Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikanlah pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, saat pahit, indah, muram, genting dan gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

JPJ Guna Alat Lebih Moden Kesan Kesalahan Pengguna Jalan Raya

MELAKA, 7 April (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini menggunakan peralatan "Auto Light Plus" bagi mengukur tahap ketelusan cahaya bagi peraturan cermin gelap yang boleh berfungsi pada waktu siang dan malam. Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata sebanyak 150 unit alat berkenaan telah diedarkan kepada JPJ seluruh negara bagi penguatkuasaan terhadap kenderaan cermin gelap.

"Alat ini boleh berfungsi siang dan malam dengan sumber cahaya dalaman dan mempunyai kejituan ukuran," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pengurusan JPJ Malaysia di Akademi JPJ di Tiang Dua di sini, pada Rabu. Berdasarkan peraturan sekarang, sesebuah kenderaan dibenarkan memasang cermin gelap dengan ketelusan cahaya tidak kurang daripada 70 peratus bagi cermin hadapan dan 50 peratus bagi cermin sisi dan belakang.

S olah berkata alat "Auto Light Plus" itu adalah antara beberapa peralatan penguatkuasaan moden yang sedang digunakan JPJ bagi mengesan pengguna yang gagal mematuhi peraturan jalan raya, dalam tempoh singkat.

Beliau berkata bagi penguatkuasaan kesalahan lebih muatan, JPJ memperkenalkan alat timbang mudah alih yang mudah dibawa dan digunakan di lokasi kesalahan dikesan walaupun di kawasan terpencil.

"Pada masa ini, kita mempunyai 47 buah alat timbang mudah alih ini bagi melengkapi 50 buah alat timbang kekal yang dipasang di stesen penguatkuasa di seluruh negara," katanya.

Katanya anggota penguatkuasa JPJ juga dibekalkan 510 unit peralatan "Mobile Card Acceptance Device" (MCAD) bagi membolehkan mereka menyemak maklumat mengenai identiti pemandu dan kenderaan, jenis kesalahan dan senarai hitam.

"Semua 2,600 anggota penguatkuasa JPJ di seluruh negara turut dibekalkan dengan Key Ring Reader bagi membolehkan mereka membuat semakan maklumat dalam MyKad pengguna jalan raya," katanya.

Beliau berkata setiap JPJ negeri juga dibekalkan sebuah lori penguatkuasa jenis "tailgate" antara kegunaannya bagi mengangkut motosikal yang disita semasa operasi.

Solah berkata bagi terus memperkasakan tindakan penguatkuasaan, JPJ telah memohon peruntukan kira-kira RM63.34 juta bagi perolehan peralatan penguatkuasaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Peralatan berkenaan seperti 30 unit alat timbang mudah alih, 300 buah kenderaan baru, 300 unit MCAD, 12 unit trak tunda dan senjata api, tambah beliau.

-- BERNAMA

Share:

0 Komen:

Blog Tazkirah

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

Harian Metro

The Star Online

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

kata2