Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikanlah pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, saat pahit, indah, muram, genting dan gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Alhamdulillah ! Kakdi Khatam Hafazan Al-Quran

5 Februari 2009, jam 1:52 tengahari sedang aku driving on the way ke Putrajaya untuk menghadiri meeting, tetiba aku terima SMS, "Umi abah, doakan kakdi dimudahkan jalan, insyaallah esok pagi kakdi nak khatam hafazan quran". Eh ! cepatnya detik hatiku, last Disember baru juzuk ke-22. While driving, aku balas "Amin" sahaja. Keesokannya, sebelum solat Jumaat 6 hb aku call kakdi bertanyakan khabar. Alhamdulillah semuanya selesai. Kakdi yang pertama dalam kelasnya yang sudah khatam. Semasa majlis diadakan, katanya dia berada di tengah-tengah dikalangan semua pelajar yang melingkarinya dalam kelasnya sambil berdepan dengan ustaz. Saspen juga katanya.

Anyway, tahniah diucapkan. Apa yang perlu sekarang ialah memastikan maintain kemampuan hafazan itu. Akupun sedang merancang untuk buat majlis kesyukuran di atas "kejayaan" tersebut. Tetapi belum pasti bila. Walaupun Kakdi pulang ke rumah pada hari tersebut dan seterusnya kami pulang ke Johor, namun tak sempat nak buat sebarang majlis. Kalau buat majlis ketika kakdi ada, baru rasa seronok atau lebih bermakna.

Semasa menghantar Kakdi pulang di Darul Quran, sempat aku singgah solat di masjidnya. Seperti biasa, bunyi seperti lebah berkumandang dalam masjid tersebut. Itulah bunyi orang sedang menghafal. Mungkin ini termasuk pelajar yang baru masuk awal Januari 2009 lalu. Pelbagai cara dan ragam bebudak tu menghafal.




dipetik dari www.bharian.com.my

Majlis khatam raikan 339 hafiz Darul Quran
Oleh Hasliza Hassan

SERAMAI 339 pelajar Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diraikan pada Majlis Khatam Hafazan al-Quran 2009 di kampusnya di Kuala Kubu Baharu, Selangor, baru-baru ini. Majlis setahun sekali itu meraikan pelajar semester enam peringkat diploma dan pelajar semester tiga pensijilan yang menghafaz al-Quran sehingga tamat 30 juzuk.

Tahun ini 219 pelajar diploma dan 120 pelajar peringkat sijil menerima sijil yang disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim, Othman Mustapha.

Othman dalam ucapan perasmiannya berkata, pelajar perlu meningkatkan kualiti hafazan kerana hafiz mereka mendapat kepercayaan masyarakat.



“Kualiti hafazan boleh ditingkatkan melalui pengulangan yang kerap. Pelajar pasti tidak berhenti setakat ini kerana untuk menguasai ilmu al-Quran kita perlu sentiasa berdampingan dan membaca al-Quran.

“Saya juga bangga dengan sokongan ibu bapa yang memberi semangat kepada anak untuk menghafaz al-Quran seterusnya menguasai ilmu itu untuk kepentingan diri serta masyarakat,” katanya.

Katanya, pelajar juga perlu bersedia menghadapi cabaran hafiz dengan menginsafi kelebihan dimiliki terutama peluang menimba ilmu dalam al-Quran. Penghargaan turut diberi kepada pensyarah tasmik yang bertanggungjawab terhadap pelajar khatam al-Quran.

Penubuhan Darul Quran pada 1966 cetusan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman yang berhasrat mewujudkan Institut Pengajian al-Quran di Malaysia.

Dikenali sebagai Maahad Tahfiz awalnya, ia dinaik taraf menjadi bahagian di Jakim dan diberi nama Darul Quran pada 1 November 1998 dengan kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Matlamat Darul Quran ialah mensepadukan ilmu duniawi dan ukhrawi untuk melahirkan profesional yang hafiz, mahir lagi berketrampilan selaras keperluan ummah dan negara selain menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendikiawan berkemampuan mengembalikan tradisi kegemilangan keilmuan Islam.

Darul Quran turut mengadakan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk merealisasikan program Persijilan Tahfiz al-Quran.

Program itu ditawarkan kepada pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melalui tempoh pengajian 18 bulan di Darul Quran. Pelajar itu. Tamat pengajian mereka ditempatkan di Pusat Asasi UIAM dalam bidang profesional seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan, seni bina, ekonomi dan sains pengurusan.

Darul Quran turut memperkenalkan Program Persijilan Tinggi Tarannum al-Quran yang dirangka khusus untuk melahirkan generasi al-Quran yang dapat mengembalikan tradisi kegemilangan ilmuwan Islam dalam usaha memartabatkan agama, bangsa dan negara di mata dunia.

Program berkenaan turut melahirkan qari dan qariah sekali gus mampu memikul cabaran diamanahkan negara. Program itu dikhususkan kepada semua masyarakat Islam terutama kepada mereka yang mempunyai pengalaman mewakili daerah dan negeri dalam ujian tilawah al-Quran.

Share:

5 Komen:

cikliah said...

Alhamdulillah... Tahniah kepada KakDi ! Juga kepada Umi dah Abahnya.

PkO said...

congrats kakdi.

Dr Halimah Ali said...

Salam. Tahniah dan mabruk kpd keluarga Hassan dan Kak Di. Semoga menjadi suri teladan kepada adik beradik yang lain serta generasi muda dan tua. Syabas.

Anonymous said...

Alhamdulillah dan syabas utk Kak Di.

cik keutmbar

Danny said...

NICE BLOG

Blog Tazkirah

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

Harian Metro

The Star Online

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

kata2