Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikan pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, pahit, indah, muram, genting & gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Menjamu Mata Di Bukit Keluang

3 Februari 2019 : Photobooth baru sebagai tarikan pengunjung ke Bukit Keluang, Besut.

Singgah di Pasat Siti Khadijah, Kota Bharu

4 Februari 2017 : Kenangan Singgah di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Masjid Selat Melaka

Destinasi wajib kunjungi jika ke Melaka sambil rehat dan solat ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Forum Untuk Apa Dakwah Ini

Padu dan padat hujah dua ilmuan terkenal tahanair yang membicarakan 'Untuk Apa Dakwah Ini ?' dalam Forum Khas sempena 3 Tahun Geng Surau Putrajaya di Masjid Besi pada 8 November 2016. Malangnya voice recorder buat hal pulak, tak dapat merakam keseluruhan forum yang berlangsung kira-kira 2jam 40 minit.

Geng Surau Putrajaya ditubuhkan oleh kalangan anak muda bagi menyemarakkan lagi aktiviti dakwah di sekitar Putrajaya. Mereka mempunyai group Facebook yang boleh diakses menerusi akaun Geng Surau Putrajaya ( GSP ) atau https://www.facebook.com/groups/gengsurauputrajaya/.

Mengapa Perlu Berdakwah ?
Dakwah adalah untuk menyeru bagi umat kepada syurga dan meyelamatkan dari neraka sebagai balasan di akhirat nanti. Ia bukan sahaja tugas para Rasul, ia juga tugas setiap hamba Allah yang ingin berdampingan dengan Rasulullah s.a.w di akhirat nanti.

Ini adalah kerana matlamat kehidupan kita nanti ialah kebahagaian di akhirat. Malah mungkin akan dipersoalkan lantaran tidak melaksanan tugas dakwah ini.

Kaedah Berdakwah
Dato’ Dr Muhamad Izhar Arid ( DDMIA ) pula berkongsikan beberapa kaedah dalam melaksanakan dakwah ini.Pertama, kita hendaklah faham dan bijak dalam menganalisis apa yang menarik untuk disampaikan oleh hadirin, khususnya orang muda ketika ini. Perlu ada lawak disamping ketegasan.

Kedua, tidak perlu maki hamun atau merendahkan orang lain. Jika terdapat sebarang persoalan dikemukakan, jawablah dengan berhikmah dan ikut akal. Orang mudah kini minat dengan isu semasa yang perlu dijelaskan dengan ringkas, tidak berbelit-belit dengan pelbagai pendapatt para ulama’.

Ketiga: jawab dengan penuh ketegasan, jelas dan ikhlas. Jika haram, katakan sahaja haram. Sokong dengan dalil dan hadit berkaitan. Anak-anak muda kini ingin lihat ketegasan kita memegang prinsip syariat.

Halangan Dalam Berdakwah
Tidak dinafikan akan ada halangan dan cabaran ditemu, itu adalah fitrah. Untuk bangkit melaksanakan solat bukan suatu yang mudah, berpuasa pula terpaksa menahan lapar dan dahaga. Pekerjaan haji juga memerlukan kekuatan tenaga.

Halangan atau ujian yang pertama ialah lantaran kita terlalu sayangkan masa dunia kita. Masa kena dikorbankan. Jika tidak tiadalah orang hendak datang ke masjid surau solat berjemaah, tiadalah orang datang mendengar cermah atau majlis majlis ilmu.

Halangan kedua ialah kewangan. Kewangan diperlukan dalam mengadakan majlis-majlis ilmu. Oleh yang demikian digalakkan menghulurkan sedeqah, menginfakkan harta untuk kerja-kerja mulia ini.

Kehadiran pemimpin dalam ceramah serta majlis-majlis ilmu memberikan galakkan kepada orang ramai untuk turut hadir. Merekaperlu menunjukkan teladan sehingga menimbulkan rasa hormat dikalangan pengikutnya. Sebab itu Rasulullah s.a.w sering ke masjidnya.

Tanda Kejayaan Dakwah
Tanda kejayaan dakwah bukan dilihat daripada hasil usaha di dunia, namun balasan diakhirat nanti lantaran terbukanya pintu hati atau hidayah adalah kerja Allah s.w.t. Rasulullah sendiri tidak dapat mengislamkan bapa saudaranaya, Abu Talib.

Ganjaran atas usaha kita ke atas diri kita ialah sentiasa dalam jalan Allah dan sentiasa dekat dengan Allah s.w.t.

Share:

Pelancaran Job Fair @ UTC Kuantan

Keperluan untuk mendapatkan pekerja adalah suatu yang real, suatu yang benar-benar berlaku, suatu yang dicari-cari, khususnya mereka yang mempunyai pelbagai kelulusan akademik dan kemahiran. Walaupun mungkin bukan semua, bekerja makan gaji masih menjadi sasaran pencari kerja.

Inilah yang aku rasai apabila menghadiri Majlis Pelancaran JOB Fair @ UTC Peringkat Kebangsaan di UTC Kuantan pada 5 November 2016 yang lalu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia yang mewakili Menteri Sumber Manusia.

Kira-kira 1,800 kerja kosong tawarkan daripada lebih kurang 30 syarikat. Aku lihat sejak pagi lagi orang ramai khususnya di kalangan belia remaja telah berpusu-pusu datang memenuhi sekitar lokasi majlis. Mungkin lebih daripada 5,000 orang !!!

Tidak pastilah sejauh mana 1,800 jawatan kosong itu dipenuhi atau tidak pada tersebut, tetapi rata-rata menawarkan gaji yang lebih tinggi daripada gaji minimum atau lebih daripada RM1,000.

Yang di UTC Kuantan hanyalah pelancaran peringkat kebangsaan, manakala majlis yang sama diadakan di 8 UTC lain seluuh negara, iaitu UTC Kuching, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Alor Star, Pudu Sentral, Melaka dan Johor Bahru.

Lepas ini Job Fair akan dirancang pelaksanaannya sepanjang masa di setiap UTC berkenaan, buka hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Lagipun pencari kerja ada sepanjang masa. Menganjurkan program seumpama ini besar juga belanjanya dan pihak majikan tentunya dikenakansebarang caj, kalau tidak tak adelah majikan nak join. Baik buat di premis masing-masing sahaja.

Satu lagi perkara, sejauh mana pencari kerja dapat kerja yang sesuai dengan aliran atau pengkhusussan semasa belajar dulu. Ini yang payah hendak dipenuhi daripada segi job-matchingnya. Bak kata Exco Sumber Manusia dalam ucapan alu-aluannya, kalau pencari karja tidak memperolehi kerja yang sesuai dengan kelulusannya, maka pandai-pandailah menyesuaikan diri dengan alam pekerjaannya.
Share:

Hudud: Umno bukan tipu PAS, tapi tipu Allah

Sekadar untuk simpanan walaupun sudah agak lama artikel ini. Mungin ada manfaatnya suatu masa nanti. Atas apa sebab jua Umno telah mengaku pada PAS, ia bersedia menyokong Kelantan melaksanakan enakmen hudud kira Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2 dipinda. PAS pun bersangka baik, moga-moga ia satu peluang untuk melaksanakan apa yang sudah tertangguh kira-kira 20 tahun itu. Bukanlah itu betul bendul macam Pak Pandir, percaya sangat pada Umno. Tetapi mana tahu jika Umno kali ini berjurus. Maka Dun Kelantan membentangkan pindaan. Kesemua Adun BN menyokong.

Tetapi atas masalah mereka sendiri, kerajaan BN enggan membentangkan perkara itu di Parlimen. Alternatifnya ialah PAS sendiri mmbentangkannya sebagai usul persendirian. Sudah beberapa kali Parlimen bersidang, usul persendirian PAS belum jadi agenda Parlimen. Ada orang kata PAS ditipu Umno lagi, termasuk orang PAS yang tidak yakin Umno berjurus atas isu itu merasakan PAS sudah ditipu Umno. Dan jika usul itu dapat dibentang di Parlimen belum tentu ia disokong oleh Umno.

Ketua penyokong kerajaan di Parlimen, Tan Sri Shahrir Samad telah membayang, ia tidak mandatori bagi Umno/BN menyokongnya. Inividu Umno boleh memilih menyokongnya ataupun tidak menyokongnya. Perdana Menteri dan menteri yang berjanji pada PAS dulu Datuk Jamil Khir Baharom membisu.

Boleh dikira kenyataan Shahrir itu yang mungkin jadi sikap Umno. Maka bolehlah sekarang orang mengira pemimpin PAS sudah ditipu Umno.

Kiranya betul Umno tipu PAS, apakah PAS kecewa dan putus asa? Dan menyesal mempercayai janji Umno dulu?

Tidak wajar kecewa jika Umno tidak menunaikan janjinya. Percaya kita pada janji Umno itu tidaklah sama percaya kita kepada pada janji Allah dan Rasul-Nya. Percaya kepada Allah dan Rasul itu justeru iman. Percaya kepada manusia bergantung kepada keadaan. Tetapi apabila ada hamba Allah menyatakan hasrat untuk menyokong sesuatu baik khususnya atas perkara Islam, tidak wajar tidak mempercayainya seratus peratus.

Adakah Rasulullah SAW percaya 100 peratus kepada musyrikin Quraisy dalam perjanjian Hudaibiyah tidak akan mengkhianatinya? Adakah baginda yakin sangat pada munafiqin pimpinan Abdullah bin Salul yang berjanji untuk bersama dalam perang Uhud? Tetapi baginda tidak menyatakan kepada mereka segala yang dijanji itu tipu belaka.

Dalam suasana itu baginda berani memberi harapan dan menyembunyikan keraguan. Mana tahu kalau pintu hatinya sudah terbuka.

Percubaan mempercayai Umno itu justeru akar umbi Umno mahukan hudud. Sebelum hudud yang PAS sebut itu dikira hudud PAS saja, bukan hudud yang Allah perintah. Sekarang sudah ada Umno yang yakin hudud PAS itu hudud sebenar. Kita terima janji itu kerana menghormati Umno akar umbi menyatakan mahukan hudud. Jika PAS tidak menghormati mereka, maka nanti rakyat atas pagar yang beriman kepada hudud akan menempelak PAS tidak mahu melaksanakan hudud yang sudah Umno kata kehendaki. Fitnah tidak mempercayainya lebih besar daripada fitnah mempercayainya.

Apalah ruginya PAS jika ditipu Umno? Banyak contoh dalam ajaran Islam betapa orang munafik kata sesama sendiri mereka tipu Nabi. Ramai kata Nabi berbohong. Mereka bukan tipu Allah dan Nabi-Nya tetapi mereka tipu diri sendiri.

Jika Umno tipu PAS, seronok sangatkah dapat menipu PAS? Mereka bukan menipu PAS tetapi mereka tipu diri mereka sendiri.

Dengan tunjuk percaya pada janji Umno itu bukan satu isyarat bagi PAS masuk dan menyokong Umno. Sekalipun Umno beri matahari di tangan kanan PAS dan beri bulan di tangan kirinya, untuk tunduk pada Umno tunggulah anjing berkepak.

SUBKY LATIF | 29 Ogos 2015.
– HARAKAHDAILY
Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah