
Pendedahan bekas wartawan kanan Utusan Malaysia ( Utusan ), Sdra Hata Wahari bahawa agenda Utusan ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin Presidennya, yang juga PM agak mengejutkanku. Aku juga pasti ia juga mengejutkan pelbagai pihak. Maknanya agenda Utusan juga agenda Umno dan apakah juga bermakna Utusan sebagai lidah rasmi Umno ? Ini tentunya akan menjadi punca ramai yang mula tawar hati dengan Utusan, yang mengakibatkan kurangnya pembaca...