Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikanlah pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, saat pahit, indah, muram, genting dan gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Merawat Pejabatku Yang Misteri

Memang kelihatan besar, teguh dan seperti bercirikan senibina Islam. Namun di sebaliknya mempunyai misteri tersendiri yang dialami oleh sebahagian penghuninya. Sejak mula didiami pelbagai gangguan dialami yang dipercayai oleh mahluk halus yang mendiami bangunan pejabatku. Antaranya lampu dan monitor on dan off secara tiba-tiba, kedudukan katrij yang digunakan untuk membuat backup beralih dari slot kedudukan biasanya, tepuk bahu belakang ketika solat seperti nak jadi makmum dan lif bergerak turun naik serta terbuka pintu tanpa dilihat sesiapa keluar masuk.

Pada 11 Mac 2010 lalu, aku bersama-sama beberapa staf pejabatku serta ahli Persatuan Pengubatan Islam Darus Syifa telah melaksanakan aktiviti merawat bangunan pejabatku. Majlis bermula menjelang maghrib yang dimulakan dengan Solat Maghrib, diikuti dengan Solat Hajat, bacaan Surah Yasin, zikir, Solat Isyak dan merenjis air sekitar bahagian dalam bangunan.

Sebenarnya sebelum ini, majlis doa selamat dan bacaan Yasin telah diadakan pada pertengahan Disember yang dikendalikan oleh Ustaz Hj Jamal Mahfodz yang juga ahli Darus Syifa.


Ini disusuli dengan rawatan kali kedua pada Januari lalu dengan menabur garam beserta lada hitam di sekitar bangunan selama tiga petang berturut-turut. Disebabkan kawasan bangunan agak besar, pada 11 Mac lalu, kami dibahagikan kepada empat kumpulan untuk merenjis air ke seluruh bahagian bangunan.

Namun selepas rawatan kali kedua, berdasarkan cerita daripada staf pejabatku, dikatakan mahluk halus tersebut semakin bertindak balas. Antaranya terdengar bunyi tapak kaki berlari di lantai bilik komputer utama, suara orang berbual tetapi tiada sesiapa apabila dipandang ke arah suara tersebut, suara wanita menangis dalam bilik air, pintu terbuka tanpa kelihatan sesiapa keluar masuk menerusi CCTV serta seperti bayang-bayang kelihatan dalam monitor komputer dan daripada luar bangunan.

Malah ada seorang dikatakan pernah ‘melihat’ ada satu family mahluk halus sekurang-kurangnya seramai 8 ‘orang’ mendiami bangunan pejabatku. Entahlah, mungkin sebab sudah banyak cerita aku dengar, percaya sajalah tanpa sombong lantaran tidak sendiri mengalaminya. Namun kejadian ini sedikit sebanyak menghalang staf pejabatku daripada terus berada di pejabat menghabiskan kerja sehingga malam.

Bangunan baru pejabatku telah mula dibina pada 1 Oktober 2007. Bangunan yang bernilai RM 50 juta ini terletak di atas tanah seluas 4 hektar di Cyberjaya. Pembinaan bangunan telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Jabatakun secara rasmi pada 31 Mac 2009.

Walau bagaimanapun, disebabkan masalah berhubung dengan perlantikan syarikat bagi mengendalikan kerja-kerja perpindahan dari tempat lama iaitu di Pusat Bandar Damansara Kuala Lumpur, perpindahan keseluruhan pejabatku hanya bermula pada awal November 2009. Maknanya daripada tempoh pembinaan Oktober 2007 serta penyerahan bangunan pada Mac 2009 sehingga November 2009, bangunan tersebut kosong. Agaknya ini mengundang kepada mahluk halus mendiaminya, ataupun mereka sebenarnya merupakan penghuni asal kawasan tersebut.

Pejabatku secara rasmi beroperasi di bangunan baru mulai pada 7 Disember 2009. Manakala peralihan sistem komputer pejabatku sepenuhnya daripada Disaster Recovery Centre berjaya dilakukan pada 18 Disember 2009 iaitu bersamaan dengan 1 Muharram 1431H. Ramai agensi pusat telah dijemput bersama menyaksikan peristiwa yang bersejarah ini yang kebetulannya pada awal Muharram 1431H.

Sebenarnya semasa perpindahan dilakukan, aku berada di Mekah mengerjakan Haji. Sebelum ke Mekah, perpindahan dijangka pertengahan Disember. Namun rupanya dipercepatkan. Balik Mekah sahaja, biliku telah kosong kerana pejabatku telah pindah. Mungkin beruntung tidak serabut dan penat memikirkan hal perpindahan. Tetapi aku kira rugi daripada segi pengalaman. Apapun aku berharap dengan rawatan yang dilakukan ini, pejabatku menjadi lebih aman daripada sebarang gangguan. Penghununya pun terus selesa menjalankan tugas-tigasnya, insya'allah.
Share:

5 Komen:

rashid almaktoum said...

salam tn. hj, cuma ingin tahu apa sebenarnya fungsi garam dan lada hitam kepada makhluk tu selain daripada untuk menyedapkan masakan.

hassan1663 said...

saya difahamkan garam dan lada hitam tu untuk menghalau mahluk tersebut mana mereka takut dengannya dan menjauhi diri ...

rashid almaktoum said...

apa kata kalau di pejabat tn. hj tu setiap unit atau dept. pasang cd mengaji quran sepanjang masa....cd mengaji oleh mawarsoft rasanya sesuai....supaya makhluk halus tu tak tinggal di situ lg dan cari penempatan yg baru....

hassan1663 said...

memang sebenarnya itu yang dilakukan, khususnya selepas ofis hour ... masa bekerja biasa tidak dibuat sebab dibimbangi 'mengganggu' suasana bekerja dan menimbulkan ketidak selesaan di kalangan staf ...

ruhil said...

Garam sifatnya pedih dan tajam, manakala lada hitam sifatnya panas dan pedas. Maka, kalau dilontarkan sekiranya pada makhluk tersebut ia akan luka cedera dan akan lari...

Blog Tazkirah

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

Harian Metro

The Star Online

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

kata2