Di sebalik kerancakan penganjuran Majlis Selawat beramai-ramai yang diadakan mengikut kampung, daerah atau negeri, tetiba kononnya tercetus berita yang mengatakan berhibur berselawat beramai-ramai itu bidaah yang menyesatkan. Ia tercetus selepas Konsert Malam Cinta Rasul dan Allah yang menampilkan Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf yang popular dengan lagu Ya Hanana di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya pada 21hb Mac yang lalu. Benarkah berita tersebut ?
Konsert sedemikian dikatakan berjaya mengumpulkan seramai 500,000 orang ramai untuk hadir memenuhi Dataran Putra, Putrajaya. Perkarangan masjid menjadi sesak sehingga kepada atas jambatan. Sekurang-kurangya 5 skrin gergasi disediakan bagi membolehkan rang ramai dapat melihat majlis yang berlangsung di atas pentas serta bersama berselawat dan berqasidah.
Memang tidak di nafikan, konsert sedemikian tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w. Kita hanya digalakkan berselawat sebagaimana kalimah biasa yang diajarkan menerusi hadis-hadis terasuk ketika mendengar nama Muhammad atau Rasulullah s.a.w disebutkan.
Malah ada ‘amaran’ keras kepada mereka yang tidak berbuat demikian. Tokoh agama terkenal nusantara, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid hadir memberikan tazkirahnya.
Aku yang juga hadir di Masjid Putra tempoh hari, memang mendapati sepanjang konsert berkenaan bukan sekadar berselawat ke atas nabi dengan pelbagai kalimah, turut juga dizahirkan kata penghargaan dan puji-pujian kepada Rasulullah s.a.w dan Allah s.w.t. dalam alunan qasidah. Malahan terdapat peralatan muzik yang dimainkan dalam mengiringi alunan selawat dan puji-pujian.
Persoalannya, apakah hanya nak berselawat apabila ada konsert seumpamanya ? Bagaimana dengan pada masa-masa lain selain waktu solat ? Bagaimana apabila disebutkan nama Muhammad s.a.w atau Rasulullah s.a.w ? Ini mungkin bid’aahnya.
Kalau hanya hendak berselawat masa konsert selawat sahaja atau bila ada majlis ‘Jom Selawat’, sedangkan masa lain bukan setakat diabaikan keutamaan selawat, malah sunnah dan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w pula dibenci, ditentang atau diabaikan apatah lagi mahu diperjuangkan.
Ada beberapa yang kurang enak aku lihat semasa konsert di Masjid Putra tu. Kerana jalan raya yang sesak( walaupun aku naik motosikal ) aku sampai ketika azan Isyak mula berkumandang. Namun yang pergi masuk masjid untuk solat Isyak berjemaah berbanding yang tetap tidak berganjak di luar bagi mempertahankan kedudukan strategic di hadapan pentas, rasanya yang kekal di hadapan pentas lebih ramai ... satu sunnah penting Rasulullah s.a.w diabaikan.
Tidak dinafikan ramai wanita hadir malam tersebut, tetapi semunya period ke ? Takpelah mungkin berpegang kepada kenyataan bahawa wanita lebih afdal solat di rumah berbanding di masjid. Yang solat pulak, pandai-pandai buat saf sendiri di depan pintu masjid sedangkan saf di dalam masih banyak kosong. Ikut sunnah Rasulullah s.a.w ke tu ?
Satu hal lagi, tidak nampak sangat pemisahan antara kaum wanita dan lelaki. Bimbang berpisah keluarga ? Mungkin tidaklah bergaul bebas macam konsert irama pop lain, namun sepatutnya penganjur menitik beratkan juga perkara ini.
Petugas hanya menjaga keselamatan dan laaluan keluar masuk kawasan sekitar pentas supaya tidak masuk orang yang tidak sepatutnya. Kalau PM dan isteri boleh diasingkan, mengapa yang lain tidak ?
2 remaja sengaja rentang tangga tengah jalan
24 minutes ago
4 Komen:
hehehe bercampur lelaki dan perempuan!? islamic sangatttttt
Konsert ni sbnrnya bisness. Kalau nak lbh memahami dan menghayati islam bukan konsert tempatnya tp di kelas2 ugama. Habis konsert, selawat pun lupa. Sy yakin ini cara syiah menyebarkan fahamannya. Mereka mesti dpt pengaruh yg besar. Maka bila mereka buat benda yg salah dgn menggunakan nama islam, semua org akn ikut. Sy tak setuju konsert selawat ni.
Mengapa serang orang islam yg datang konsert Selawat Nabi,yg rata2 mereka ini baru nak berjinak2 dgn hiburan secara islam,yg baru nak berjinak2 dgn Selawat Nabi dan zikirullah?
Kan elok anda serang konsert2 mungkar seperti konsert metal rock,yg dlm majlis itu tidak langsung sebut nama Allah dan Rasul? Dan yg tiada khilaf bidaah sesatnya?
Post a Comment