
Pada 21 dan 22 Julai lalu, aku berpeluang menghadiri persidangan berkenaan yang diadakan di PWTC. GIS atau Geographic Information System kira berkaitan juga dengan IT walaupun pada masa ini my ofis tidak menggunakan GIS. Perkataan GIS pun sebenarnya dah lama dengar, tetapi dengan perkembangan teknologi terkini yang menyokong GIS, aku lihat persidangan ini terbaik buatku mengetahui perkembangan serta mendapatkan maklumat semasa GIS. Pamerannya cukup menarik, walaupun tidak berapa banyak ( cuma 25 agensi ), tetapi very informatif. Seramai 450 peserta mengikuti persidangan dua hari ini, dengan 16 pembentangan kertas kerja.
Semakin luas keperluan teknologi GIS. Dengan penggunaan geoinformasi yang berkesan memudahkan perancangan dan keputusan serta penguatkuasaan yang lebih efektif dalam menangani isu-isu alam sekitar yang semakin serius contohnya bencana alam seperti tanah runtuh, hakisan sungai dan banjir, termasuk kemungkinan-kemungkinan fenomena alam yang akan berlaku pada masa-masa akan datang. Selain itu, penggunaan geoinformasi boleh membantu menangani masalah-masalah sosial yang berlaku seperti krisis jenayah, pusat hiburan tidak berlesen, kemalangan, wabak penyakit dan sebagainya. Ini memudahkan membuat keputusan, merancang pembangunan, pemantauan dan menguatkuasakan undang-undang. Skopnya sama ada peringkat nasional, negeri atau tempatan.
0 Komen:
Post a Comment