Berbanding dengan Hari Ibu, Hari Guru dan apatah lagi Hari Valentine, Hari Buku Sedunia ( HBS ) tidaklah begitu diingati apatah lagi nak diraikan dengan besar-besaran. Mungkin tidak ramai tahu bilakah HBS ini ? Menerusi kajian internet, sedikit sebanyak dapat diketahui bahawa HBS jatuh pada tarikh 23 April setiap tahun bermula sejak 1923 lagi. Sebenarnya ada sejarah di sebalik penetapan tarikh tersebut sebagai HBS. Tetapi nampaknya HBS ini ada pertalian dengan sambutan hari St George bagi penganut Kristian.
Apakah boleh kita anggap tidak mengapa, lantaran sekadar memperingatkan kita kepada kepentingan ilmu dan buku sebagai salah satu dari sumber ilmu ? Namun sebagai seorang Muslim, HBS mungkin bukanlah satu tarikh yang begitu signifikan dengan ajaran Islam. Ini adalah kerana Islam terlebih dahulu meraikan ilmu melalui wahyu pertama yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. di Gua Hira' dengan surohan 'Bacalah'.
Tetapi malangnya umat Islam, khususnya di Malaysia bukanlah terkenal sebagai ummat yang paling menghargai, menguasai ataupun mencintai ilmu. Statistik juga menunjukkan betapa rendahnya kadar membaca di kalangan warganegara Malaysia. Malahan bahan bacaan yang paling diminati pun yang ’ringan-ringan’ sahaja. Budaya suka ke perpustakaan amatlah kecil peratusnya berbanding budaya suka ke pusat membeli-belah dan ke pusat hiburan. Rasa hormat terhadap ilmu, buku dan orang berilmu seperti guru, ustaz, alim-ulama' dan cendikiawan juga sangatlah mengecewakan dikalangan kita, terutama di kalangan generasi muda.
Berbalik kepada tarikh 23 April yang dijadikan sebagai HBS. Tarikh 23 April pada setiap tahun, telah dinobatkan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1995. Ia sebenarnya telah diilhamkan daripada tradisi Catalan, yang lebih dikenali sebagai Festival of the Rose.
Mengikut legenda, Saint George telah membunuh naga untuk menyelamatkan puteri Catalan. Lantas daripada pembunuhan tersebut, darah naga yang mengalir telah menumbuhkan sepohon mawar, dan Saint George telah memetik sekuntum mawar yang paling cantik lalu diberikan kepada puteri tersebut. Sejak dari itu, pesta mawar ( Festival of the Rose ) telah disambut oleh masyarakat Barcelona. Setiap jejaka akan menghadiahkan sekuntum mawar kepada kekasihnya.
Pada tahun 1923, pesta tersebut kemudiannya telah digabungkan dengan ‘el dia del llibre’ atau Hari Buku yang juga telah disambut sempena kematian Miguel de Cervantes dan William Shakespeare serta beberapa penulis lain, iaitu pada 23 April 1616. Sejak dari tahun 1923 itulah, para wanita yang menerima hadiah mawar dari kekasih mereka, kemudiannya akan menghadiahkan buku sebagai hadiah ganti di atas pemberian mawar itu. Juga telah dikatakan pada tahun itu sahaja sebanyak 400,000 buah buku telah terjual yang menjadi hadiah balasan kepada 4 juta mawar!
Dalam kebanyakan negara meraikan HBS pada 23 April, di United Kingdom, mereka meraikan ulang tahun Hari Buku Sedunia pada 1 Mac setiap tahun. Di Malaysia promosi merayakan HBS rasanya baru beberapa tahun kebelakang. Pada tahun 2009, nampaknya ia disambut dengan penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIBF ) yang diadakan di PMTC dari 17 hingga 26 April 2009.
Aku berkesempatan berkunjung ke sana dan seperti biasa yang menariknya bagiku ialah peluang bertemu dengan penulis tertentu. Antara yang aku sempat bertemu Kartunis Ujang, novelis Ramli Awang Murshid, motivator Ismail Zain dan penasyid Faizal of Hijjaz.
Yang lebih menarik kali ini ialah aku juga berkesempatan menghadiri pelancaran sebuah buku novel 'Bidadari Dari Syurga', terbitan Anbakri Publica oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penuh sesak Dewan Kedah dengan orang ramai yang ingin melihat Tuan Guru dengan lebih dekat lagi. Dalam ucapan pelancarannya, beliau menyentuh tentang the positif side of meniru. Memang kita disuruh meniru apa yang baik sebab Rasulullah itu diutus untuk menjadi contoh dan teladan untuk semua umat manusia. Anak-anak mencontohi atau meniru daripada ibubapa yang menjadi suri tauladan dalam rumah. Murid-murid meniru gaya dan perwatakan daripada gurunya di sekolah dan sebagainya.
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
21 minutes ago
0 Komen:
Post a Comment