Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Catatan Perjalanan Di China - Hari Akhir

28 April 2010. Selepas sarapan pagi di bilik sendiri menghabiskan sisa yang dibawa, berjalan sendirian melihat-lihat sekitar apa yang sedang berlaku sekitar hotel penginapan. Di kawasan Nanjing Road tempat yang pada malam tadi kami lalui, pelbagai aktiviti riadah sedang berlangsung mengikut kumpulan-kumpulan. Menarik juga suasananya.

Patutlah orang-orang China nie sihat-sihat. Pepagi mereka excercise sebelum masuk kerja. Mereka ada banyak masa. Pukol 6 pagi sudah terang benderang, masuk mula kerja seperti biasa 8-9pagi. Sudahlah selalu minum teh china yang berkhasiat.

Masih awal pagi dan kedai-kedaipun belum buka lagi. Kembali semula kehotel, terus ke tempat makan hotel. Samad sedia menunggu dengan pelbagai juadah yang di bawa untuk sarapan pagi. Rasa sikit saja then ambik sebiji buah lai dan epal yang disediakan hotel. Makanan lain tidak tengok pun.

Sistem Pengangkutan
Dalam Bandar besar seperti Shanghai, kelancaran sistem pengangkutan tentunya menjadi agenda utama pemerintah atau penguasanya. Selain basikal, teksi, bas dan kereta, nampaknya terdapat juga bas elektrik digunakan di sini.

Bas yang digunakan daripada jenis yang dinamakan trolleybus, dimana kuasa elaktrik dimasukkan menerusi 2 wayar diatas bumbung sepanjang perjalanan. Berdasarkan peta yang dilihat, jaringan pengangkutan keretapi Shanghai Metro sungguh kompleks dan kebanyakkanya beroperasi di bawah tanah.

Malah difahamkan selain jambatan, terdapat juga beberapa terowong bawah tanah yang menyeberangi Sungai Huangpu, dari The Bund ke seberang sana. Sebenarnya banyak lagi yang menarik di Shanghai ni. Jika diberikan peluang sehari lagi, rasanya banyak yang boleh dilawati khususnya di sekitar hotel penginapan seperti Muzium.

Shopping Time ??
Lepas sarapan, jam 9 pagi kami berkumpul untuk jalan bersama kerana tak tahu kedai yang harus dikunjungi. OJ & Samad jadi tour guide. Hari ini hari terakhir berada di bumi China. Flight balik jam 3.45petang. Sudah tidak banyak masa sedangkan yang dihajati masih tidak ditemui.

Pusing-pusing, kedai-kedai masih banyak tidak dibuka lagi. Sedangkan pegawai penguatkuasa berkeliaran membuat rondaan. Penjualan barangan tiruan sebenarnya dilarang di Shanghai, khususnya mereka dalam tempoh persiapan menerima kunjungan pelawat seluruh dunia untuk menghadiri World Expo 2010.

Akhirnya temui juga ulat yang kira Ok juga broken-englishnya dan membawa kami ke kedainya. Daripada luar tertutup kedainya dan hanya terdapat satu pintu memasukkinya. Tetapi apabila masuk dalam, pelbagai barangan kedapatan. Pelbagai jenama telefon tiruan daripada jenama ternama ada didapati selain bag, pakaian, minyak wangi dan eksesoseri. Namun tiada yang menarik minat untuk dibeli.

Tanya salah seorang ulat tu. Kalau kena tangkap apa jadi. Beliau selamba aje jawab, bos dia kawan baik dengan polis. Selalu bagi rasuah kepadanya. Tapi tak sebut pula berapa bosnya bayar. Tak guna punya warga negara, cerita keburukan negaranya kepada orang luar pulak. Ke biasa bagi mereka ?

Perniagaan di atas nampaknya berleluasa di sekitar Jalan Nanjing. Ambil gambar dan kemudian terus print ke atas kertas photo dengan kadar 10 Yuan sekali shot & print.

Lepas itu kami berpecah, memasing membawa haluan sendiri. Agaknya sudah ada keyakinan. Tercari-cari juga kedai yang menual jual souvenir jenis bundle, namun takde juga. Kecewa sungguh.

Bertolak Balik
Masa dah time, balik ke hotel untuk berkemas apa yang patut. Jam 12.00 tengahari dah nak kena checkout hotel. Tak banyak yang dapat dibeli. Tak ada rezeki nampaknya.


Selepas berkemas dan check-out, kami bertolak ke stesen dimana dari situ kami akan menaikki keretapi berkuasa magnet. Kami turut melalui The Bund dan dapat lihat keindahannya waktu siang.

Shanghai Manglave Train
The Shanghai Manglave Train atau Shanghai Transrapid menghubungkan Shanghai dengan Pu Dong Airport pada jarak rail sepanjang 31 km.

Maglev, atau magnetic levitation, adalah sistem pengangkutan yang menggantung atau mengapung, memandu dan mengerak keretapi menggunakan kuasa magnet bagi mengangkat dan mengerakkannya. Dikatakan kaedah ini cepat, lebih senyap dan lancar daripada sistem berasaskan roda. Sebelum ini macam tidak pernah dengar akan teknologi ini.

Mula dibuka kepada awam pada Januari 2008 dengan kelajuan maksimum biasanya 430km/j. Berasaskan teknologi German, dikatakan ianya merupakan satu-satunya yang beroperasi secara komersial ketika ini. Tiket satu perjalanan ialah 50 Yuan atau 40 Yuan sekiranya ada bukti pembelian tiket kapalterbang.

Suasana di dalamnya pun agak bersih dan tersusun seumpama dalam keretapi biasa ERL atau komputer di KL. Sepanjang-panjang perjalanan di atas rail yang dibina di atasnya, yang dianggap sebagai antara jambatan terpanjang di dunia.

Memang terasa agak lancar dan pada kelajuan 430km/j, begitu terasa kelajuannya apabila melihat pemandangan ke luar. Mampu juga berdiri pada kelajuaan tersebut sekadar menguji kestabilannya. Bayangkan kalau sistem magnetnya rosak pada kelajuan begitu ?

Di Lapangan Terbang Pu Dong
Tetapi tak puas, dalam masa 8 minit kami sudah sampai di Lapangan Terbang Pu Dong. Keluar dari train sahaja, tetiba bau hanching yang kurang menyenangkan. Spoil betul, tak dapat nak memuji-muji lagi.

Terus pergi ke tempat dimana van yang membawa barangan kami sudah menunggu. Kemudian terus check-in dan meronda-ronda sekitar lapangan terbang. Namun rasanya KLIA lebih baik dan menarik.

Kami melalui pemeriksaan imigresen yang agak ketat. Sekali lagi, apakah kerana berkopiah ? Komputer yang di bawa minta dikeluarkan daripada bag. Salah seorang anggota rombongan kami terpaksa di scan dua kali bagnya. China tidak membenarkan kita membawa keluar buah-buahan yang dibawa dalam kapalterbang.

Sebab tak banyak dapat membeli sebagai kenang-kenangan di Shanghai dan Hangzhou, terpaksa membeli sikit kat kedai-kedai yaang ada di airport. Mahal memang mahal sikot, tapi tak ada pilihan. Sambil menunggu panggilan masuk, sempat melayari internet yang disediakan percuma.

Penoh kapal terbang Mas Boeng 777 yang kami naikki. Dalam kapalterbang layan filem National Treasurer 2, filem lama yang rasanya aku ku beli DVDnya, tapi tak berkesempatan menontonya sebelum ini. Kemudian layan filem Avatar, tapi tak sempat habis. Penerbangan selama 5 jam 20 minit dirasakan lancar sahaja. Mungkin sebab kapalterbang besar.

Sampai Tanahair
Alhamdulillah lega, selamat kembali ke tanah air. Kami mendarat jam 9.20 malam, kemudian naik airport train dan erl kembali ke Putrajaya.

Ramai yang bertanyakan, seronok ke pergi China. Seronok ? Entahlah, tak adalah seronok sangat, tambah lagi apa yang dihajati tak kesampaian dan tidak dibeli. Bak kata pepatah, ‘Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri’. Nak pergi lagi ? Tak dapat nak bayangkan kalau peregi sendiri tanpa tour guide, khususnya bab makanan dan dapatkan tempat yang sesuai untuk shopping. Namun banyak pengalaman diperolehi sepanjang perjalanan ini.


Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah