Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Bersama Ahli Parlimen Padang Terap

Hari Khamis 4hb Sept lalu, aku berkesempatan bertemu semula dengan Ustaz Mohd Nasir Zakaria. Sebelum PRU12, beliau memang merupakan penceramah regular di Surau Al-Hidayah Saujana Utama. Tetapi apabila terpilih sebagai Ahli Parlimen Padang Terap, maka berakhirlah kuliah beliau di surau tempatku kerana terpaksa memberikan tumpuan dan khidmatnya di Parlimen Padang Terap. Beliau memang orang kelahiran Padang Terap.

Kemenangan beliau di Padang Terap memang aneh sebab kedua-dua DUN dalam parlimen tersebut dimenangi oleh parti lawan. Dalam sembang-sembang lepas terawikh, beliau menceritakan detik bagaimana beliau dipilih sebagai calon sedangkan beliau aktif di kawasan sini, khususnya Subang. Begitu juga rayuan untuk kompromi oleh parti lawan.

Apa yang menarik ialah kisah aktiviti harian beliau dalam mengharungi kehidupan sebagai Ahli Parlimen Padang Terap. Peruntukan bukan ada sangat, terpaksa usahakan sendiri. Jadi board of director mana-mana syarikat kerajaan negeri pun elaun pukul rata RM500 sebulan sahaja yang Menteri Besar tetapkan. Elaun Ahli Parlimen RM6K tiada apa sangat yang boleh dilakaukan. Peruntukan Kerajaan Pusat hanya untuk Ahli Parlimen parti kerajaan, sedangkan patutnya semua Ahli Parlimen dapat.

Dengan kedudukan kewangan yang ada, sukar bagi beliau nak berhadapan dengan karenah rakyat yang masih bermentalitikan, kalau boleh semuanya Ahli Parlimen kena bantu khususnya daripada segi kewangan. Bayangkan katanya, sampai bil kain kafan pun minta Ahli Parlimen jelaskan. Ini belum lagi minta bantuan jersi bola, morey bulan posa, itu dan ini. Kini beliau menubuhkan Tabung Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Padang Terap, bagi mendapatkan sumbangan orang ramai. Pamplet diedarkan di Surau Al-Hidayah lepas terawikh malam itu.

Dulu Ustaz Nasir mempunyai blog sendiri di nasirzakaria.blogspot.com, tetapi kini telah upgrade kepada www.nasirzakaria.com yangturut memaparkan rayun sumbangan tabung berkenaan. Tetapi kata Ustaz, orang tempat dia bukannya nengok internet. Siap tanya, apa itu 'blog' ustaz ? Tambahan beliau, keaktifan dia update blog itu telah menyebabkan rasa kurang senang dengan ADUN di dua Dun dalam Parlimen Padang Terap. Ini menyebabkan mereka juga turun padang yang seolah-olah hendak mencantas atau mendahului aktiviti yang Ustaz sedang atau hendak laksanakan, berdasarkan maklumat dalam blog tersebut.
Share:

0 Komen:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah