Pada 27 Mei 2012 yang lalu, aku ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya ( PASUM ) bagi menghantar anakku Nurul Najihah atau Kausar mendaftar masuk belajar di sana. Aku tiba kekira jam 9.00 pagi, tetapi orang sudah ramai dan terpaksalah parking kereta jauh dari Kolej 12 tempat penginapan anakku. Apa taknya satu keluarga satu kenderaan. Dikhabarkan hampir 2,000 pelajar yang masuk. Maknanya ada sekurang-kurangnya 2,000 kenderaan.
Keadaan pendaftaran aku lihat agak teratur dan tenang. Cuma pada ketika itulah pelajar diminta mengisi beberapa borang lagi yang sepatutnya diisi sebelum datang mendaftar. Argh, iku ajelah. Maklumlah UM kan universiti yang terbaik di Malaysia dan terletak dalam ranking antara 50 terbaik dunia. Mungkin atas alasan ini jugalah anakku Kausar memilih masuk PASUM walaupun menerima tawaran Kementerian Pelajaran untuk mengikuti Matrikulasi Banting. Majoriti aku lihat adalah Melayu-Bumiputera-Islam.
Apa istimewanya UM sehingga anakku beria-ia benar nak masuk sini. Kata orang susah berbanding matrik. Masuk PASUM juga tidak semestinya nanti belajar first degree di UM kerana permohonan semula kepada UPU akan dibuat setelah akhir kursus nanti. Nak masuk perubatan kena dapat keputusan 4.0. Tahun lepas dikatakan daripada 1,500 pelajar, 350 orang dapat 4.0 dan 75% pelajar mendapat keputusan 3.5 ke atas. Cabaran hebat nampaknya. Cuma UM biasanya minta sekurang-kurangnya 40% daripada pelajar yang diterima masuk ke bidang perubatan nanti ialah daripada PASUM.
Anakku minat nak masuk bidang perubatan. Dah masuk UM ni nampaknya no U-turn. Perjuangan kena teruskan. Kalau bidang teknikal lain, ada beberapa tawaran lain diterima siap tajaan daripada Mara. Tapi ditolaknya, nak perubatan UM juga. Beberapa temuduga luar negeri yang dihadiri nampaknya gagal setakat ini.
Tahun ini agak terhad, khususnya tajaan untuk ke luar negera. Malah dikatakan selalunya daripad 2,000 tempat yang ditawarkan di UM, hanya sekitar 1,500 yang menerimanya, tetapi kali ini daripada 2,000 tawaran, hampir 2,000 juga yang datang mendaftar. Mereka dikatakan tidak memperolehi peluang mendapat tajaan untuk ke luar negara.
Ya, perjuangan kena diteruskan. Bak kata pepatah omputih, no gut no glory. Keputusan SPM yang diperolehi baru-baru ini hanyalah sebagai tiket untuk melayakkan ke IPTA. Masa bergumbira lantaran dapat 10A masa SPM sudah tamat. Ranking terbaik di MRSM LAngkawi cuma tinggal kenangan sejarah.
Kini keputusan 4.0 di IPTA pula perlu diusahakan jika hendak masuk kursus Perubatan di UM nanti. Selamat berjuang, semoga mencapai apa yang dicita. Moga dipermudahkan urusan oleh Allah. Amin.
Tentera AS tersilap tembak jet sendiri
59 minutes ago
1 Komen:
My son bekas pelajar PASUM. Dia cakap presure belajar kat sini. Kuliah dari pagi sampai petang.
Post a Comment