Pada 20 hingga 23 Januari 2009, aku diberi peluang menghadirikan diri ke kursus anjuran jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) yang dinamakan Kursus Strategic Human Capital For High Performance Management. Tak tahulah bagaimana JPA boleh memilih Seri Malaysia Bagan Lalang menjadi lokasi. My first impression … macam tak seswai, sudahlah kongsi bilik. Nak jimat kot. Pesertanya 35 orang dari kalangan Gred 48 & 52, skim perkhidmatan PTM dan PLV. Tapi yang menariknya di hotel tu ialah makanannya yang ‘ala-ala kampong’ tradisi melayu dan sedap-sedap belaka. Satu lagi, dalam bilik pun boleh dapat free-wifi, first time jumpa. Selalunya kat lobi hotel aje.
Kurus ini bertujuan untuk meningkatkan peserta dengan pengetahuan semasa dan teknik untuk mengurus Modal Insan ( Human Capital ), mensejajarkan antara pengurusan modal insan dengan pembangunan dan strategik organisasi, serta bagaimana hendak memaksimumkan pengunaan modal insan dengan lebih efektif. Objektif agak menarik. Walapun nota in English ( biasalah tu ), tetapi penyampaian rojak dengan BM, termasuk latihan serta aktiviti berkumpulan. Kursus agak padat, sampai ke malam dan lewat petang, tetapi ada beberapa perkara terpilih untuk dikongsikan bersama.
Personality Profile
Menerusi ‘test’ yang diadakan, membolehkan kita mengenali personality profile kita berdasarkan markah yang diperolehi. Entahlah aku pun tak pasti sama ada aku jawab tepat atau tidak. Banyak juga istilah yang kurang ku fahami maksud sebenarnya, just agak-agak. Hasilnya personaliti kita dilihat sama ada termasuk dalam 4 kategori yang di sebutkan oleh penceramah iaitu Popular Sanguine, Powerful Choleric, Perfect Melancholy dan Peaceful Phlegmatic. Akupun rasanya macam ini first time dengar istilah tu.
Itu adalah jenis-jenis personality yang asas. Ciri-ciri yang melambangkan sifat-sifat tersebut dimiliki oleh semua orang. Yang membezakan seseorang ialah sejauh mana ianya agak dominan berbanding sifat yang lain. Dengan memahami ciri personality tersebut, selain daripada membolehkan kita memahami serta mengenali diri sendiri ialah bagaimana hendak berinteraksi atau berhadapan dengan mereka yang berpersonality demikian. Kalau search dalam internet mengenai ‘Personality Profile’, boleh dapat dengan mudah beserta keterangannya. Nampaknya aku kena cari juga buku karangan Florence Littauer berjodol Personality Plus sebagaimana yang disarankan oleh penceramah.
Kepelbagaian Generasi
Perkara kedua yang banyak disentuh ialah tentang kepelbagai generasi dari Baby Boomer, Generasi X, Y dan Z. Pernah juga dengar mengenai istilah ini, tetapi aku tidak begitu meengendahkannya.
Baby Boomer kumpulan pertama ialah yang lahir dari tahun 1946 hingga 1954. Mereka ini merupakan kumpulan pertama yang dibesarkan bersama TV dalam rumah. Mereka bersifat experimental, individualism, free spirited serta social cause oriented. Manakala kumpulan ke-2 ialah yang lahir antara 1955 hingga 1964. Mereka dikatakan kurang optimistik, distrust of government serta secara umumnya bersifat sinis. Hampir semua menteri kabinet serta yang gred 54 hingga KSN adalah daripada Generasi Baby Boomer.
Generasi X pula ialah mereka yang lahir pada tahun 1960an, 1970an hingga 1982. Kadang disebut juga sebagai ’baby bust’, yang bermaksud dilahirkan tanpa perancangan ( unplanned ) oleh kedua ibubapanya. Mereka dikatakan kurang kepercayaana terhadap kepimpinan, terutamanya kepimpinan yang diinstitusikan, tidak percaya kepada ’parti’ dan suka ikut parti yang tidak stabil. Kehadiran teknologi internet mulai mempengaruhi cara hidup dan berfikir dikalangan mereka.
Generasi Y pula yang lahir antara 1983 hingga 1995. Masih muda, tetapi membesar dalam suasana bukan sahaja mempersoalkan kedua ibubapanya tetapi juga majikan mereka. Mereka tidak tahu mengawal pertuturan dan sering menggunakan perkataan yang agak kasar dalam menzahirkan sesuatu. Baru memulakan alam pekerjaan, tetapi tidak mahu pekerjaan menjadi kehidupan mereka. Pelik bunyi. Lebih fleksibel dalam masa bekerja, tetapi suka meninggalkan nama or legacy kepada dunia.
Akhirnya generasi Z, yang lahir selepas 1995 dan dirujuk juga sebagai generasi pertama yang lahir dalam dunia digital. Dianggap sebagai ”movie-crazed’ dan The ”New Silent Generation”.
Tertanya-tanya juga aku apakah ini memang fitrahnya begitu atau atau faktor lain yang mempengaruhi ( syaitan serta kesan gerakan protokol zionis Israel ). Lantaran itu kata penceramah, PRU12 menghasilkan keputusan sebegitu yang sudah beliau jangkakan dan mungkin lagi teruk bagi pihak kerajaan pada PRU13. Beliau juga akui surrender untuk menangai masalah ’mat rempit’. Ada juga aku sembang dengannya mengenai remaja dan bagaimana hendak menariknya kepada aktiviti surau. Jawabnya spontan ialah dengan wujudkan ’rangkaian’
Solat Tahajjud & Dhuha
Sebagai seorang penjawat awam, penceramah menyarankan agar kami peserta melakukan ibadah-ibadah khusus kerohanian. Antaranya ialah solat tahajjud tiga kali seminggu untuk memberikan kekuatan dalaman dalam menempuh kehidupan dan tugasan yang sentiasa mencabar, serta solat sunat duha untuk sentiasa menginsafkan diri melakukan yang terbaik demi rezeki yang halal. Tapi tidaklah diajar bagaimana atau latihan solat ini semasa kursus. Sendiri mahu ingat kot … Harapnya penceramah tidak ‘cakap tidak serupa bikin’.
Naik F52 ( Memangku )
Selain daripada untuk tugas rasmi di pejabat, kandungan agak seswai juga untuk keluarga serta masyarakat, terutamanya penglibatan aku dengan NGO. Sekurang-kurangnya kursus ini memberikan aku suntikan semangat apabila menerima panggilan daripada pejabat yang aku dinaikkan ke Gred F52 ( memangku dulu ) mulai 28 Januari 2009, sebaik habis kursus dan cuti Tahun Baru Cina. Boss aku yang kebetulan minta pindah keluar, pindah pada tarikh yang sama dan akupun dikatakan menggantikan tempatnya. Kekadang fikir, elok juga kalau pindah tempat lain. Maklumlah, yang seangkatan denganku ( kini menyelia mereka pulak ) dan orang di bawah seliaanku sudah tahu ‘tembelang’ aku ….ha ! ha !
0 Komen:
Post a Comment