Apabila pertama kali menggunakan smartphone SE P800, aplikasi bagi membolehkan keseluruhan ayat-ayat al-quran dipaparkan dan dibaca menjadi pilihanku. Walaupun kecil tulisan dan tidak berapa terang, namun sekurang-kurangnya boleh dibaca untuk tujuan kelancaran atau hafazan. Begitu juga apabila aku bertukar kepada SE P910 dan SE P990i. Namun bagi siri ini, lebih jelas tulisannya sebab skrinnya lebih luas.
Sekarang aku memiliki BB Bold 9700. Terdapat pelbagai aplikasi al-Quran dan aku sempat masukkan 2 aplikasi diantaranya. Satu agak kecil dan satu lagi ok serta jelas tulisannya. Tetapi yang jelas tu dipaparkan secara on-line. Baris-baris ayat dipaparkan dengan cara download baris demi baris. Kalau cepat kita baca, kekadang tidak sempat baris ayat baru didownload dan dipaparkan.
Kini aku baru memiliki al-Quran Digital yang dinamakan eAlim EL100. Ianya seolah-olah sebuah ebook seiras iPad dengan saiz skrin 7”. Agak menarik juga gadget baru ku ini walaupun aku belum sempat habis menggodehnya. Maklumlah baru, masih kemaruk lagi.
Selain untuk membaca al-Quran, eAlim ini juga dilengkapi dengan terjemahan dan tafsir al-Quran, aplikasi e-Book, bacaan al-quran daripada pelbagai Qari, hadis, video pendek, doa serta rakaman ceramah.
Al-Quran digital boleh dianggap membantu mengenal ayat-ayat suci dengan mudah dan berkesan melalui teknik mendengar dan mengikut. Malah ia menjadi lebih berguna dengan aplikasi nilai tambah seperti terjemahan dan tafsir al-Quran. Dikatakan juga al-Quran digital mampu memberi minat yang lebih mendalam kepada pemiliknya untuk mempelajari bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Juga disertakan permainan atau edutainment yang ringkas. Aku rasa banyak lagi aplikasi boleh dimasukkan ke dalam eAlim. AKu telah cuba beberapa kali untuk membolehkan ianya dapat dihubungi dengan PC, namun masih gagal. Aku tidak pasti kenapa masih gagal sedangkan instruction seperti dalam buku manual yang disediakan telah aku akur.
Namun akan ku cuba lagi. Sebab bagiku targetnya kini ialah nak masukkan fail flash .swf al-Quran Tajwid, satu format yang biasa aku baca bagi al-Quran bermashaf. Ini kerana sekarang ini juga banyak sudah handphone yang mengandungi ayat-ayat suci al-quran, sama ada sudah diinstal siap-siap atau kita download daripada Internet.
Tetapi bagiku yang biasanya membaca al-quran secara mashaf, disertai dengan warna sebagai panduan mengikut ilmu tajwid, terasa agak kekok apabila membaca al-Quran menerusi eAlim ini. Mungkin nak kena selalu membaca menerusinya.
Kemudahan teknologi ini membolehkan al-Quran di bawa ke mana-mana sahaja apabila kita membawa handphone atau gadget digital berkenaan, walaupun masuk tandas dan walaupun tanpa ada wuduk. Jika hukum berkaitan menyentuh dan membawa al-Quran digital ini tidak sama dengan hukum menyentuh dan membawa al-Quran secara mashaf cetakan biasa atas kertas, apakah fadhilat membacanya juga tidak sama ?
Remaja 15 tahun tayang borang nikah
28 minutes ago
6 Komen:
salam, ustaz, nak tanya, mana ustaz beli digital quran tu? sy nak beli utk ayah sy..
cuba search di google atau www.enmac.com
tadi saya jumpa ia ada dijual di salah sebuah gerai buku/kaset di Bangunan Warta Bandar Baru Bangi, Selangor ...
Salam, saya mohon kebenaran menggunakan gambar al-quran digital e-alim dr blog tuan. Bukannya apa sekadar membantu suami yang mencari seidkit rezeki Allah menjadi agen penjual quran ini. Suami jarang2 menggunakan sumber internet untuk membuat promosi jualannya. Saya hanya membantu.
ok, tiada hal
Salam ,
Boleh juga di dapatkan di kedai online saya...
==>>http://muslimmaju.com/index.php?page=product;sales_page&v=21&sd=islamic_e_book
Post a Comment