Sebut sahaja Sabah, selalunya Kota Kinabalu yang menjadi tarikan. Selain Kota Kinabalu, aku sebelujm ini pernah ke Tawau dan Semporna, malah sampai juga ke Pulau Kapalai yang menarik tu dari Semporna.
Pada 10 Jun 2012 yang lalu, aku berkesempatan di bandar yang dikatakan sebagai kedua terbesar di Sabah, iaitu Sandakan. Kedudukan bandar Sandakan yang terletak paling timur dalam peta Malaysia, hampir 2,000 km dari Kuala Lumpur tetapi hanya 28 km ke sempadan perairan Filipina.
Sandakan mula wujud sejak 1948. Satu ketika dulu, Sandakan adalah pelabuhan utama kepada pedagang Eropah, Afrika, India dan Arab malah laluan pelayar Cina dari Canton sehingga digelar ‘Little Hong Kong’. Malah suatu ketika dahulu dikatakan pernah jadi ibu negeri Sabah. Apa keistimewaan Sandakan ? Sebab tepi laut, sebagai pelabuhan, industri perikanan dan makanan laut seperti ikan bakar sudah semestinya.
Kerana tidak banyak masa untuk meronda-ronda di sekitar Sandakan aku hanya sempat singgah ke beberapa tempat sahaja. Jalan-jalan asyik terjumpa pelbagai nama-nama bandar, seperti Bandar Ramai-Ramai, Bandar Leila, Bandar Labuk Jaya ( tempat Hotel penginapanku ), Bandara Pasaraya, Bandar Letat, Bandar Utama dan entah apa lagi.
Aku lihat ‘bandar’ ini tidak lebih daripada macam bandar baru dalam sebuah taman perumahan. Mungkin dibina bagi mengelakkan atau menjauhkan diri daripada Pusar Bandar Sandakan yang semakin sesak.
Pasar Umum Sandakan
Dipanggil juga sebagai Sandakan Central Market. Aku kira ia merupakan bangunan yang baru dibina dan terletak di tepi pantai serta pelabuhan ikan Sandakan.
Nampak juga ramai berada di tepi jeti, barangkali sedang menunggu kapal untuk menyeberang atau ke pulau-pulau sekitaran. Tengok muka sukar nak mengenali sama ada mereka memang orang Sabah atau imigran dari Filipina atau Indonesia.
Agak besar juga pasar ini, rasanya tiga tingkat yang menjual pelbagai keperluan harian, tetapi berasingan mengikut kategori seperti ikan dan ahasil tangkapan laut basah, kategori sayu-sayuran, pakaian dan cenderahati, makanan kering dan sebagainya.
Aku sebenarnya teringin nak beli udang sotong serta ikan yang ‘besar-‘besar’. Namun nampaknya bukan rezeki, tidak banyak ikan yang berkenaan di hati untuk aku beli. Semua ikan-ikan biasa. Memang harganya jauh lebih murah daripada di Pasar Borong Selangor atau Mydin Putrajaya. Tidak pula macam di Tawau tempohari, macam-macam ada sampai tidak tahu nak pilih yang mana.
Orang juga kata di Sandakan, barangan mutiara lebih murah berbanding Tawau ataupun Kota Kinabalu. Entahlah aku tidak sure, lagipun malas nak tengok mutiara yang turut di jual dalam Pasar Umum ini, sebab sudah banyak beli sebelum ini di Kota Kinabalau dan tawau. Cukuplah tu ...
Aku cuma beli udang, sotong serta ikan kerapu sahaja. Yang lain kureng berkenan untuk membelinya. Jauh-jauh datang dari Putrajaya, beli ikan basah aje ... hu hu hu
Ikan Bakar Sim Sim
Malam kedua lepas solat Maghrib, kami makan di Pasar Ikan Bakar Sim Sim. Katanya memang terkenal di Sandakan dan selalu dikunjungi oleh pelancung luar, hingga dikatakan tidak sah datang Sandakan kalau tidak merasa atau makan ikan bakar di sini.
Memang benar ketika aku ke sini, orang sangat ramai berada di sini. Tak putus-putus. Katanya dibuka sampai larut malam. Hari-hari mereka makan ikan bakar ke ? Tak jemu ka ?
Ikannya di jual secara ekor atau set dalam bungkusan dan pada awalnya kelihatan macam sudah siap di bakar. Tetapi mereka akan bakar atau panaskan semula. Harganya pun tidaklah mahal mana.
Datang Lagi
Aku rasa jika panjang umur, kalau aku datang lagi ke sini akan aku ambil peluang untuk ke Pulau Penyu dan ziarah ‘sedara’ di Sepilok.
Aku rasa inilah antara kemegahan dan keistimewaan Sandakan. Di Pulau Penyu dikatakan sepanjang tahun penyu naik berteloq.
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
12 minutes ago
0 Komen:
Post a Comment