Berbanding dengan banyak-banyak murtabak yang aku rasa, rasanya Murtabak Ayam Edy amat istimewa. Nak kata yang paling sedap pun, entahlah. Tetapi memasng istimewa dan sedap. Murtabak ini dijual waktu siang hari sahaja. Tetapi di mana lokasinya ? Susah juga nak cerita, tetapi dekat dengan Uniten Bangi, Kedai Beriani Gam Putrajaya ( Resepi Batu Pahat ). Senang-senang Search dengan Geogle Map di 101 darjah 43'53.30"E.
Tetapi biasalah, yang sedap tu payah nak dapat, kena sabar beratur atau menunggu gilirannya. Harganya cuma RM 3.50 dan saiznya memang besar berbaloi. Selalu juga kalua aku singgah atau lalu sana, jika nampak macam ramai orang menunggu Eddy Murtabak, maknanya lama tempoh menunggu dan aku pun tak jadi beli.
Memang selalunya ramai, memang begitu. Di gerai lain turut dijual di gerai-gerai lain ialah air serta pelbagai makanan goreng-gorengan seperti goreng pisang, ubi, keledek, cendawan, cokodok, jemput-jemput dan keropok.
Eddy membuka gerainya dengan dibantu oleh isterinya sebagai cashier, turut bertugas memotong dan membungkus murtabak yang telah siap. Setiap yang datang membuat order akan ditulis di atas kertas catatannya, tetapi aku musykil camana dia boleh kenal siap yang oder sebab bukannya dia tanya atau ambil nama pelanggannya. Entah-entah dia tulis pelanggannya sebagai monyet, beruk, ungka dan lotong ... ha ! ha !
Lihatlah beberapa aksi si Eddy menyediakan murtabak istimewanya. Kelihatan banyak sangat telor digunakan.
Nampak sedap tak ? Mungkin biasa sahaja. Tetapi bagiku, kalau nak makan sekali sekala eloklah sebab aku rasa kandungan kolesterolnya amat tinggi !!!
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
19 minutes ago
5 Komen:
salam tn. hj, kat pasar malam putrajaya tak ada yg jual murtabak yg sedap ke? berdekatan presint 14 ada tak?
tak berap pasti mana yang paling sedap ... tapi kalau bulan Ramadhan, gerai mana yang beratur panjang, biasanya itulah yang sedap ..
nak try test cuba lahh... eerr.. Abi Hamas dah rasa murtabak makasar pahang?... BEST..
- Jemay Mapiau
encik ni kelakar lah kadang2...tp murtabak yg best rasenye murtabak singapore...penah makan masa duk JB dulu...
ada no telefon tak? Nombor yg dia bagi saya dah hilangkan. Nak gi beli nih. kawan2 order sampai 8
Post a Comment