Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Perjalanan Haji - Khatam Ke-2 & Bau Masam

Hari 19 ( Ahad 8 Nov / 20 Zulkaedah )

Bangkit 12.30 malam untuk menyambung siri umrahku. Kali ini untuk kali ke lapan dan aku niatkan untuk arwah ayahandaku. Aku tambah terkejut, kerana tambang van kali ini cuma SR4 untuk pergi dan balik. Boleh untung ke pengusaha van ni ? Kesian pula rasanya. Nampaknya kerja-kerja tawaf dan umrah semakin payah, tetapi masih berkemampuan bagi kami.

Lepas suboh, beli roti kebab di salah sebah kedai di hadapan MH, tetapi tak sedaplah ... kering sahaja. Sedap lagi di pasar malam Malaysia.

Tetapi dalam perjalanan pulang ke hotel tu, kami bertemu dengan sepasang suami isteri orang Saujana Utama. Mereka baru sampai semalam.

Kekira jam 10.30 tengahari ketika aku nak ke MH, kecoh di tingkat aku apabila ada seorang yang bertindak seperti dirasuk atau hesteria. Nampak beliau masih muda lagi. Tetapi tidak dapat aku tangkap apa yang disebut semasa beliau menjerit-jerit. Macam buka bahasa Melayu aje. Beberapa jemaah cuba mendapatkan bantuan daripada Klinik TH. Lepas di bawa turun dengan lif, aku tidak tahu kisahnya lagi.

Lepas asar, sedang aku mengaji, tetiba aku didatangi oleh seorang jemaah dari India. Dengan bertutur dalam bahasa Inggeris, beliau mengatakan menghadapi kesusahan kerana kehilangan duit. Jadi dia memohon bantuan. Aku bagi sahaja SR10, tanpa banyak bicara.

Aku terus mengaji al-Quran dan berjaya menghabiskan bacaan untuk khatam kali ke-2. Lepas itu aku baca al-Mathurat di Bukit Safa. Selepas selesai aku pun naik ke bumbung lagi. Sudah macam ketagih pulak. Tetapi kali ini aku mulai nampak jemaah wanita di atas bumbung sedangkan sebelum ini hanya lelaki dibenarkan.

Aku terkejut apabila melihat seorang lelaki merangkak di atas orang ramai yang sedang berasak-asak untuk mencium Hajarul Aswad. Dahsyat sungguh. Tetapi tidak pasti sama ada beliau berjaya atau tidak. Nampak macam tak sempat sampai sudah terjatuh.

Lepas isyak,anakku telefon yang barangan yang kami hantar semasa di Madinah masih belum sampai. Sedangkan semua kiriman roomateku telahpun sampai. Argh ! kacau ni isi barang satu hal, bayaran pos satu hal. Terus kami mengadu ke Pusat Khidmat Pelanggan dan akhirnya berjaya menghubungi Ketua Operasi di Madinah.

Katanya syarikat tersebut telah berpindah bergerak ke Mekah pula dan memberikan nama-nama hotel dimana ianya dibenarkan beroperasi. Rupanya terdapat sekurang-kurangnya 3 syarikat yang menjalankan perkhidmatan penghantaran barangan di Malaysia. Namun agaknya setelah berunding dengan TH, agihan tempat diberikan untuk mereka diberi peluang beroperasi.

Namun d ihadapan hotel penginapanku Syarikat Pos Malaysia membuka perniagaannya. Tetapi dalam bangunan hotel di tingkat bawah syarikat Nationwide. Pos malaysia lebih murah iaitu pada kadar SR 11 sekilogram, manakala Nationwide SR 15 sekilogram. Banyak beza tu ...

Kelihatan wartawan salah sebuah stesen TV di Malaysia sedang membuat liputan di lobi Hotel penginapanku. Aku juga dihampiri oleh pemberita tersebut, tetapi aku mengelak dengan mengatakan, ‘maaf cari orang lain’. Aku sebenarnya takut tersembur kerunsinganku atau apa yang terbuku di kepalaku, khususnya percampuran jemaah yang memeningkan kepala.

Satu lagi masalah timbul apabila orang semakin ramai dan menginap di Janadriyah, hotel penginapanku. Akibatnya terdapat kesulitan untuk mendapatkan khidmat lif naik ke tingkat dimana bilik kami berada. Maksudnya kena tunggu lama sikit. Tetapi aku sering menghadapai situasi sebegini, selepas solat Isyak.

Hari 20 ( Isnin 9 Nov / 21 Zulkaedah )

Bangun 2.00pagi untuk qiamullail di MH. Sampai sahaja, buat tawaf sunat dulu untuk kali ke-3. Hampir 50 minit selesai, orang kira ramai juga. Hadis ada menyebutkan bahawa ibadah tawaf adalah lebih diutamakan berbanding solat sunat.

Cuaca semakin panas dan menimbulkan rasa tidak selsesa dalam masjid. Mula baju berpeloh dan cepat masam. Macam ni nampak gaya jubah yang aku pakai, kena pakai sehari kemudian basuh. Wah !!! Giler ni.

Sebelum maghrib, aku dapat tempat di lantai serta hadapan kaabah. Jemaah Turki semakin ramai, orang sebelah Negeri Cina telah mulai masuk. Begitu juga jemaah lain dengan pelbagai ragam pakaian.

Tetapi aku jadi serba salah, sebab mulai pening kepalaku kerana bau-bau yang masam daripada jemaah sekelilingku. Waduh !!!!



Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah