
06 Jun 2011 – Ziarah HudaibiyahBersemangat untuk program ziarah lagi hari ini. Sebagaimana diminta, 6.30 telah turun. Tetapi seperti biasa, bas lewat tiba dan naik bas pun pakai naik saja tanpa mengikut kumpulan tertentu sebelum ini. Agaknya bagi TA ini yang mudah. Tidak payah nak fikirkan siapa naik yang mana. Tempat tujuannya sama juga. Syarikat TA yang sama juga. Janji semua dapat pergi dan balik.Berbanding ziarah Ja’ranah, kami difahamkan perjalanan...