Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikanlah pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, saat pahit, indah, muram, genting dan gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Ke Cameron Highland Lagi

Sekali pergi pada akhir Januari dan awal Febuari 2014, terasa nak pergi lagi. Dulu takut kini dah tidak kisah. Tetapi sebab utama kunjungan kali ini ialah nak bawak anak ke-3 ku merehatkan minda setelah final examnya.

Tetapi semakin terasa pulak, masih banyak lagi tempat menarik di Cameron Highland ( CH ) yang belum lagi dikunjungi. Dalam kunjungan kali ini, hujan yang turun merencatkan kelancaran kunjungan sebab bukan setakat kami hanya menginap satu malam tetapi sampai pun agak lewat pada hari pertama.

Ladang Teh Cameron Valley
Kami keluar dari Lebuhraya PLUS ikut arah ke Tapah. Dalam perjalanan naik, singgah ladang ini sebagai destinasi pertama.

Lagipun terletak di tepio jalan utama. Hujan renyai-renyai ketika itu. Kesejukan hujan yang terasa.

Keadaannya macam biasa sahaja, seperti dahulu. Cuma tidak berapa ramai orang. Mungkin sebab bukan musim cuti umum, tambahan hujan.

Tidak membeli di sini. Kami hanya target beli di Pasar Malam Brinchang sahaja nanti, sebab banyak pilihan dan reganya yang kira murah.

Pasar Malam Brinchang
Lepas check-in homestay apartment, kami terus ke Pasar Malam Brinchang. Hujan semakin lebat. Nak membeli camana ?

Jalan menghampiri pasar malam sesak juga, tetapi tidak seteruk masa kunjungan sebelum ini. Alhamdulillah, dapat park dekat Masjid Brinchang. Lepas solat maghrib baru kami redah pasar malam dalam keadaan hujan. Kena redah untuk cari juadah makan malam serta strawberi.

Gerai jualan tetap banyak juga. Terpaksa kami beli payung. Tentunya laris payung masa ini. Takpe, reganya kira murah saja.

Balik apartment, semua kesejukan. Sambil menikmati juadah malam, kami makan strawberi cicah cokelat yang sedap tu. Aku rasa beza beli strawberi kat Pasar Malam Brinchang dengan ladang strawberi ialah kesegarannya.

Yang beli di pasar malam kena makan cepat sebab ianya mungkin stok dah dua tidak hari. Sebab itu dijual dengan rega yang agak murah.

Kalau lambat makan, nanti ‘bonyok’ atau macam terlalu masak dan tak sedap rasanya. Dikatakan strawberi yang dapat bertahan kekira 5 hari setelah dipetik masak. Itu di Cameron, tetapi kalau di bawa balik yang suhunya agak panas ?

Suboh Di Masjid
Seperti kedatangan sebelum ini, yang meramaikan ialah pelancong tempatan. Kali ini ada beberapa buah bas. Tetapi lepas solat kali ini ada jamuan ringan pulak sumbangan seseorang. Kira sarapan pagilah, rezeki jangan ditolak.

Takde tahlil atau kuliah suboh, tetapi ini adalah amalan biasa kata Imam pagi itu yang kebetulan makan sekumpulan denganku.

Imam tersebut merupakan doktor perubatan yang berasal dari Gersik. Dr Ayob Sawabi namanya dan sudah lama duduk sini, malah mempunyai klinik sendiri selain mengusahakan homestay apartment di Tanah Rata dan di Taman Sedia. Peramah dan suka bercerita orangnya. Kalau ada masalah nak dapatkan penginapan, boleh hubungi di 012-5059220.

Kampung Taman Desa
Lepas sarapan target lami ialah ke Al-Mashor, namun ada khemah di depan kedainya. Kiranya tutupla. Barangkali kenduri kawin anaknya kot. So kami beli serapan tetapi makan di kedai Abang yang mempunyai konsep seperti Al-Mashor juga.

Memang pada mulanya aku bercadang nak cari Homestay di Taman Sedia kali ini. Nak merasa suasana perkampungan Melayu tu. Tetapi tak berjaya nak buat booking sebab penoh semuanya. Yang ada cuma chalet. Kena awal kot.

Kampung Taman Sedia diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, bagi mewujudkan sebuah kampung berbentuk seakan-akan Felda bagi penduduk Melayu di Cameron Highland. Penduduknya dulu ramai kakitangan kerajaan, memiliki rumah dan sedikit tanah bagi menjalankan kegiatan pertanian.

Nama Taman Sedia diperolehi daripada keadaan asal tempat kampung tersebut sebelum diterokai, yang ‘tersedia ada’ dengan bunga-bungaan liar yang cantik. Dikatakan dulunya merupakan tempat taman permainan puteri bunian. Saja nak tambah cerita. Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengiktiraf 20 buah rumah di kampung ini dengan kemudahan asas, selesa dengan situasi perkampungan Melayu tradisional yang dikelilingi bukit-bukau.

Kini ianya popular dengan ladang strawberi serta sayur-sayuran. Terdapat sekolah agama dan juga surau di sini.

Taman Pertanian MARDI
Dalam kunjungan kali ini, baru aku tahu yang di sini ada menyediakan penginapan apartmnent dengan harga yang berpatutan. Next time ke sini kot.

Since agensi kerajaan, aku rasa diselenggara dengan baik berbanding dengan apartment yang aku duduk kali ini. Nampak antaranya rumah-rumah penginapan ala-ala Inggeris.

Berbanding datang sebelum ini, berkurangan hasil tanaman sayuran dan buahan. Agaknya sudah dipetik. Anggur pun masih putik !!!

Cameron Lavender
Destinasi seterusnya petang itu ialah Cameron Lavender yang terletak selepas pekan Tringkap jika bertolak dari Tanah Rata atau Brinchang. Sesak apabila menghampiri Kea Farm. Masalah di Kea Farm tu ialah kawasan nak park kenderaan. Pengunjung tercari-cari kawasan parking, itu yang jadi jem.

Cuaca agak panas juga ketika itu. Aku rasa macam tidaklah sesejuk masa datang tempohari. Orang memang agak ramai, tempat kenderaan berdekatan pintu masuk dah penuh. Ada di sediakan kawasan lain, tetapi agak jauh, lantas park tepi jalan je.

Tiket masuk RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Wah sungguh cantik tempat ini. Aku tidak pernah sampai sebelum ini.

Kena setting kamera betul-betul dan banyak lokasi, objek atau suasana yang nak diabadikan di sini.

Kawasan masuk dah dipenuhi dengan bunga lavender. Turut menyerikan suasana ialah kereta antik ( Volkswagen ) dengan corak polka dot serta kotak-kotak pos sebagai hiasan.

Naik ke atas pulak ialah pokok bunga daisy yang dijual dengan harga RM2 sekuntum dan RM10 untuk 6 kuntum. Petik sendiri dan bayar. Banyak bunga sedang tumbuh mekar dan memang sangat memukau.

Ada bermacam-macam warna seperti kuning, putih, pink, merah, orange dan macam-macam lagi. Bunga ni boleh bertahan dalam seminggu ikut penjanggaan kita. Bermusim bunga ini atau memang berganti pasu siang malam ?

Terdapat binaan lain menghiasi taman seperti rumah ‘smurf’ ( agaknya ) dengan taman air dan buaian yang sungguh mempersonakan.

Naik ke atas lagi ialah ladang strawberi, boleh petik sendiri. Tapi kami takdelah sampai situ sebab selain semakin meninggi, dah puasa tengok pokok strawberi. Terasa penat kaki berjalan.

Menuju pintu keluar pula ialah jualan barangan cenderahati kenang-kenangan yang cantik dekorasinya. Memang menarik suasana di sini.

Kea Farm
Balik menuju panginapan kami singgah di Kea Farm. Nampak agak lancar perjalanan. Aku kira kawasan meletak kereta perlu diwujudkan segera. Berbayar kalau dua tigga ringgit aku tidak kisah, daripada asyik menekan brek dalam kesesakan jalanraya.

Orang tetap ramai di Kea Farm. Yang dibeli biasalah, sayuran dan strawberi untuk di bawa pulang petang ini. Aku sendiri memang takde nak beli apa.

Datang tempohari cuma beli t-shirt sahaja aku. Itupun terlebih saiz.

Balik berkemas untuk check-out. Penoh juga bonet myVi kami. Kemudian lunch nasi Arab di Restoren Raudhah. Memang sedap dan sesedap cawangan dia yang di Seri Kembangan juga.

Ladang Teh Boh Palas
Kiranya kami dalam perjalanan pulang untuk keluar ikut Simpang Pulai. Kami meredah semua kesesakan Kea Farm, tetapi nak singgah di Ladang Teh Boh Palas sebagai destinasi terakhir. Menghampiri Ladang teh Boh Palas, hujan turun semula dan semakin lebat. AKu terpaksa memperlahankan kenderaan yang ku pandu, bimbang jalan yang agak licin selain sempit.

Tapi tidak banyak kenderaan berselisih dengan kami. Mungkin sebab hujan kot. Tetapi yang bagusnya kali ini kenderaan kami dapat terus naik berhampiran dengan ‘observation deck’. Dulu ada yang bertugas mengawal kenderaan keluar masuk. Hujan lebat, siapa yang nak berkuyup tercegat mengawal di situ. Huhu ...

Orang tidak berapa ramai, Cuma tak dapat cari tempat yang kering di observation deck. Akhirnya dapat satu dan kamipun beli sedikit makanan berupa 2 potong kek dan dua gelas teh untuk dikongsi bersama. Reganya RM28 !!!

Perg ... takpelah ambik berkat sambil menikmati pemandangan. Hujan mulai reda dan dapatlah kami bergambar dengan latar belakang yang agak menarik juga kali ini.

Masuk ke kilang, tapi nampaknya tidak beroperasi hari ini. Masa turun balik sebelum simpang jalan utama, lacar sahaja. Rupanya telah melepasi masa operasi 4.30petang. So takde kenderaan nak masuk atau naik lagi.

Turun Ikut Simpang Pulai
Terasa agak jauh juga turun balik melalui Simpang Pulai. Just nak rasa or experience it. Baru aku tahu, patutpun yang melalui jalan ini dari Kota Bharu atau pantai timur, dikatakan ada yang menyempat singgah di Cameron Highland.

Perjalanan kembali ke Putrajaya walaupun jauh sikit tetapi kira lancar, alhamdulillah. Datang lagi nanti mungkin lalu Tapah sahaja dan menginap di MARDI pulak. He .. he ..
Share:

0 Komen:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah