Kendatipun 30 Mei 2009 adalah hari atau kuliah terakhir dalam program Kursus Haji Bersiri Anjuran Masjid Al-Amin Kg Merbau Sempah yang aku ikuti, tetapi kelas pada 23 Mei 2009 ku kira merupakan yang terakhir yang sempat bagiku untuk menghadirinya. Kursus tersebut bermula pada 14 Februari 2009 dan kelas dijalankan setiap hari Sabtu antara 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Daripada 14 kali kelas, kiranya aku cuma gagal hadir dalam 2 kelas sahaja. Ini melayakkan aku untuk menerima sijil penyertaan yang diberikan semasa Majlis Penutup yang telah diadakan pada 16 Mei 2009.
Alhamdulillah, ku kira Ustaz Hj Mohd Azlan bin Suhaimi yang menyampaikan kuliah setiap minggu telah memberikan yang terbaik berdasarkan pengalaman beliau. Cuma setakat mana dapat aku 'terima' untuk dipraktikkan nanti. Akupun tak pasti sama ada dapat menunaikan haji ke Mekah pada tahun ini atau tidak. Sebelum ini, aku hanya menerima surat tawaran 'senarai menunggu' sahaja. Namun jika sebelum ini aku kira 'blur' bila orang cerita pengalaman haji, tetapi kali ini boleh membayangkan sikit keadaan berdasarkan perkara-perkara yang diajarkan oleh ustaz.
Kursus ini sebenarnya dianjurkan bersama dengan sebuah syarikat yang menegendalikan pakej mengerjakan haji dan umrah. So kiranya kursus secara percuma, tanpa ada bayaran. Pernah aku cuba bertanyakah memana ustaz yang biasa mengendalikan kursus sebegini rupa di Surau Al-Hidayah. Tetapi bila dikatakan kalau untuk 30 or 40 orang masih tidak berbaloi, maka aku lupakan saja hasrat tersebut. Tak pastilah berbaloi setakat mana, sebab katanya mereka selau kendalikan beratus peserta.
Ini adalah alu-aluan kuliah pembukaan pada hari pertama daripada Pengurus syarikat penaja. Begitu bersemangat ucapannya dan kira menyentuh kalbu berkaitan dengan amalan haji yang sering seperti sengaja kita lambat-lambatkan, dengan alasan tiada kemampuan lagi.
Selain daripada kuliah, masa rehat disediakan jamuan. Jamuan adalah hasil kutipan yang dibuat serta sumbangan daripada peserta yang bawak sikit-sikit daripada rumah untuk dikongsi. Pihak penganjur juga ada menyediakan jualan barangan keperluan ibadah serta menunaikan haji, seperti jubah, pakaian, pakaian ihram, minyak wangi dan kurma.
Ada dalam satu program tu, ada juga sumbangan Majalah Anis keluaran terdahulu untuk diagih-agihkan kepada para peserta. Sempat juga aku ambik dua/tiga keluaran.
Selain daripada kuliah di Masjid Al-Amin, ada satu slot dibuat di Auditorium MPAJ iaitu mengenai hal-ehwal wanita. Ramai yang hadir, tak muat dewan. Patutnya untuk wanita aje, tetapi ramai juga lelaki tumpang sekaki, daripada duduk sembang or sementara tunggu lepas jadi tukang hantar isteri.
Sebanyak dua kali ujian dijalankan. Bagus juga ujian ini sebab menguji kefahaman dan menjadikan kita lebih serius dan bersungguh-sungguh dalam setiap kelas. Tapi ramai bukan sahaja tak jawab langsung, bincang-bincang orang sebelah serta ada juga yang 'tiru' buku nota .. ha ! ha ! Tak aci betul .. Setiap ujian mengandungi 25 soalan dan dua peserta yang mendapat markah tertinggi menerima hadiah daripada pihak penganjur.
Majlis Penutupan Kursus Haji Bersiri ini telah disempurnakan pada 16 Mei 2009 oleh Penghulu Kawasan Merbau Sempak. Sebanyak 320 orang peserta telah menerima sijil penyertaan. Dianggarkan seramai 30 peserta daripadanya adalah terdiri daripada mereka yang tinggal di sekitar Saujana Utama. Turut dijemput hadir ialah Pengerusi Surau-Surau sekitar. Sementara itu, sebanyak 2 ekor lembu aqiqah telah dijadikan juadah utama dalam majlis jamuan yang diadakan sebaik selesai majlis penutupan tersebut. Best, makan dalam talam lagi ...
Pada 23 Mei pula diadakan praktikal mengenai mengerjakan tawaf serta saie. Disediakan model kaabah serta binaan disekitarnya seperi Hijir Ismail serta Makam Ibrahim. Menarik juga, ustaz sempat siap buat lawak suroh pandang beliau ketika kami sedang bertawaf. Maka batallah tawaf tersebut sebab telah beralik bahu kiri daripada kaabah. Ha .. ha .. Agaknya bayangkan kalau masa tawaf tu tetiba ada 'kawan lama' atau 'orang kampung' yang tegur ... bagus juga untuk peringatan.
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
32 minutes ago
0 Komen:
Post a Comment