitu, tidak lama kemudian, Ishak melahirkan rasa sedih dan kekesalannya kerana tiada seorang pun pemimpin kerajaan negeri yang mempertahankan tindakan Jais menahan ketiga-tiga gadis itu.

Kenyataan Ishak itu dikatakan dibuatnya ketika beliau menyampaikan satu ceramah di Masjid Az-Zubir Ibnu Al-Awwam di Cheras. Ketegasan Ishak dalam isu membabitkan akidah dan cara hidup umat Islam di Selangor memang sudah diketahui sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai mufti.

Pada awal 1996, Ishak mengeluarkan kenyataan mengharamkan perbuatan merokok di kalangan umat Islam. Beliau yang juga Pengerusi Perunding Hukum Syarak Selangor ketika itu, memberi penjelasan bahawa ada bukti kukuh mengapa perbuatan merokok dianggap sebagai haram. Antara alasan yang diberikan ialah ia membahayakan kesihatan dan hakikat itu sudah diakui pakar kesihatan sendiri.

Ishak juga pernah membuat kenyataan bahawa pinjaman yang dibuat penjaja dan peniaga kecil Melayu daripada along atau ceti haram menunjukkan mereka tidak mengambil berat soal halal haram hingga sanggup membuat pinjaman atau berurusan dengan mereka.

Ishak menegaskan bahawa perbuatan itu bertentangan dengan hukum syarak kerana ia ada unsur riba yang hukumnya adalah dosa besar. Sepanjang beliau menjadi mufti sehingga ke akhir hayatnya, Ishak menjadi penceramah dan pendakwah bebas walaupun beliau pernah diharamkan kerajaan Selangor, daripada menyampaikan ceramah di masjid dan surau negeri itu pada November 1998. Bagaimanapun, larangan itu ditarik balik pada Februari 1999.

Secara peribadi, Ishak berpegang kepada prinsip jika kita berbuat baik kepada orang tanpa mengira kaum dan keturunan, Tuhan akan membalas perbuatan dengan balasan yang baik.

Selain itu, Ishak percaya setiap individu tidak perlu berkira untuk membantu atau berkorban kepada individu lain asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran agama dan berada di jalan yang benar. Biarpun Ishak sering berdepan dengan pelbagai kontroversi, dengan prinsip yang dipegangnya sepanjang hayat beliau, Ishak tetap disayangi keluarga dan orang yang mengenalinya sehingga akhir hayat beliau.

Ishak menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika dirawat di HSB akibat pendarahan dalam otak selepas tidak sedarkan diri sejak pagi kelmarin, kira-kira 30 hari selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-80 tahun pada 1 Januari lalu.

PROFIL Ishak Baharom

Beliau dilantik sebagai mufti kelima di Jabatan Mufti Selangor secara kontrak pada 16 Ogos 1985, ketika berusia 58 tahun, iaitu tiga tahun selepas bersara sebagai guru agama.

Kontrak Ishak, anak kelahiran Kanchong Darat, Banting, ditamatkan pada 1997, atas faktor usia.
Ishak adalah anak pasangan Baharom Jabar yang berasal dari Banjarmasin, Sumatera dan Fatimah Junid, berasal dari Melaka.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Datin Maznah Yusuf dan dikurniakan tiga anak, Shahmun, Nawal dan Ahmad Fuad.

Ishak berkahwin dengan Khalijah Abdullah, 48, selepas kematian Maznah.

dari www.harakahdaily.net pulak 30 Januari 2008 ....


Ishak Baharom tegas menegakkan hukum

Nyza Ayob Thu Jan 31, 08 11:19:17 am MYT
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - "Sungguhpun Almarhum pendiam, beliau berpendirian tegas. Jika sesuatu perkara itu salah, salahlah katanya. Kerana ketegasannya itu, Almarhum dipecat daripada jawatannya walaupun perkhidmatannya baru disambung. Pemergiannya juga sewaktu dalam perjuangan Islam."
-->
Demikian gambaran mengenai Bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom seperti diberitahu oleh sahabat baiknya, Ustaz Ahmad Awang yang juga Naib Presiden PAS ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Ustaz Ahmad berkata beliau mengenali Almarhum sewaktu memegang jawatan Pengarah Pusat Penyelidikan Islam.

Sebagai ahli 'ex-officio' dalam Majlis Fatwa Kebangsaan, Ustaz Ahmad turut serta dalam mesyuarat majlis tersebut yang dianggotai kalangan mufti. Katanya, Almarhum sangat dihormati di kalangan ahli Majlis Fatwa Kebangsan dan mufti kerana sikap dan pandangannya yang bernas dalam mengutarakan sesuatu perkara khususnya berkaitan hukum.

Pada 1997 berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram, Almarhum telah dipecat daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik. Ustaz Ahmad berkata sungguhpun Almarhum tidak lagi menjalankan tugasnya sebagai mufti, perjuangannya dalam menyampaikan syiar Islam tetap diteruskan sebagai penceramah dan pendakwah bebas. Sumbangan idea dan pemikirannya berterusan apabila Almarhum bergiat cergas dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik ahli Majlis Syura Ulama PAS bagi tempoh dua penggal iaitu 2003-2005 dan 2005-2007.

Ustaz Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum dan mendoakankan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat-Nya.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Mohamad Hashim Yahya berkata Almarhum seorang sangat alim, tinggi ilmu agama dan tinggi akhlaknya. Beliau adalah murid Almarhum sewaktu menuntut di Madrasah Masyriyah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Mohamad Hashim berkata, hubungan mereka berterusan biarpun Allahyarham melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Darul Ulum, India dan kembali ke tanah air sebelum menjawat jawatan Mufti Selangor pada 16 Ogos 1985. Mohamad Hashim berkata Almarhum berpendirian tegas serta tidak berkompromi terutama yang menyentuh soal amar makruf nahi mungkar.

Almarhum Ishak dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatera manakala ibunya Hajah Fatimah Haji Junid berasal dari Melaka. Almarhum meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak. Almarhum mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat pada 1935-1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama dua tahun.

Pada 1945, Almarhum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang, seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum. Jawatan terakhir Almarhum sebelum dilantik Mufti Selangor pada 1985 adalah Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

Almarhum meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari semalam selepas tidak sedarkan diri akibat masalah tekanan darah. - lanh.
Share:

Photo Outing


Pada 23 Januari 2008 lalu, aku ikuti aktiviti ‘SU Photographers Outing’ anjuran Lensa@SU di kawasan Hutan Simpanan Bukit Cerakah, berdekatan dengan empangan yang dikenali sebagai ‘Empangan Altantuya’. Aktiviti ini diadakan untuk saling berkongsi maklumat dan pengalaman dalam mengenali lebih mendalam dunia foto dan khusunya keupayaan kamera masing-masing. Termasuk aku cuma 5 orang iaitu Berlingo ( Presiden Lensa@SU ), GAB, tok_mudim dan Lanz ( Ketua Rombongan ). Aktiviti bermula jam 7 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.


Walaupun fokus aktiviti adalah keindahan alam semulajadi flora dan fauna, namun banyak yang dipelajari daripada aktiviti ini. Memang kalau baca buku or manual tak sama dengan ikuti praktikal seperti menerusi xtvt ni .. sebab tu aku join this xpdc ... close-up, aperture & speed nak kena 'main-main' lagi ... kalau dulu main mode 'Auto' dan sesekali 'Manual', sekrang ada sikit berani masuk mode 'Program' .. Ada banyak ciri menarik sesorang jurufoto ni. Selain minat dan kreativiti ialah 'tebal muka', 'selamba', 'tak malu' dan 'berani' ... GAB selalu 'talking to himself' masa ambik gambo close-up ... Aku ni nak kata minat tu takdelah sangat, sebab tak 'berani' nak melabur tinggi dalam hal ini ...

Berikut adalah antara yang dapat ku hasilkan menerusi Canon Powershoot A430 ..



Berikut adalah antara yang dapat ku hasilkan menerusi Fujifilm Finepic S8000 ..






Yang last ini macam ada mirip kalimah 'Allah' ...

Share:

Projek ACE Meletup .....

Semalam, sedang menunggu makanan yang di order di Restoran Al-Kauthar bersama famili ( panggilan anak bungsuku di rumah ialah Kauthar ), terbaca berita ini dari salah satu bahan bacaan dalam rak yang disediakan .. lantas ku kata ‘habislah aboh lagu ni’, ‘Kenapa, kenapa', memasing bertanya. ‘Aboh cuma sediakan sistem ITnya aje, yang lain tak tahu’ ....

Pagi tadi search dalam internet dan dapat beritanya sebagaimana berikut yang dicilok dari http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name=News&file=article&sid=1367

Lagi-lagi Patrick Badawi yang bolot projek ...
Posted on Sunday, January 13 @ 13:37:15 EST by reformis

Projek swastakan kursus ulangan 850,000 pemegang lesen memandu teksi, bas dan lori. Walaupun kerajaan memberi subsidi lebih 95 peratus bagi menampung kursus itu, namun ini bermakna wang pembayar cukai sekali lagi digunakan untuk memperkayakan kroni Abdulah. PM difahamkan sudah beberapa kali mengamuk dengan Menteri Pengangkutan dan Ketua Pengarah JPJ kerana projek ini masih tertangguh!

KUALA LUMPUR: Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional untuk kroni rapat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Dato' Patrick Lim hanya menunggu masa untuk dilaksanakan. Ia bakal memberi pulangan berbilion ringgit kepada tokoh perniagaan yang selama ini menguasai projek di Terengganu dan Pulau Pinang.

Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan apa yang dipanggil kursus ulangan latihan dan ujian bagi semua pemegang lesen memandu vokasional yang dikendalikan oleh syarikat Ace, milik Patrick. Difahamkan Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah juga merupakan orang politik yang paling beruntung dengan projek yang membebankan pemandu kenderaan komersil ini.

Menurut sumber, kursus tambahan ini dirangka hasil cadangan yang dikemukakan Patrick Lim kepada Perdana Menteri ekoran beberapa insiden kemalangan ngeri membabitkan kenderaan komersial. Terbaru melibatkan bas ekspres yang mengorbankan 18 ahli Wanita Umno Kuala Kedah di Tol Jelapang, Ipoh.

Kursus ini bakal dibahagikan kepada dua kategori iaitu 'teksi dan lori kecil' dan 'bas dan lori besar'. Bagi kategori pertama, setiap pemegang lesen diwajibkan menghadiri kursus dua tahun sekali dengan kos RM850 setiap sesi.

Manakala bagi kategori kedua, setiap pemegang lesen diwajibkan menghadiri kursus setahun sekali selama tiga tahun berturut-turut dengan bayaran RM1,450 setiap sesi.

Pemandu kategori kedua kemudiannya diwajibkan menghadiri kursus setiap tiga tahun sekali bermula tahun keempat.

Menurut sumber, walaupun Perdana Menteri turun padang mengarahkan agar cadangan kursus ini dilaksanakan segera, Kementerian Pengangkutan dan JPJ menangguhkan pelaksanaannya kerana khuatir dengan bantahan awam khususnya para pemandu terbabit.

Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Chan Kong Choy turut keberatan melaksanakan kursus berkenaan kerana khuatir ia boleh mendatangkan impak buruk kepada pencapaian MCA dalam pilihan raya umum akan datang, apatah lagi di saat DAP berpotensi untuk meraih undi lebih besar daripada masyarakat Cina.

Sehubungan itu, cadangan baru dikemukakan supaya hanya bayaran sebanyak RM100 dikenakan bagi pendaftaran kursus untuk setiap pemegang lesen, manakala kos selebihnya ditanggung kerajaan melalui Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRAF) dan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam
(KWAPA).

Bagaimanapun, bayaran RM100 itu tidak termasuk belanja penginapan selama dua setengah hari, belanja makan minum, kos pengangkutan dan kos ulangan jika pemilik lesen gagal dalam ujian yang ditetapkan, selain kerugian kerana tidak bekerja semasa pergi berkursus.

Difahamkan, syarikat milik Patrick Lim itu sudahpun memiliki litar latihan di Sepang bagi mengendalikan kursus ulangan latihan dan ujian bagi semua pemegang lesen memandu vokasional itu. Litar serupa juga akan dibina mengikut zon Pantai Timur, Utara dan Selatan.

JPJ telah mengeluarkan notis kepada lebih 9,000 kumpulan pertama bagi mengikuti kursus ini pada 21 Disember lalu. Sepatutnya, Chan Kong Choy dalam satu sidang akhbar di Putrajaya memaklumkan hal ini kepada media tetapi terpaksa sekali lagi menangguhkannya kerana bimbang risiko politik ekoran banyak bantahan daripada pemandu.

Terdapat hampir 850,000 pemandu kenderaan komersil di negara ini dan ini menjadikan kursus berkenaan sebagai satu perniagaan baru yang cukup menguntungkan. Kontrak dengan Patrick Lim ini dikatakan sepanjang tempoh 25 tahun

perkara berkaitan juga boleh diperolehi dari ..

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/1096/32/

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/utamakan-kroni-pm-gadaikan-nyawa-pengguna-jalan-raya-mahfuz.html


Share:

Tegakkanlah Keluarga Muslim

Dipetik daripada Buku Jalan Dakwah Oleh Mustaffa Masyhur

Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita. Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya. Iaitu menegakkan rumahtangga muslim. Individu muslim itu adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan untuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan yang patut di ikuti.

Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Usrah muslim, keluarga muslim mempunyai peranan yang penting di dalam kekuatan dan kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan kemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yang dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan persediaan. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi¨

Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunan rumahtangga, tidak dapat dibicarakan hanya dengan satu makalah atau dua makalah sahaja akan tetapi perlulah kita merujuk kepada kitab-kitab dan karangan-karangan yang telah mengupas perkara yang penting itu. Cukuplah di sini kita menerangkan sepintas lalu serba sedikit mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya.

A: Pemilihan:

Saudara muslim dan saudari muslimah yang mahu memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Allah, wajib lah ke atas keduanya, masing-masing memilih pasangannya. Putera Islam mencari puteri Islam untuk menjadi isterinya yang salihah. Puteri Islam mencari putera Islam untuk menjadikan suaminya yang salih, sebagai kongsi hidup suami isteri.

Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya, memelihara dirinya di waktu ghaibnya sekalipun bagaimana lamanya dan mendidik serta membentuk anak-anaknya menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.

Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah. Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan jihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita kepada yang demikian dengan sabda baginda:

"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia".

Oleh kerana itu Rasulullah (s.a.w.), tidak mengakui hak wali yang menikahkan puterinya dengan seorang lelaki yang tidak di sukai oleh puterinya. Ini memberi peluang kepada puteri Islam untuk memilih suami yang salih. ( didalam keadaan yang menepati sayrat-syarat nya )

B: Beriltizam Dengan Batas-Batas Islam:

Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnya mampu mengawal dan menguasai setiap tahap dan peringkat pembangunan rumahtangga muslim. Sama ada dari peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkan rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin baharu atau berbulan madu mestilah jauh dari segala adat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak.

Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangan dengan syariat Allah Taala atau pun yang menjadi rintangan di jalan perkahwinan yang kadang-kadang menghalang langsung untuk terlaksananya perkahwinan. Mengapakah tidak di laksanakan akad-nikah itu di Masjid? Di dalam udara yang bersih dan luas yang jauh dari segala sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk? Berbelanja berlebih-lebihan dan boros yang bertentangan dengan syariat Islam? Cadangan itu adalah wajar.

Akad nikah di dalam Mesjid tidak di gemari oleh manusia sebagaimana dulu mereka tidak menggemari fesyen pakaian Islam. Tetapi kalau kita bersungguh-sungguh mendesak dan bertegas untuk melangsungkan juga akad nikah itu di dalam mesjid, lama kelamaan ia akan menjadi perkara yang di sukai oleh manusia dan akan menjadi perkara biasa. Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi perkara lumrah dan di sukai oleh manusia. Sesungguhnya itu lah pertentangan di antara kemuliaan dan kehinaan.

Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan adab-adab Islam, kita akan berjaya menegakkan dan menanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakan ke atas manusia.

C: Kebahagiaan Rumahtangga Yang Di Cita-Citakan:

Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agama telah sempurnalah langkah-langkah yang menuju ke alam perkahwinan sesuai dengan ajaran Islam.

Mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atas asas yang teguh yang akan merealisasikan kemantapan, ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama ini dicari-cari oleh beberapa banyak keluarga pada zaman ini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri, tidak pula dapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaian dan dengan segala perhiasan rumahtangga.

Tetapi kebahagiaan itu diperolehi dari dalam diri sendiri, dari perasaan takwa kepada Allah, kerana Allah lah yang mengurniakan kebahagiaan, yang memberi mawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang di antara suami isteri. Benarlah Allah yang Maha Agung yang telah berfirman:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayangi¨ (Ar-Rum: 21)

Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam harta yang banyak, akan tetapi orang yang bertakwa itulah orang yang berbahagia.

D: Perkahwinan Itu Ibadat:

Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada Allah Taala. Jadi kita mestilah berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan segenap kehidupan hidup sebagai alat untuk kita menghampirkan diri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan segala kemudahan yang ada untuk menolong kita beribadat kepada Allah.

Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai Allah.

Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui
ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada
Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam. Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:

"Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

E: Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:

Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai, cinta mencintai, di antara suami isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduh dan ke pura-puraan.

Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya.

F: Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin Oleh Suami:

Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama, di atas syura', tolong menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat kepincangan di dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:

"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya". (Al-Baqarah : 228)

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka". (An-Nissa': 34)

Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas ajaran Islam.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya himgga ke hari ini.

G: Perkahwinan Adalah Tanggungjawab Dan Amanah:

Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab. Tiap-tiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiap pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkara yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada kamu. Benarlah Allah yang berfirman:

'Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" (At Tahrim : 6)

Rasulullah s.a.w bersabda: ”Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya".

Kita sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demi pemeliharaan itu, sebagai contoh, kita biasa memberi perhatian yang berlebihan apabila salah seorang dari anggota keluarga kita jatuh sakit. Tetapi perhatian yang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seorang anggota keluarga yang mencuaikan hak Allah ataupun menyalahi ajaran Islam padahal itulah yang paling utama diperhatikan dan diubati.

H: Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah:

Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagi Islam dari seorang muslim yang benar aqidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti.

Kita ingin melihat suami muslim yang memikul tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan
mengawasi mereka di segala peringkat hidup mereka. Kita hendak melihat isteri yang muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan suaminya.,

Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari kepayahan dan penat lelah perjuangan dan menolong suaminya mentaati Allah Ta'aala. Alangkah indah dan hebatnya kata-kata yang diucapkan oleh seorang isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya waktu pagi:

"Bertaqwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan janganlah kekanda memberi kami makanan kecuali yang halal dan baik-baik sahaja".

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara anak-anaknya dan membentuk mereka menurut bentuk Islam kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan mereka. Inilah risalah, amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting yang selama ini cuba dihapuskan oleh musuh-musuh kemanusiaan. Mereka cuba menyelewengkan fakta-fakta ini dari para isteri dengan berbagai-bagai pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan bangunan masyarakat.

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang sejati yang memperhambakan diri mereka kepada. Tuhan. Mereka taat setia kepada Allah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa. Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab-adab Islam dan tidak lahir dari mulut mereka sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturahim, yang sentiasa mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita hendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan khadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yang mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu di luar kemampuannya, mereka menolongnya.

Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentuk yang unik sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.

Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik di segala jurusan hidupnya. Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yang halal, minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnya yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan tradisi di waktu suka dan duka Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliah yang di import dari luar.

Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah melakukan sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam melahirkan serta membina anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang jurusan hidup keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya, tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.

I: Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya Cahaya:

Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti menjadi markas dakwah Islam. Setiap anggota keluarga yang aqil baligh wajib menjadi sahibud-dakwah, pendukung dakwah, menyeru rumahtangga dan keluarga di sekitarnya kepada Allah dengan penuh kesabaran, dengan hikmah dan nasihat yang baik.

Isteri yang salihah berkemampuan menarik hati jiran-jiran dengan dakwah kepada Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpat mengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan pelajaran dan ke arah memahami urusan agama.

Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia kepada Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini, kecuali yang telah mendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya dan memusnahkan manusia. Tetapi kita hendaklah menjadikannya sebagai wanita yang salihah yang turut bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan yang maaruf dan merobohkan yang mungkar dan menghapuskan yang batil menyokong kemuliaan dan memerangi kehinaan.

Kita menghendaki rumahtangga muslim itu sebagai rumah cahaya yang memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. La menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya dan menyinari jalannya untuk di lalui oleh mereka. Maka dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah dan bercahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat.

Maka dengan demikian keperibadian Islam berkemampuan menyinari masyarakat dan memimpin nya di bawah naungan Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan kejahatan mudah dihapuskan. Baharulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan, yang bersih yang mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam dan seterusnya al-khilafah-al- Islamiah alamiah.

Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang misali yang menjadi model Islam yang sejati untuk menjadi contoh teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan menyusahkan.

sumber: http://raudhah.com/
Share:

Lagi-lagi PS vs PK

Petang tu PS meninjau-ninjau kawasan sekitar surau seorang diri. Melihatkan PS keseorang, lalu singgah PK yang kebetulan melintasi surau dalam perjalanan pulang dari ofisnya. Hari itu PK balik awal sebab ada meeting kat Putrajaya yang kebetulan habis awal dan terus bergegas pulang. Sejak akhir-akhir nie, PK selalu pulang lewat kerana tugas-tugas ofis yang banyak. Padahal keja gomen aje !!.

'Sombongnya dia, mentang-mentang naik keta besaq', bisik hati PS melihatkan PK yang sedang memarking keretanya.

'Lama tak nampak', tegur PS.

'Apa ... ingat lama tak nampak kat surau, lemah iman ke ?', balas PK.

'Aiii, kesitu pulaknya. Yg ke surau tak semestinya iman kuat lemah. Tapi kalau takde iman, ke surau pun tak teringin !', PS membalas kembali.

'So apa cerita sekarang ?', PK mula mengubah topik.

'Tuh, bebudak KIDaS yang dalam surau bila nak pindah ?', jawab PS.

'Sabo-lah, baru aje kita levelkan tanah yg depan surau tuh, next week sampailah kontena tuh', jelas PK.

'Kenapa kat situ, kenapa tak tanah tadika sebelah tuh', tanya PS lagi.

'Memula memang nak buat kat tanah sebelah, tapi nak lebih selamat bebudak, selamat dari ganguan MDKS, baik kita buat kat depan surau tu', jawab PK.

'Tapi muat ke ? Takut sangat kau dengan MDKS', perli PS. 'Cuba buat macam orang india, memula buat kecil-kecilan bawah pokok, lepas tu membesar kuilnya hingga tak berani kerajaan nak halau'.

'Yealah walaupun kita negara islam, tapi bab-bab penguatkuasa roboh surau ke masjid ke atau sekolah agama kira perkara mudah, tetapi roboh kuil yang secotet, tak berani mereka', macam nak berpolitik pulak si PK.

'Tapi insya'allah muat dan dah ukur pun. Kita akan pasang kabin 10' x 40' sebanyak 5 bijik bagi mendapatkan 10 kelas. Susunan kontena macam huruf L', sambung PK berlagak macam Projek Manager pulak.

'Siang buat kelas KIDaS dan malam boleh sewa kat sesapa nak buat kelas tuisyen ke ... ada airkon lagi !!', cadang PK sedang PS masih terangguk-angguk macam setuju aje lagaknya.

'Banyaklah duit KIDaS lepas ini ...', PS cuba mengagak.

'Kita dah kira, rasanya dengan yuran bulan RM30, 80% bayar on-time, cukup-cukup lepas duit operasi aje', jelas PK.

'Mungkin kah yuran akan naik ?', tanya PS.

'Nak kena pelangkong ? RM 30 nie pun dah banyak kami terima permohonan rasmi dan tak rasmi untuk mempertimbangkan pengurangan', jawab PK sambil tersengih-sengih.

'Nanti semua orang ingat AJK KIDaS nak pakai kereta besar macam pengerusinya kot ?'. Tambah PK lagi sambil menjeling kot-kot ade malaun cuba menghampiri keretanya. Bimbang calar barangkali.

'Mungkin elok kita tubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Saujana ?', cadang PS.

'Setuju .. setuju ... setuju ... buat .... buat .... buat ... ', balas PK senada sorang ahli kariah bernama Mamat tuh.

'Sebabnya ada juga yang menghulurkan bantuan untuk menaja anak-anak orang lain', tambah PK.

'Oi ! ada juga ya ? Kalau gitu nanti cadang kat meeting AJK Surau', balas PS sedikit kehairanan.

Suasana jadi sepi seketika, malaikat mana lalu entah agaknya.

'Yang tumpang di SMK Saujana Utama tu apa ceritanya ?', PS mengubah topik perbincangan.

'Oh tu beres ... Jemaat 14hb nie kita tandatangan MOU dengan pihak mereka dan disaksikan oleh PPD Kuala Selangor', balas PK dengan yakin sekali. 'Pengetua nak cepat-cepat sign sebab PPD sekarang akan digantikan dengan yang baru yang khabaranya kuat UMNO giler'.

'Apa kena mengena dengan UMNO pulak ? Ingat UMNO tak nak Islam ke, tak suka sekolah agama ke ?', tanya PS.

'Entah .. itu cerita Pengetua'. Jawab PK pendek.

'Berapa jumlah budak KIDaS sekarang', tanya PS.

'Kita ada lebih kurang 650 orang dalam 24 kelas. Lepas siap kabin nie rasanya bertambah. Pertambahan masih diterima kecuali darjah 4,5 dan 6'. Jelas PK. 'Sekarang kita dah sewa pejabat tetap di no 24 Cemara 8 dan ada kerani dari pagi sampai petang. Lepas ini kita pasang tipon dan mesin fax’.

'Kalau sekarang 24 kelas, maknanya tahun depan kena tambah kelas kabin ?', PS cuba mencongak.

'Gitulah nampaknya, tapi space masih ada', PK cuba meyakinkan PK.

'2006 .. 2007 ... 2008 ... oi ! takkan nak terus belajaq dalam kabin ?', tanya PS.

'Ya tak ya juga ya !', balas PK sambil mengaru-garukan kepalanya.

'Ah! itu biarlah PK lain pulak fikir, takkan selamanya PK yang sama aje. Tambahan masa tu saya dah takde anak yang belajaq kat KIDaS'. Tambah PK lagi.

'Oh ! lagu tu kau punya fikiran', jawab PS sambil mengerak-gerakkan jarinya menuding kepada PK macam memberi tanda amaran.

'Oklah balik dulu, penat nie. Tambahan hari nie hari rabu', PK memohon berundur diri.

'Ada apa ? Pasar malam ?', tanya PS.

'Hari Rabu Malam Jemaat ....'. PK terus berlalu dengan raut muka, entah muka sombong atau muka keletihan. Tuhan saja yang tahu.

Nota : Kisah ini dicoretkan pada 9 Januari 2005
PS = Pengerusi Surau Al-Hidayah
PK = Pengerusi AJK Pengurus KIDaS
Share:

PS vs PK Lagi

Maka pulanglah PK kerumah dengan langkah longlainya. Sambil berehat di sofa sementara menantikan kedengaran Azan Maghrib, PK memikirkan tragedi siang tadi.

'Oiii, ingat makwe lama ke ?', tegur isteri PK.

Tanpa memberikan sebarang jawapan, dicapainya SE P800nya, lalu diantor SMS kepada S/U Kidas. 'URGENT, MEETING AJK LEPAS ISYAK'.

Maka selepas solat isyak, berkumpullah semua AJK KIDaS di bangsal surau. Naib PK Mat Yani, S/U Zuraimi, Bendahari Azmi, Izmin, Ir TNB Rosdi dan Jamil hadir sorang sorang dengan langkah kepenatan. Turut hadir ialah Si Afandi Charge sambil membawa beberapa botol air minuman Charge untuk mengecas semula semangat AJK KIDaS yang kelihatan kelesuan. Imam Rosli kata nak hadir, tapi tak muncul tiba.

'Nampaknya tempias tsunami kena juga ke kita ..', PK memulakan bicara.

'Menurut Che Din Pakar, 20 kontena yang hendak dilihat keadaanya telah dibawa utara untuk penempatan mangsa tsunami. So, kita kena mencari alternatif lain dengan segera'. AJK KIDaS berpandangan satu sama lain.

'Bagaimanapun berdasarkan sebut harga yang diterima, ini agak munasabah dan mohon persetujuan', tambah PK sambil mengedarkan salinan sebutharga berkenaan.

'OK, saya akan cuba runding dapatkan harga yang rendah lagi, kontena 10' X 20', dua pintu, dalam dinding plywood, lengkap fitting api serta lobang air-cond', balas Si Afandi.

'Kalau 30 orang budak satu kontena, kita perlukan 10 unit', Naib PK mencelah.

'Guru rasanya takde masalah, sebab ada pagi dan petang mungkin orang yang sama', tambah Izmin.

'Saya dah kontek MDKS, dia orang kata buat surat permohonan kalau nak letak di tanah sebelah surau tu ..', jelas S/U KIDaS. 'Kita belasah aje, lulus atau tak', tambahnya lagi dengan penoh semangat.

'Bagaimana dengan air-cond ? Nak sewa atau beli ?', tanya PK.

'Saya akan check dengan kewangan, mungkin sewa separuh, beli separuh', kata Bendahari.

'Nak guna aircond 2.5hp ke ? Kuat api tu .. ini kena seperate meter dengan surau', tanya PK lagi.

Lantas Afandi Charge menelefon kawannya bertanyakan kadar sewaan air-cond.'RM 100 sebulan setiap satu, 2.0 or 2.5hp termasuk maintenance', kata si Afandi.

'Kena guna 2.5hp. Kalau 1.5 tak cukup. Pakai meter surau aje, kita bayar semua bil api dan airlah senang', kata Ir TNB Rosdi.

'Goooollllllllllll', jeritan penyokong Indon di rumah kongsi sana. Ahli mesyuarat agak risau. Barangkali pasukan bola Malaysia sedang ketinggalan dengan Indonesia.

'Wokey kalau gitu what's next', PK kelihatan seperti pulih tenaga melihatkan ahli mesyuarat bangsal tampak bersemangat.

'Memula kena level tanah then letak crusher run', kata S/U yang juga bertugas di Kelab Golf. 'Dengan keluasan yang ada, saya kira 30 lori diperlukan', tambah beliau.

'Berapa selori ?', tanpa PK.

'Adalah RM300', kata Bendahari.

'What ? RM 300 x 30 = RM 9,000 .... mana nak carik ?', PK mengeluh sambil menggarukan kepala.

'Kita cuba minta Glomac', cadang Jamil. Naib PK tersenyum sinis.

'Kita letak sikit dulu lah, yang dekat-dekat kontena', tambah Ir TNB.

'OK saya akan carikan backhoe untuk buat level Jemaat ini', cadang Izmin.

'Saya akan hubungi pembekal crusher run untuk 3 lori dulu ke', kata S/U.

'Berdasarkan sebutharga kontena, mereka boleh supply dalam seminggu', PK mengingatkan semua ahli.

'Ini bermakna jika minggu ini siap level, order kontena, minggu depan dah boleh letak atas tanah tu', cadang Naib PK.

'Wiring sapa nak buat ?', tanya Jamil sambil melihat Ir TNB tensengeh keletihan.

'Rasanya kita akan habis dalam RM40K - RM45K, then maintenan bulanan. Mampukah kita ?', tanya PK.

'Insya'allah boleh', Bendahari penoh yakin.

'Susunan kontena camana ? Kita perlu lihat mungkin berlaku pertambahan masa depan', tanya PK.

Mesyuarat setuju bentuk L dan mohon Ir TNB draw susunan dengan lebih elok lagi dengan bantuan Che Din Pakar.

'Nak ada pagar ke ?', tanya Ir TNB.

'Rasanya takyah dulu, bebudak masuk ikut pintu surau dan letak basikal sana. Pintu akan dikunci', cadang PK.

'Gooollllllllllllllll'. Kedengaran lagi tempikan penyokong Indonesia cuba mengganggu kelancaran mesyuarat.

'Saya sedang derafkan surat nak minta bantuan daripada mereka yang berkenaan, mohon PK semak nanti', mohon Izmin.

'Ok that's Good. Nampaknya sebelum raya haji siaplah projek kita', kata PK sambil mendepakan tangannya tanda puas.

'Insya'allah ....', balas ahli serentak. Oi hebat tu, boleh serentak.

'Saya harap begitu, sebab kat kedai kopi tadi macam-macam hal orang cakap tak puas hati tentang KIDaS. Ini belum masuk soal kualiti pengajaran', kata Afandi.

'Ah, itu perkara biasa. Memula dulu pun bebudak nulis atas lantai', ujar Bendahari.

'Satu risiko kita sekarang cuma kalau MDKS kacau', PK mengingatkan kembali.

'Tn PK, kita kena lantik tukang cuci bagi memelihara kawasan kita. Nanti PS komplen', cadang S/U.

'Masa kerja 10.30pagi - 1.00th dan 5.30ptg - 7.00 mlm', cadang S/U lagi. 'Kalau pompuan kena yang dah monopaus, sebab nak masuk bersihkan karpet surau', disambut dengan ketawa ahli mesyuarat.

'OK, saya akan buat iklannya', kata Jamil.

Meeting pun berakhir jam 11.00 mlm. PK menerima SMS, 'Malaysia Kalah 4-1'. Ahli mesyuarat macam tak caya. Sekumpulan tenaga penting Al-HidayahBB pun tiba mengambil tempat. Meeting tergempar nak mencari ahli yang masih belum cukup 30. Ahli mesyuarat KIDaS beredar. Tentunya si PK boleh tidur selena-lenanya malam itu tanpa menghiraukan bed-matenya dan lebih penting tanpa takut lagi bertemu dengan PS.

Nota : Kisah ini dicoretkan pada 5 Januari 2005
PS = Pengerusi Surau Al-Hidayah
PK = Pengerusi AJK Pengurus KIDaS
Share:

PS vs PK

Jam tangan menunjukkan pukol 4.00 petang. Para ibubapa sekumpul di sana sekumpul di sini sedang asyik bertukar-tukar pandangan sambil anak-anak masing-masing mengikuti sesi persekolahan KIDaS di kawasan Surau Al-Hidayah. Sedang Sang Pengerusi Surau (PS) duduk berehat di bangsal Surau Al-Hidayah, sambil mengurut-urut janggutnya yang keperang-perangan, lalu datang Pengerusi KIDaS (PK) menghampirinya terhegeh-hegeh.

'Sedih aku melihat keadaan surau petang ini', keluh si PK.

'Apasal pulak ?', jawab si PS selamba.

'Kau tak nampak apa yang berlaku kat Surau sekarang ?', rasa naik marah si PK.

'Ya lah, anak-anak tengah semangat nak gi belajo di sekolah, tapi rupanya bukan sekolah, tapi surau. Menulis sambil duduk, terbongkok-bongkok. Nasib baik cukup kipas”

Relaks lah brader ...' ,jawab si PS selamba.

'Relaks kau kata, tak simpati ke ? ', terasa ringan tangan pulak si PK tapi dalam hati tertanya, bagaimana agaknya perasaan ibubapa mereka ?

'Patutnya kau dah anticipate benda ini akan berlaku dan cepat bertindak mencari jalan mengatasinya, sekarang dah terlambat beb. Kau punya AJK nie lembab sangat !!!', si PS mengeluarkan pendapatnya.

'Sekarang tengoklah apa yang sedang berlaku. Bayar ratusan yuran, ini ke hasilnya? Ini bukan tahun 1965 brader, ini tahun 2005 dan Ogos ini diistiharkan Selangor Negeri Maju'. Tambah si PS lagi.

Si PK tunduk sejenak, sambil mengangkatkan mukanya memandang ke arah surau. Seorang murid sedang berjalan menuju tandas untuk kencing barangkali. 'Ini tak boleh jadi ...', bentak di PK dalam hati.

'Lepas ini surau tentunya kotor, tandas pun sama. Sampah takyah cerita. Sesilap dinding surau penoh contengan. Masa kelas bebudak main kejar-kejar, guling-guling atas karpet...', ujar si PS lagi.

'Pening-pening ... habis tu nak buat lagu mana', si PK mulai resah.

'Kau bincanglah dengan kau punya AJK dan untuk sementara waktu ini kita buat MOU antara Pengerusi Surau dengan Pengerusi KIDaS', si PS mengemukakan cadangannya.

'MOU ? ...', si PK kehairanan.

'Apalak mangkuk sangat kau nie, biasalah ... Macamanalah kau boleh jadi Pengerusi KIDaS, baik aku yang ganti ajelah ...'. Kata PS.

'Ok .. OK ... apa isinya MOU tuh ?', tanya PK seperti takut kehilangan jawatan sebagai Pengerui KIDaS.

'Mulai Januari 2005, KIDaS kena bayar bil api dan air Surau Al-Hidayah', PS memulakan bicaranya.

'OK, selain tuh ... ?', si PK seperti menyetujuinya.

'Lagi, KIDaS kena sediakan atau upah tukang bersih karpet, kutip sampah sekitar, cuci tandas serta potong lalang surau ... Boleh ?', tambah si PS.

'Oiii mana nak cari orang cam ini ....', rungut si PK keresahan.

'Itu aku tak tahu, kalau tak nak, jangan guna suraulah'. ugut si PS.

'Timbang rasalah sikit', rayu si PK.

'Buat mari penimbang untuk aku timbang kau punya rasa tuh !!!', lawak si PS tapi serius.

'Ini aku nak kena bincang dengan AJK aku ni ....', keluh si PK sambit mengaru-garu kepalanya.

"Kau bincang juga, takkan selamanya nak terus tumpang di surau. Dahlah tumpang di SK kemudian di SM. Dasar penumpang tak tahu malu betollah kau ini', kata si PS.

Hati si PK mulai panas, jiwanya mulai nak memberontak dengan tempelaan si PS. Namun geloranya tidak setanding ombak tsunami yang baru melanda.

'Tu sebelah surau tu tanah lapang, kan boleh buat kelas. Daripada jadi tempat pembiakan ular ...', cadang si PS sambil menunjukkan tangan kepada tanah yang dikatakan direzabkan untuk Tadika Kemas.

'Kau mintalah tanah tuh ...'. tambah si PK.

'Tapi ... tapi .... ', PS kelihatan konpius.

'Tapi apa lagi, lembab betollah kau nie !! Harap aje setiap AJK KIDaS dapat sepasang baju kebangsaan free !!', bentak PS semakin berani.

'Tuan Pengerusi, tolong ... ada budak jatuh daripada wakaf ....', kedengaran jeritan daripada Yusri Putrajaya.

Orang ramai berlari mendapatkan budak berkenaan. Lututnya berdarah. Zul Perhebat berlari ke rumah mencari kotak 'First Aid Kit'. Suasana kecoh kejap. Alhamdulillah, berkat pengalaman 'Dr' Zul Perhebat, luka berkenaan dibalut elok.

'Kau tengok tu, patutnya KIDaS kena sediakan First Aid Kit tau !!', PK menganguk-anggukkan kepala mendengar kata-kata PS tu.

Kelihatan beberapa orang datang untuk solat 'asar. Melihat suasana dalam surau, mereka lantas keluar semula dan mungkin ke Surau An-Nur atau pulang ke rumah.

'Ini lagi satu masalah, camana orang nak solat Asar ?', bisik PS kepada PK.

Beberapa minit kemudian, ibubapa semakin ramai datang ke perkarangan serta di luar pagar surau untuk mengambil anak-anak pulang. Waktu menghampiri 5.30 petang dan kelihatan anak-anak mulai keluar daripada surau. PS dan PK memerhati suasana berkenaan daripada jauh. Suasana yang entah bila akan berakhir ....

Nota : Kisah ini dicoretkan pada 4 Januari 2005
PS = Pengerusi Surau Al-Hidayah
PK = Pengerusi AJK Pengurus KIDaS
Share:

50 Langkah Suami Mithali

Oleh Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Wallahu a’lam
Share:

Berita2 Terkini

Updates ...

Pengunjung 2

free counters

kata2

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.