


Maksud Makanan Halal
Negara kita telah menetapkan makanan Halal melalui MS1500:2004: Makanan Halal – Pengeluaran, Penyediaan, Pengurusan & Penstoran – Panduan Umum ( Rujukan Pertama ) sebagai makanan yang dibenarkan di bawah undang-undang Syariah dan memenuhi syarat-syarat berikut.”
Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau produk haiwan yang tidak Halal kepada orang Islam atau produk haiwan yang tidak disembelih mengikut undang-undang Syariah,
Tidak mengandungi sebarang ramuan yang najis mengikut undang-undang Syariah,
Selamat dan tidak membahayakan,
Tidak disediakan, diproses atau dikeluarkan menggunakan alatan yang tercemar dengan najis (kotoran dan tidak bersih) mengikut undang-undang Syariah,
Makanan atau ramuan makanan tidak mengandungi mana-mana bahagian manusia atau penghasilan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang Syariah,
Dan semasa pembuatan, pemprosesan, pembungkusan, penstroran atau pengangkutan, makanan tersebut terasing secara fizikal dengan mana-mana makanan yang tidak mencapai syarat yang telah dinyatakan dalam a., b., c., d. atau e. atau sebarang benda lain yang telah dikelaskan sebagai najis (kotoran atau tidak bersih) oleh undang-undang Syariah.
Definisi ini jelas menunjukkan bahawa produk yang tidak selamat, memabukkan dan membahayakan tidak akan disahkan Halal di bawah Piawaian Malaysia.

Pernah aku dimaklumkan tentang statistik pengusaha atau permohonan bagi mendapatkan pengesahan atau pengiktirafan halal di negara kita. Majoritinya adalah pengusahan daripada non-Muslim. Dikatakan 80% dari makanan kita disediakan oleh non-Muslim. Apakah nisbah ini disebabkan memang non-Muslim yang banyak terlibat dalam industri pengeluaran barangan yang memerlukan pegesahan halal ? Mungkin juga.

GMP & IMP
Mungkin di sini timbulnya, perluasan maksud halal kepada beberapa amalan lain, iaitu GMP ( Good Manufacturing Practice ) dan IMP ( Islamic Manufacturing Practice ). Secara umumnya pengilangan GMP begitu biasa di kalangan industri pengilangan. GMP ialah pensijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia.

Membentuk Keperibadian
IMP mencetuskan cetusan satu kesedaran untuk mewujudkan satu jaringan perniagaan berasaskan hukum-hukum syarak Islam yang melibatkan pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna. Dengan gabungan GMP dan IMP,tentunya memberikan satu dimensi baru terhadap industri halal negara dan penyelamat kepada pengguna umat Islam yang mementingkan soal halalan toyyiban. Produk dari kilang IMP menjadi suatu keperluan bagi menjamin lahirnya keperibadian yang mulia lagi luhur ager seseorang muslim itu kekal muslimnya dalam kehidupan serta mempunyai fikrah islamiah yang kukuh terhadap agamanya.

Kemampuan Pelaksanaan
Persoalannya sejauh mana pelaksanaan kod amalan GMP dan IMP bagi pengusaha umat Islam mampu dilaksanakan. Jika satu atau dua kilang berkemampuan, mampukan memenuhi keperluan seluruh umat Islam. Apakah juga sekadar tertumpu kepada makanan tambahan, penguat tenaga lelaki atau untuk keintiman perhubungan rumahtangga suami isteri ?


Cabaran ?
Namun apakah ini boleh juga menimbulkan kebimbangan terhadap non-Muslim, bimbang nanti tertarik atau convert menjadi Islam jika memakan makanan yang mendapat pengiktirafan IMP. Atau produk IMP sendiri tidak mendapat tempat atau sokongan daripada umat Islam, terutamnya apabila produk IMP lebih mahal walaupun 5 sen berbanding produk non-IMP.
Lagi Gambar Sekitar HalFest 2011
0 Komen:
Post a Comment