Pada 1 Jan 09, aku singgah ke Kuala Selangor. Selalu lalu saja tapi kali ini singgah. Kali terakhir aku singgah naik ialah kekira tahun 1984/5, iaitu ketika buat praktikal melihat anak bulan sebagai sebahagian daripada aktiviti dalam mengikuti Kursus Falak Syarie yang aku ikuti semasa ngaji di UKM dulu.
Kini sudah jauh berubah rupanya .. Kini sudah ada menara tinjau khas untuk melihat anak bulan bagi menentukan menentukan tarikh mula puasa, hari raya dan permulaan awal Zulhijjah. Rumah api yang terletak berhampiran masih berfungsi sebagai panduan kepada kapal. Rumah tersebut kini dalam kawalselia Jabatan Laut.
Bukit Melawati yang berdepan pemandangan indah Kuala Selangor dan Selat Melaka memiliki sejarah yang tersendiri dan amat rapat dengan kesultanan Melayu Melaka. Pernah juga dipanggil Bukit Selangor. Berdasarkan kepada kedudukan bukit ini yang menghadap muara Sungai Selangor, ia pernah menjadi pusat pentadbiran kesultanan Selangor di akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19.
Dipuncak bukit ini terdapat sebuah kota pertahanan silam yang memainkan peranan besar dalam sejarah awal negeri Selangor. Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1778-1826) untuk mempertahankan dari serangan Belanda kerana Negeri Selangor terlibat dalam pergolakan kuasa di antara Belanda dengan Johor dan Riau.
Mengikut sejarah, kota ini pernah ditakluki Belanda pada 1784 selepas kuasa penjajah itu menewaskan Portugis di Melaka. Belanda kemudian memusnahkan kota lama dan menggantikannya dengan istana Eropah sebelum memberi nama baru, Fort Atlingsburg, sempena nama komander mereka, Gabenor Jeneral Alting.
Lokasi kota ini memang strategik dan tidak hairanlah ia menjadi sasaran dan sering kali digempur oleh beberapa kuasa besar utama termasuk British dan Kesultanan Selangor yang mahu menguasai bukit ini. Pada tahun 1785, Sultan Selangor dengan bantuan orang Pahang dan penggawa Permatang telah menawan semula kota ini daripada pihak Belanda.
Naik ke Bukit Melawati dengan kenderaan yang dipanggil 'trem' yang stesennya berdekatan Masjid Lama Kuala Selangor. Cuma RM2 bagi dewasa dan RM1 (kanak-kanak). Dalam perjalanan, boleh melihat tiga makam Sultan Selangor, runtuhan kota lama dan batu hampar yang pernah menjadi tempat pesalah menjalani hukuman pancung. Sebenarnya banyak lagi kesan sejarah, tapi aku tak sempat nak meround. Lain kali kot.
Tapi yang agak mengejutkan ialah para pengunjung disambut dengan pulohan lotong apabila sampai ke puncak. Pengunjung boleh memberikan kacang panjang kepada haiwan ini yang boleh dibeli daripada penjual dengan harga RM1 sahaja. Para pengunjung termasuk aku, tidak melepaskan peluang bergambar bersama lotong-lotong berkenaan. Meriah suasana dengan gelagat anak-anak bersama lotong-lotong tu. Dikatakan lotong ini memang telah wujud lama sejak dari asal dulu lagi.
Semasa pulang dengan trem, lalu saja ke Taman Alam. Nampak menarik ... ah lain kali ajelah nampaknya jika panjang umur.
Tentera AS tersilap tembak jet sendiri
1 hour ago
3 Komen:
i agree your idea ! very nice blog
After reading the information, I may have different views, but I do think this is good BLOG!
kenapa malam dia lilit meriam ngan kain kuning
Post a Comment