
Jika kita tidak mahu mendapat penyakit seperti demam selsema, namun demam tetap juga kita hidapi walaupun beberapa langkah kebersihan dan keselamatan dilakukan untuk mengelakkannya. Jadi, kita makanlah ubat yang bersesuaian sebagai penyelesaian. Begitu juga, kita tidak mahu kejadian buang bayi berlaku, namun ia tetap berlaku di samping pelbagai gesaan untuk menjauhi zina, pergaulan bebas dan hubungan terlarang. Jadi apabila berlaku kejadian buang bayi ini, bagaimana seharusnya kita berhadapan dengannya.



Ini baru perangkaan yang dapat dikesan dan didaftarkan. Bagaimana pula dengan yang tidak dapat dikesan dan tidak didaftarkan ? Ini memang satu isu yang menggerunkan. Persoalan juga kemana perginya alun yang begitu ramai ? Apakah kerana yang non-muslim berzina juga, tetapi pandai mengelakkan diri daripada mengandung menerusi pelbagai cara ? Atau mereka ‘lebih bertanggungjawab’ iaitu berkahwin sebaik mengetahu pasangannya ‘termengandung’ ?
Andai kata ( semoga dijauhkan Allah ) tetiba, anak gadis kita yang berusia belasan tahun datang berlutut sambil teresak-esak merayu, “Mak, ayah maafkan saya, saya dah mengandung 5 bulan” ? Bagaimana pula jika ( sekali lagi moga dijauhkan Allah ) anak teruna kita yang juga belasan tahun memberitahu bahawa beliau telah membuat teman wanitanya mengandung ? Atau mak ayah teman wanitanya datang mengadu ? Apakah agaknya tindakbalas kita sebagai ibu bapa ? Mengherdik, menempeleng dan menerajang anak sebelum menghalau mereka keluar dari rumah ?


Jika kita masih berkalau, kalau kuat iman, kalau selalu solat, kalau tahu kesan buroknya, kalau tahu hukum serta balasan Allah, tentu tidak akan melakukan zina. Masalahnya semuanya telah terlambat dan keterlanjuran berlaku.
Hukum Hudud
Jawapan pasti bagi menangani gejala pembuangan bayi ini ialah berbalik kepada al-Quran dan al-Sunnah dengan memakai undang-undang yang digariskan Islam. Umumnya dalam hudud, mewajibkan 100 kali sebatan bagi penzina lelaki dan perempuan dan direjam hingga mati bagi penzina yang telah berkahwin.


Peranan Pemimpin
Sejauh mana pula pemerintah serius, bersungguh-sungguh dan jujur dalam menangani masalah zina. Apakah zina dipandang tidak haram atau bukan merupakan suatu jenayah memandangkan ianya atas dasar suka sama suka ? Tetapi apabila berlaku pembuangan dan pembunuhan bayi, para pimpinan melahirkan rasa sedih dan kesal yang amat sangat.

Menutup Ruang Ke Arah Zina
Menjauhi zina adalah kewajipan setiap umat Islam. Memastikan zina tidak berlaku pula tanggungjawab masyarakat serta pemerintah. Jangan hanya melihat kepada kesan atau akibat sesuatu jenayah tetapi apa yang paling penting ialah melihat kepada punca dan dan elemen pencetus . Pergaulan bebas dan zina adalah punca kepada kes buang bayi. Justeru itu pelan penyelesaian pihak berwajib ialah menangani gejala pergaulan bebas dan zina yang kian berleluasa dengan menutup ruang ke arahnya.

Memperkaya Aktiviti Bermoral
Pemerintah, pihak berkuasa serta pemimpin masyarakat perlu segera mengambil tindakan berkesan dengan memperkayakan aktiviti bermoral dan didikan agama yang membawa masyarakat menghayati konsep dosa dan pahala.

Jika berlaku juga ?
Walaupun pelbagai gesaan, kawalan dan penguatkuasaan, zina tetap berlaku dan di luar jangkaan kita. Keran itu ramai yang mencadangkan agar pihak berkuasa khususnya menyediakan pusat perlindungan atau penjagaan anak luar nikah, dimana ibu yang bakal melahirkan anak luar nikah itu dapat ditempatkan.

Sebenarnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, telah ada sokongan-sokongan tertentu untuk membantu ahli masyarakat yang berhadapan dengan masalah ini. Cuma, bilangannya agak terhad dan maklumat mengenainya tidak begitu meluas.
Terdapat rumah-rumah bagi menempatkan gadis-gadis malang ini sementara menunggu kelahiran. Ada pihak tertentu yang boleh mencari ibu bapa angkat untuk bayi yang kehadirannya tidak dirancang itu. Tindakan ini boleh membantu si gadis serta keluarganya untuk berhadapan dengan musibah ini. Sekurang-kurangnya juga, ini berjaya mengelakkan bayi-bayi malang dari menemui ajalnya di tepi longkang, di lubang tandas, mahupun di dalam tong sampah. Memelihara nyawa itu juga satu kewajipankan ? Bayi alun juga berhak untuk dilindungi !!!
Meletakkan Bin/Binti Si Alun
Berbalik kepada kisah anak murid isteriku, bagaimana perasaan si alun apabila catatan pada surat beranak dan kad pengenalannya tiada nama bapa ? Sejauh mana perkara ini menjadi keputusan dalam Majlis fatwa Kebangsaan. Mungkin ada yang menjadikan ini sebagai alasan kenapa tidak diletakkan bin/binti kepada ‘ayahnya’, lantaran mungkin tidak dapat dipasti secara pasti siapa ayahnya yang sebenar ?

0 Komen:
Post a Comment