Floria Putrajaya 2012 telah berlangsung pada 30 Jun - 8 Julai di tempat yang biasa diadakan sebelum-sebelum ini. Tahun ini tema bunga kertas. Macam tak menarik aje temanya. Maklumlah sudah terlalu biasa bunga kertas bagi orang Malaysia, boleh didapati divmana-mana. Mungkin kerana senang tumbuh, senang maintain, boleh tanam di mana-mana dan tidak cerewet.
Bagi peserta pameran atau pertandingan berdasarkan tema ini, mungkin mudah bagi mereka dan kos pun tidaklah tinggi. Tetapi bila tengok banyak-banyak bunga kertas, nampak cantik-cantik juga. Apatah lagi apabila digabungkan dengan bunga-bunga lain.
Bercakap tentang kos, nampaknya tahun ini seperti kurang penyertaan berbanding dengan tahun lepas. Tahun lepas penuh sampai ke tepi tasek penyertaannya, tetapi tahun ini nampak kurang. Entahlah.
Namun berbanding dengaan tahun lepas, kali ini sebahagian daripada ahli keluargaku dari Johor datang ke Putrajaya setelah menghadiri jemputan kenduri kawin di Seremban. Mungkin bagi mereka ini merupakan pengalaman yang menarik.
Selain bunga seperti tahun lalu juga, ada bot berhias serta bunga api pada waktu malam.
Aku paparkan beberapa gambar sekitar Floria 2012 di sini dan yang lainnya boleh klik di bawah sekali,
Klik Untuk Lagi Gambar
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
17 minutes ago
0 Komen:
Post a Comment