Bersempena dengan Floria Diraja Putrajaya 2014, berlangsung acara Magic Of The Night 2014. Kali ini merupakan kali yang ke-4. Namun kalau dahulu ia diadakan bersebelahan atau berdekatan dengan tapak Floria Presint 2, namun pada tahun ini ia diadakan jauh berasingan. Floria di tapak barunya di Precint 4, manakala Magic Of The Night di Marina Putrajaya Presint 5.
Kalau dulu kelihatan menarik dengan berlatar belakangkan Masjid Besi atau Jambatan Wawasan, namun kali ini agak kureng sikit. Sudahlah agak jauh sikit. Namun bagus juga sebab mengurengkan kesesakan jalan raya. Acara berlangsung setiap malam dari 14 malam sehingga 22 Jun 2014. Aku sempat hadir pada malam 21hb sahaja, sekadar nak menguji kamera aku sahaja.
Tidak macam Floria Diraja Putrajaya 2014, kemasukan ke sini adalah percuma. Mungkin tahun hadapan kot. Kalau Floria 2014 dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya, Magic Of The Night 2014 pula dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan.
Memang cantik mempersoanakan. Itulah kesimpulan yang dapat dibuat apabila menyaksikan 15 buah bot berhias pelbagai bentuk yang berlayar satu demi satu memperagakan diri kepada penonton. Memang kreatif mereka menghias bot mereka dengan penuh warna warni.
Bot berhias berkenaan juga mengetengahkan ikon, produk pelancongan dan kebudayaan dengan mengggabungkan kegemerlapan lampu, rona warna serta seni reka bentuk yang popular di negeri masing-masing. Agaknya siapa yang mewakili negeri memasing, Kementerian Pelancongan Cawangan negeri-negeri ?
Pada malam tersebut diumumkan juga pemenang pertandingan antara bot berhias tersebut. Bot Johot telah menang bagi kategori paling kreatif dan paling popular. Popular menerusi undian secara on-line. Tetapi memang nampak meriah, terang benderang dan kreatif bot Johor ni.
Manakala bot Pulau Pinang menang ketegori keseluruhan. Ia memaparkan tarikan utama Pulau Pinang seperti Jambatannya, Bot Naga serta pelbagai lagi. Tempat kedua adalah Terengganu dan k e-3 adalah Sarawak. Menarik juga. Kalau aku yang jadi juri, payah juga nak pilih pemenang.
Perarakan bot diakhiri dengan pertunjukan bunga api. Nampaknya aku masih gagal mendapatkan pemandangan yang menarik untuk shoot bunga api.
Tak kan nak tunggu setahun lagi ?
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
28 minutes ago
0 Komen:
Post a Comment