Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Perjalanan Haji - Keberangkatan Pergi

Day 0 ( Selasa 20 Okt / 1 Zulkaedah )

Bertolak dengan 4 buah kereta ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya jam 5.00 petang. Alhamdululliah, jalan clear kemungkinan disebabkan ramai yang sudah bercuti Wesak esok. Jam 6.15 sampai dan orang sudah ramai di sana rupanya. Biasalah, ramai yang menghantar dari yang pergi. Kemudian kami di minta ambil beg galas serta beberapa hadiah sumbangan. Kebanyakkan sumbangan yang diterima, aku minta anakku bawa balik rumah, kecuali bag galas yang memang dinantikan.


Jam 9.30 malam, jemaah haji mulai diminta masuk ke dalam kompleks. Setelah bersalam-salaman dengan yang menghantar kami pun bergerak masuk. Sedih juga berpisah, namun aku percaya itu cuma sementara dan dorongan untuk pergi menunaikan Haji rasanya lebih menyeronokkan. Pesanan dan ‘wasiat’ telah ditinggalkan.Scanning, timbang serta checkin bag dilakukan di dalam. Dua beg aku dan isteriku seberat 32kg, berbanding 40kg yang dibenarkan. Berat juga. Di dalam kami di tempatkan dalam dewan sambil diberikan taklimat. Apalah TH nie, bahan taklimat yang tahun lepas digunakan. Tak sempat update ke ?

Kemudian kami dipanggil mengikut kumpulan seramai 40 orang untuk menaikki bus sambil azan dilaungkan untuk beberpa kumpulan pertama. Perjalanan kekira 10 buah buah dilakukan secara konvoi yang diiringi oleh pasukan polis trafik. Kiranya jadi lancar perjalanan sehingga sampai di gate menunggu di KLIA.

Malangnya kapalterbang lewat. Sepatutnya bertolak jam 12.30 malam, tunggu punya tunggu, jam 3.45 pagi baru bertolak. Tersadai beberapa jam di KLIA.

Masa ini gambaran cabaran serta ujian kesabaran menunaikan haji terasa bermula. Tandas kena beratur giliran. Tak boleh nak menyumpah-nyumpah lagi disebabkan lama menunggu !!! Dalam masa menunggu itupun, seorang jemaah telah terpaksa diberikan rawatan kerana tiba-tiba rebah.

Kami naik kapalterbang SV5003, Boeing 747 milik Saudi Arabian. Tempat duduk bebas dan aku cari dekat pintu kecemasan sebab senang nak ‘menjulurkan’ kaki’. Tapi malangnya pintu luar sayap kapalterbang dan dekat pintu tandas pula. Kena jadi petunjuk kepada jemaah lain, khususnya orang tuan serta yang mungkin first-time naik kapalterbang. Kurang privacy pulak jadinya.

Pramugari bertugas di kawasanku berbangsa Indionesia dan telah 10 tahun bekerja dengan Saudi Arabian. Katanya tiada anak kapal orang Malaysia dalam kapal SV5003 tu. Satu ketika dia tanya isteriku nama ‘kuih jala’ sebelum dihidangkan untuk memudahkan komunikasi dengan penumpang lain !!

Sila Klik Untuk Lagi Gambar
Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah