
Sering kedengaran, makanan di Kuantan agak mahal. Lebih mahal berbanding dengan Kuala Lumpur. Entahlah, mungkin tengok keadaan serta kawasan. Harga makanan di Titiwangsa tentu lain dengan harga makanan di Lembah Pantai. Di Putrajaya juga mungkin lebih mahal berbanding di Segambut. Itu yang anakku merungut sebab kadar biasiswa JPA yang diterimanya di UIAM Kuantan lebih rendah berbanding daripada yang diterima oleh pelajar yang menuntut di Kuala Lumpur...