
Perkhidmatan tren shuttle antara Kuala Lumpur Sentral - Ipoh telah bermula sejak 1 Disember 2008 sebaik selesai pembinaan landasan berkembar KL-Ipoh. Mulai 24 Januari 2009, perkhidmatan tersebut diperluaskan kepada hujung minggu. Pada 28 Februari 2009 yang lalu, aku berkesempatan merasai sebahagian daripada perjalanan tren tersebut, iaitu dari Batu Gajah ke Sungai Buloh. Entahlah, selain kommuter, aku tidak ingat bila kali terakhir merasai naik tren...