Hari 9 ( Khamis 28 Okt / 10 Zulkaedah )
Suboh hari ini merupakan yang terakhir di Masjid Nabawi. Aku sengaja cari tempat saf yang membolehkan aku menatap sepuas-puasnya kubah hijau yang mana di bawahnyalah terletak maqam Rasulullah s.a.w. Sayu memandangnya, entah bila dapat datang berziarah lagi.
Sebagaimana di sarankan oleh TH, selepas solat suboh aku dan isteriku melakukan ziarah wada maqam Rasulullah s.a.w. Memang terasa sedih dan tidak sedar air mata mengalir. Kami berdoa agar dapat datang lagi ke sini menziarahi maqam baginda s.a.w suatu masa nanti, insya’allah. Bumi Madinah memang terasa keamanannya. Masjid Nabawi terasa kedamaiannya. Bagaimana hendak ku abadikan suasana ini ? Pastinya akan kurinduinya menerusi foto-foto yang sempat ku rakamkan.
Ku kira kewujudan maqam Rasulullah s.a.w dapat meningkatkan keimanan dan keyakinan kita terhadap Rasulullah s.a.w serta kebenaran Islam yang dibawanya. Perjuangan para sahabat, maqam Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar, perkuburan Baqi’, Masjid Quba dan medan Uhud bukan kisah dongeng atau penglipur lara sema-mata.
Memandang dan mengingatinya di sini, membuatkan terasa semuanya dekat di hati. Bumi Madinah mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Rasanya elok kalau diketahui sejarah serta keistimewaan Madinah dahulu sebelum sampai sini. Ini yang aku tidak sempat lakukan, hanya sikit-sikit saja.
Balik bilik sarapan dan terus packing barangan. Sebelum zuhor, kumpolkan bag untuk di bawa ke Mekah mengikut nombor bas di tingkat penginapan hotel.
Selepas zuhor, aku teruskan bacaan al-Quranku. Nampaknya aku tidak dapat habiskan khatam al-Quran di Masjid Nabawi, hanya setakat juzuk ke-28. Kalau diberikan peluang sejam dua, rasanya boleh habis. Insya’allah akan ku habiskan di Masjidil Haram pulak.
Bertolak ke Mekah
Sebaik solat asar, intai peluang terakhir ke Rawdah. Ah padat sangat dengan orang. Tak apelah, beri peluang orang lain. Terus bergegas balik hotel. Tetapi pintu telah terkunci, aku jadi panik sekejap sebab ada barangan masih di dalam. Lalu turun semula ke receptionist untuk mohon dibukakan semula. Lantas mandi sunat ihram, pakai ihram serta solat sunat. Jam 5.00 petang sudah kena berkumpul menaikki bas untuk ke Mekah.
Alhamdulillah dapat naik bas awal, tapi tunggu punya tunggu, lambat juga bertolak. Di atas bas, kami dibekalkan dengan kotak makanan yang berisi air mineral, air kotak, epal, kek dan roti.
Sambil bas berjalan meninggalkan hotel, aku tercari-cari juga di mana Masjid Nabawi. Terasa tidak mahu hilang dari pandangan. Ah ! sedihnya meninggalkan Madinah. Terasa nak duduk sini sampai bila-bila. Selamat tinggal Madinah … jumpa lagi !!!
Setelah 10 minit berjalan, kami berhenti di Masjid Bir Ali untuk solat jamak maghrib dan isyak serta niat ihram umrah. Bir Ali merupakan miqat bagi penduduk serta orang yang datang dari kawasan Madinah. Ia juga merupakan miqat Rasulullah s.a.w ketika baginda bertolak dari Madinah dahulu.
Miqat bermaksud ketentuan tempat untuk berniat haji atau umrah. Tempat ini berbeza mengikut dari mana seseorang itu hendak masuk ke Mekah bagi mengerjakan haji atau umrah. Setelah niat berihram, pantang larang yang 13 perlu di jaga. Ini yang agak saspen. Jika melanggarnya, dikenakan dam atau penalti tertentu, panjang nak cerita. Bab yang aku risau ialah berkaitan bulu yang terdapat dibadan, seperti rambut, janggut dan kening mata.
Agak keletihan, kami lebih banyak tidur dalam bas. Perjalanan ke Mekah sejauh 435km. Pemandu orang Syria, langsung tidak pandai bercakap selain bahasa Arab. Bas yang pada mulanya agak perlahan, menjadi laju apabila collection seorang SR1 dibuat dan diserahkan kepada pemandu. Begitukah caranya menyuntik semangat pemandu ? SEdangkan mereka telah dibayar oleh TH. Namun kami niat sedeqah ajelah.
Tentera AS tersilap tembak jet sendiri
57 minutes ago
1 Komen:
aiikk... bayar lebih baru bole bawak bas lelaju ekk... kekeke..
Post a Comment