
Anda ada menonton rancangan berbentuk Realiti-TV anjuran TV9 pada tahun 2008, Akademi Nasyid ? Aku memang ada mengikutinya sekali-sekala, malah pernah menontonnya secara live di Plaza Alam Sentral. Semasa pertandingan akhir, sebaik diumumkan Azhan Atan sebagai juara Akademi Nasyid Pertama TV9, terus sahaja beliau sujud syukur di atas pentas malam itu. Mungkin ramai yang tidak menyangka akan kemenangan beliau, namun disebalik itu, beliau dikatakan...