Awal 2.30pagi ke MH. Nampak mudah juga dapat saf depan Kaabah. Dua ruang kosong sempit disebelahku menyebabkan aku terhimpit oleh dua jemaah yang datang kemudiannya. Seorang dapat ruang dan kemudian duduk sahaja.
Hotel Janadriyah
Hotel Janadriyah dimana aku tinggal juga merupakan Ibu Pejabat Tabung Haji di Mekah. Katanya hotel ini telah digunakan secara sewa oleh TH dan satu bangunan lain sedang dibangunkan, berdekatan dengan MH. Hotel Janadriyah ini dikatakan mampu menempatkan sehingga 7,000 jemaah.
Hari 33 ( Ahad 22 Nov / 5 Zulhijjah )
Berdasarkan suasana sekarang, nampaknya sudah sukar nak buat umrah. Van sudah kurang. Lagipun TH sudah nasihatkan berehat menjelang ibadah di Masyair. Memang aku berhasrat nak pergi lagi, tetapi terpaksa ku tutup buku umrahku. Jemaah dari hotelku pun seperti sudah kurang untuk ke MH, ramai yang solat di hotel atau masjid berdekatan saja.
Hukum & Fadhilat Umrah
Berdasarkan hukum, sering dikatakan umrah adalah sunat sahaja. Namun berdasarkan maksud ayat ke-196, Surah Al-Baqarah, 'Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah', umrah juga diwajibkan sekali seumur hidup apabila memenuhi syarat.
Mengapa aku perlu buat banyak kali umrah sedangkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda, 'Diantara satu umrah kepada satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya dan tidak ada balasan bagi haji yang mabrur ( diterima ) melainkan syurga' ( H.R Bukhari & Muslim ) Jadi jika buat sekali masa sampai Mekah dan sekali lagi masa nak haji, kira terhapus dosa antaranya, seperti rugi kalau buat hari-hari, penatkan badan saja ?
Namun bagiku, peluang berada di Mekah bukanlah suatu yang aku anggap mudah. Jadi apa salahnya aku gunakan peluang dan masa yang ada untuk melaksanakan umrah ini. Takkan hari-hari nak buat tawaf kedai aje, bengkrap la .. Lagipun sabda Rasulullah s.a.w lagi, 'Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Agung kepada Allah. Sekiranya mereka memohon doa kepadaNya nescaya Allah perkenankan doa mereka, sekiranya mereka memohon keampunanNya, nescaya Allah ampunkan mereka' ( H.R Nasai & Ibnu Majah ). Mana tahu semasa aku mengerjakan umrah-umrah tu, doa-doaku dimakbulkan Allah, keampunan Allah yang memang di cari-cari.
Gandaan Pahala 100K di MH atau Tanah Haram ?
TH sebelum ini sudah keluarkan kenyataan seolah-olah solat di hotel pun dapat pahala gandaan 100,000 kali kerana terletak dalam Tanah Haram. Namun aku tetap dengan rutin harianku ke MH seperti biasa pada awal pagi kerana aku merasa aku masih berdaya melaksanakannya. Sekurang-kurangnya dapat juga pahala melangkah ke MH. satu kebajikan yang dilakukan di Tanah Haram, digandakan 1,000 kali. Kiranya satu langkah ke MH, fadilatnya umpama 1,000 langkah.
Potong Rambut
Melihatkan ramai orang yang botak kepala atau berambut pendek no 1 or 2, aku terasa seolah-olah betapa sombongnya aku sehingga malu atau enggan membotak atau potong rambut pendek. Sebenarnya beberapa hari sebelum berangkat, aku sudah potong pendek di Putrajaya. Lagipun kalau aku botak sekarang, nanti balik ofis sudah menyalahi peraturan. Aku punyai sebab tertentu mengapa tidak botakkan kepala.
Memory Full
Lepas asar, aku banyak menghabiskan masa di atas bumbung MH sambil berehat. Kamera ku sudah memaparkan memory full. Mulalah aku browse gambar-gambar yang pernah akau ambil dan buang mana yang patut dan yang blur. Masa di Madinah jumpa juga Cyber Café ( CC ) yang membolehkan aku copy gambar ke pendrive yang aku bawa. Tapi tak jumpa langsung CC di Mekah nie. Aku kira hampir 2,000 keping gambar telah ku save dalam dua keping kad memori 2 GB kameraku. Ini tidak termasuk yang telah didelete.
Sekembalinya ke hotel selepas solat zuhor, ramai yang tercegat di hadapan TV. Ada dua TV, dua-dua memaparkan siaran yang sama. Rupanya satu perlawanan akhir badminton live antara pasangan Malaysia dengan pasangan entah mana.
3 Komen:
Salam tuan, smoga sentiasa dirahmati Allah. Saya tertarik dgn catatan tuan semasa di musim haji. Seperkara ttg isu 100K pahala dan unsur ?bidaah, harap kajian tuan dapat dikongsikan dlm blog. Dari satu sudut, pendapat saya, ini memberikan satu kelegaan/kegembiraan bagi mereka yg uzur, lemah, bermasalah utk dapat pergi ke MH pada ketika dikira 'darurat' ...gitu
Entahlah, kajian tidak kesampaian. Tanyalah ustaz-ustaz lain. Tetapi terasa berbeza 'perasaan' antara solat di hotel berbanding di MH, selain melihat Kaabah secara live !!
kita keluar duit ribu2 nak ke makkah kemudian kita pakat solat kat hotel lebih baik toksah pergi ke Makkah, jemaah haji negara lain yang dah tua yang bertongkat sanggup berjalan kaki ke MH. kalau solat kat bilik buat ape pergi Makkah...memang pahalanya 100000 tapi kan lebih baik dan afdal jika ke MH...
Post a Comment