Seringkali kita mendengar dan mungkin telah maklum akan kelebihan berselawat kepada Rasulullah s.a.w. Malah setiap Jumaat Khatib mengingatkan kita ( kecuali masa itu kita terlena eloq ). Allah menerusi firman Nya yang bermaksud. 'Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya' ( Surah Al-Ahzab:56 ). Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, akan dicatat baginya sepuluh kebaikan'.( H.R Ahmad )
Oleh yang demikian merugilah kita yang meninggalkan amalan berselawat ini. Bukan setakat rugi, malah terdapat amaran kepada yang bakhil untuk berselawat. Hadis Riwayat Ahmad, telah bersabda Rasulullah s.a.w, 'Orang yang bakhil (kedekut) ialah orang yang apabila disebutkan namaku di sisinya, maka dia tidak berselawat ke atasku.'
Tidak sama menyebut nama Muhammad yang merujuk kepada Rasulullah s.a.w dengan Muhammad Ali Lagenda Boxing, Mahathir Muhamad ex-PM atau Muhamad Tauke Kedai Runcit kat kampong kita. Bila masa kita mendengar nama Rasulullah s.a.w disebutkan ? Selalunya kita mendengar nama tersebut disebutkan dalam kuliah, khutbah atau ceramah agama. Maka kitapun jawap atau sambut dengan ‘s.a.w’. Apakah juga kerana ikut-ikut orang sebelah atau kita takut kepada ancaman sebagaimana maksud suatu hadis, 'Binasalah seseorang yang namaku disebutkan di sisinya lalu ia tidak berselawat untukku.' ( H.R Tirmidzi dan Hakim )
Bagaimana pula sekiranya kita jarang-jarang atau kadang-kadang menghadiri kuliah atau ceramah agama, malah tidur pula semasa khutbah ? Program kuliah atau forum agama kat TV pun bukan sahaja tak fokus, tapi asyik bertukar channel ke salauran lain.
Jadi bila masa lagi kita berselawat ? Sekurang-kurangnya sekali jika solat dua rekaat dan dua kali dalam solat 3 atau 4 rekaat iaitu masa tahiyat awal dan tahiyat akhir. Kalau tidak solat maka, tak tahulah nak kata. Macamana Rasulullah s.a.w nak mengaku umatnya ? Selawat berguni pun tak memberikan kesan.
Habis tu tunggu setahun sekali, sekiranya menghadiri majlis selawat musim-musim maulud nabi ? Atau sewaktu mewakili pejabat berarak di jalan-jalan raya atau keliling taman ?
Namun ada satu yang sering dilakukan, yang diajarkan kepadaku sejak sekolah dulu. Kalau nak kembalikan ingatan apabila terlupa, maka berulangkalilah kita berselawat sehingga dapat mengingatinya semula. Sama ada semasa menduduki peperiksaan, nak masuk bilik periksa atau terngadah apabila menyedari kita terlupa. Sesampai di kedai runcit, kita berulang kali berselawat untuk cuba mengingati kembali apa yang anak atau isteri kita pesan untuk di beli. Apakah ada hadis yang menyokong tentang perkara ini ?
Yang penting kini ialah jadikanlah selawat sebagai amalan harian kita. So boleh buat jadual harian untuk berselawat ke atas Rasulullah s.a.w, sama ada di waktu pagi atau petang atau bila-bila masa sahaja, tanpa menunggu masa-masa sebagaimana disebutkan, di mana kita ‘terpaksa’ melafazkan selawat.
Gambar Hiasan : Masjid Sultan Ahmad Shah UIAM, Kuantan Pahang.
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
44 seconds ago
0 Komen:
Post a Comment