Nampak ok. Lantas 29 Disember pergi buat rayuan kononnya bagi menggantikan anak kawanku yang menolak permohonan ke SMKA Kuala Selangor. Di Jabatan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Selangor katanya memang ada 140 tempat ke Tingkatan Satu, tetapi tawaran dikeluarkan kepada 200 pelajar. So tak boleh simply tukarganti dengan yang menolak. Kenalah tunggu hingga 3hb Januari baru tahu berapa kekosongan sebenar dan 13hb Januari terima tawaran jika berjaya. Argh ... sementara tu duduk SMK Saujana Utama le. Nak tunggu tawaran SBP rasanya payah. Bukan tak seswai SMK Saujana Utama, cuma kalau boleh biarlah dia duduk asrama yang lebih terkawal disiplinnya, sebagaimana kakak dan abangnya.
BEING RUDE AND DISRESPECTFUL
2 hours ago




