Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Kejohanan Bowling@Saujanautama.net 2009

Satu Kejohanan Bowling anjuran Saujanautama.net telah diadakan di U-Bowl, One Utama, Kuala Lumpur pada 12 April 2009. Kejohanan ini diadakan ialah sebagai satu cara untuk memperkenal serta mempromosikan portal kepada masyarakat. Menerusi kejohanan ini juga, diharapkan akan dapat mempereratkan tali silaturahhim di kalangan penduduk serta komuniti setempat. Kejohanan ini juga adalah sebagai usaha untuk mendapatkan dana bagi menyelenggara portal serta merancang pelbagai aktiviti lain untuk kebaikan masyarakat setempat.

Sebanyak 28 pasukan telah menyertai pertandingan bagi tahun 2009 ini. Aku main dalam team Exora. Asyik amik gambar pasukan lain, tak terambik pulak ahli pasukanku yang terdiri daripada Jemay, Nazri si Abah Cool dan Hj Izmin. Daripada segi pasukan, kumpulan kami hanya berjaya dengan 1482 jatuhan pin dan dapat no 14 daripada 28 pasukan. Not bad tu ...

The last time aku main bowling ialah di Cineleisure tahun lepas. Berbanding dengan prestasi lalu, nampaknya kukira prestasi kali ini semakin meningkat. Kali ini aku guna bola nombor 10 sahaja. Aku target dalam 3 game untuk dapatkan 400 jatuhan pin, namun hanya beroleh 378 sahaja. Suatu ketika dulu, sebelum mengamali xcident yang menyebabkan 'tulang gagah' tangan kananku patah selalunya aku dapat sekitar 400-430 dengan bola saiz 13 yang ku beli.

Kejohanan ini nampaknya masuk juga dalam Sinar Harian. Tidak sangka juga, gambar yang diletakkan secara cut and paste menjadi pilihan pihak Sinar Harian. Sebenarnya baner yang dalam gambar itu diletakkan secara cut and paste.


dipetik daripada Laman Web Sinar harian, http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story2662747.asp

Saujanautama.net rapat hubungan komuniti

SAUJANA UTAMA – Penganjuran program riadah untuk komuniti Saujanautama.net di luar kawasan mampu mempromosikan portal komuniti berkenaan sekali gus mengukuhkan semangat kejiranan.

Pengerusi Panel Portal Saujanautama.net, Hassan Masrom berkata, satu kejohanan boling dianjurkan Saujanautama.net bagi memperkenalkan dan mempromosikan portal itu kepada masyarakat.

Menurutnya, kejohanan berkenaan dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk setempat dan juga adalah usaha panel portal untuk mendapatkan dana bagi menyelenggarakan portal berkenaan.

“Aktiviti ini adalah perancangan ahli komuniti Saujanautama.net dalam mengaktifkan penduduk seperti di Saujana Utama, Seri Pristana dan Sungai Buloh Country Resort pada hujung minggu atau cuti sekolah.

“Dengan membawakan moto ‘Aspirasi Komuniti Saujana Utama’, portal Saujanautama.net menjadi medan bagi warga Saujana Utama untuk berbincang, bertukar pandangan dan mengikuti perkembangan komuniti ini,” katanya.

Hassan berkata, segala kegiatan ahli komuniti atau badan serta persatuan setempat dalam disiarkan dalam portal berkenaan sebagai makluman atau panduan penduduk sekiranya ada maklumat yang diperlukan.

Katanya, pada kejohanan berkenaan, sebanyak 28 pasukan menyertainya dan berbangga kerana kejohanan berlangsung meriah kerana masing-masing menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk memenangi pelbagai hadiah ditawarkan penganjur.

“Pada kejohanan itu, pasukan Anggerik A muncul juara setelah berjaya menjatuhkan pin sebanyak 1,907 diikuti dengan Saujana Creative dengan 1,808 pin manakala tempat ketiga diraih pasukan Anggerik C yang berjaya menjatuhkan sebanyak 1,708 pin,” katanya.

Kejohanan berkenaan juga turut dimeriahkan dengan Cabutan Bertuah dan Juara Longkang manakala hadiah ditaja pelbagai syarikat sekitar Saujana Utama.


Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah