Hari 4 ( Sabtu 24 Okt / 5 Zulkaedah )
Pasar Kurma
Lepas sarapan, kami pergi ke Pasar Kurma yang terletak kira-kira 400m dari bahagian hadapan Masjid Nabawi. Agak besar juga pasar kurma nie. Semuanya menjual pelbagai produk berasaskan kurma. Nampak harganya agak menarik dan segar-segar berbanding yang dijual di Pasar Uhud serta kedai sekitar Masjid Nabawi. Yang bestnya boleh rasa dulu ... puas merasa aje, at last tidak tahu mana yang sedap dan yang hendak dibeli !!!
Aku lihat jemaah Turki beli berkotak-kotak untuk diposkan. Ah, mereka dekat aje, ikut jalan darat sekejap aje sampai. Lagipun duit mereka yang berasaskan Euro, tinggi nilainya berbanding Saudi Rial. Di Madinah, dikatakan kurma Ajwa dan Shafawi yang tersohor dan merupakan produk Madinah. Tetapi setiap jenis tu ada pelbagai grednya pulak.
Memang ada hadis yang menyebutkan akan kelebihan kurma Ajwa. Sabda Rasulullah s.a.w, ‘Barangsiapa pada waktu pagi makan 7 butir kurma ‘Ajwa pada hari itu, ia tidak akan kena racun mahupun sihir’ ( H.R Bukhari ).
Ramai yang berkata kalau nak beli kurma, belilah di Madinah. Selain segar-segar serta banyak pilihan, harganya pun murah berbanding dengan di Mekah.
Keunikan Masjid Nabawi
Jika sebelum ini aku hanya melihat rupa Masjid Nabawi yang unik menerusi gambar dan internet, kini aku dapat memerhati dan menghayati sendiri rekabentuknya. Ukiran, hiasan serta senibinanya unik dan menarik. Apakah ingin melambang sesuatu, umpama kedamaian syurga nanti ?
Tetapi kenapa perlu banyak tiang ? Setiap tiang selalunya ditempatkan tempat meletak kasut atau rak al-Quran ataupun tong air zamzam. Aku sebenarnya cuba nak naik diatas hotel penginapan untuk melihat masjid dari atas, tetapi gagal. Lagipun, tidak nampak masjid dari bilik hotelku.
Jika diikutkan, sempadan asas masjid ini adalah sekitar Rawdah sahaja iaitu sekitar 50 X 50 meter dengan ketinggin 3.5 meter sahaja. Perluasan demi perluasan telah dilakukan oleh pemerintah Islam dari semasa ke semasa hingga ke hari ini. Namun terdapat tanda pada tiang-tiang tertulis perkataan Arab yang bermaksud, ‘Ini Sempadan Masjid Nabawi’.
Apakah dalam had itu sahaja gandaan pahala 1,000 kali ? Bagaimana di kawasan lain dalam bangunan masjid setelah pembesaran dilakukan ? Apatah lagi di luar bangunan, tetapi dalam pagar yang mengelilingi Masjid Nabawi ?
Dikatakan bangunan masjid yang dilengkapi dengan alat hawa dingin, kini mampu memuatkan 400 ribu jemaah. Manakala termasuk luar bangunan, mampu memuatkan sehingga 650 ribu orang dengan selesa atau mencecah 1 juta orang. Ramainya, tetapi sistem siarayanya memang bagus. Suara bilal dan imamnya jelas sekata dan tidak pernah mengalami masalah sepanjang aku berada di sana. Tentu mahal harganya.
Tempat wuduk dan toilet diletakkan di luar bangunan masjid dan agak jauh juga. Selalunya aku pastikan wuduk dari hotel sahaja. Untuk kemudahan, escalator disediakan. Rupanya ditangkat bawah separas dengan toilet, merupakan tempat parking kenderaan yang masuk ke Masjid Nabawi. Katanya mampu menempatkan sehingga 5,000 kenderaan. Patut le nampak aman dari sebarang kenderaan di sekitar Masjid Nabawi.
Bangunan masjid nampak macam sudah siap, Cuma beberapa bahagian di luar masjid yang belum siap. Khususnya berhampiran makam Baqi’. Di sana tandas serta pemasangan ‘payung khas’ masih dilakukan.
Payung yang dipasang di luar masjid memang unik. Entah bagaimana orang memikirkan pembinaannya. Dibuka dan dikatup dengan elok dan kemas sekali, siapalah orang yang menciptanya ?
Payung juga terdapat di dalam dua bahagian di dalam masjid, iaitu di tempat lelaki. Aku tidak pernah pulak melihat kubah boleh alih begerak sepanjang berada di Madinah. Mungkin tidakkebetula berada di bawahnya. Tetapi menurut isteriku ada di tempat perempuan.
Penyenggaraan Masjid Nabawi
Sempat berbual dengan salah seorang pekerja masjid yang berasal dari Indonesia. Katanya tiada orang Malaysia yang bekerja seumpamanya di Masjidil Haram. Apataknya, ganjarannya cuma sekitar SR 525 sebulan, walaupun tempat tinggalkan dan pengangkutan disediakan.
Pekerjanya dibahagikan kepada kumpulan mengikut warna pakai seragamnya. Ada kerja susun al-quran sahaja, sediakan atau refill air zam-zam, bersihkan lantai dan tiang masjid, bersihkan toilet dan mekanik.
Setiap pakaian seragam tu, ada cop Ben Ladin Group, mungkin syarikat yang menyelenggara. Tapi tak pastilah sama ada perkhidmatan oleh syarikat tersebut berbayar atau sumbangan mereka. Semua orang tahu Ben Ladin Group ni memang syarikat besar yang kaya raya di Arab Saudi Musim haji nie, pekerjanya bekerja secara syif 24 jam.
Pelbagai tool serta jentera digunakan dalam kerja-kerja penyelenggaraan ini. Mungkinkah alat serta jentera tersebut dicipta khas untuk Masjid Nabawi.
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
2 minutes ago
0 Komen:
Post a Comment