
Pada suatu hari raya, Khalifah ‘Ali bin Abi Talib r.a didatangi seorang tetamu. Baginda ketika itu sedang makan sejenis roti yang dianggap oleh orang ramai sangat tidak bermutu dan hanya layak menjadi makanan bagi golongan fakir sahaja. Tetamu itu berasa takjub, lalu menegurnya dengan berkata, ”Hari ini adalah hari raya, mengapakah tuan makan roti ini?”. Baginda pun menjawab, “Hari raya adalah untuk orang yang puasanya diterima, perjalanan hidupnya...