Rasanya dah lebih setahun tak menjejaki bumi Kota Kinabalu, Sabah. Pada 19hb Oktober yang lalu, berkesempatan singgah. Asalnya sebagai transit sebelum ke Lahat Datu. Namun biasalah, ada juga beberapa tugasan yang hendak diselesaikan.
Seperti tempat lain, Kota Kinabalu pun tidak terlepas daripada di landa jerebu. Tetapi bacaan ketika itu rasanya tidaklah berapa tinggi. Sekolah pun dibuka seperti biasa.
Nampak banyak juga perubahan, terutama dengan siapnya beberapa bangunan besar-besar serta kompleks membeli belah berdekatan atau di pinggiran laut. Namun tak sempat juga menyinggah lantaran keterbatasan masa.
Jadi aku layan yang biasa ajela, Kedai Jamilah, Pasar Filipino, Pasar Malam Sinsuran, Pasar Ikan Kering serta Pasar malam buah-buahan.
Makan malam pekena nasi ayam penyet ( RM 7 ) dengan sebijik kelapa segar ( RM 5 ) tanpa gula.
Nampaknya durian di sini seperti tiada musim dan sebaliknya ada sahaja sepanjang tahun.
Tak perlu terburu-buru nak beli ikan bilis atau makanan kering, kini dibuka 24 jam.
Cuma supermarket dalambangunan bersebelahan hotelku nampak jualanan murh penghabisan macam nak bungkus sahaja. Agaknya berpindah lokasi. itulah selalunya tempat nak beli jajan menghlangkan loya tekak ... huhu
Sesudah suboh aku saja meninjau-ninjau pasar ikan yang terletak berdekatan. Nampak macam itu juga.
Aku tidak berhasrat membeli untuk dibawa balik memandangkan selepas ini ke Lahad Datuk pulak.
Tak kuasa nak mengusungnya ke sana ke mari.
Ke Lahad Datu
Sebaik sarapan, terus checkout dan ke Airport. Aku tinggalkan bag pakaian serta kotak yang berisi makanan kering yang dibeli di pasar kering tadi malam di tempat perkhidmatan penyimpanan bag, bayar RM12 setiap beg untuk 12 jam simpanan.
Flight akan turun di Lapangan Terbang Lahad Datu. Aku tidak pernah sampai sana Lahad Datu. Destinasi akhirnya ialah Pejabat Cawangan Jabatanku yang terletak di Segama, kira-kira 40minit @ 35km perjalanan dari Lahat Datu.
Kerana keletihan, aku tidur sahaja dalam flight. Di luar kelihatan jerebu sahaja. Mungkin disebabkan flight terbang rendah sahaja. Sesedar, aku kehairanan, mengapa flight berhenti dekat di tepi jalan raya ?
Rupanya sudah selamat sampai di Lapangan Terbang Lahad Datu yang juga terletak di tepi jalan utama Lahad Datu-Sandakan. Kecil sahaja lapangan terbangnya.
Ku kira agak besar juga Bandar Lahad Datu ni. Maksudnya tidak tertumpu setempat bangunan pejabat kerajaan, hotel dan kemudahan awamnya.
Ke Segama
Selepas makan tengahari, terus menuju destinasi terakhir iaitu Segama dengan kereta Jabatanku bersama Ketua Cawangan Lahad Datu dan Segama. Apa maksud segama ? Tiada yang tahu.
Sepanjang perjalanan, kelihatan banyak hutan serta tanaman kelapa sawit. Selain ladang kepaala sawit persendirian, dikatakan banyak syarikat besar negara juga memiliki ladang sawit di sini, termasuk Tabung Haji.
Pejabat di Segama baru sahaja diberikan bekalan elektrik pada awal tahun ini. Sejak dibuka pada tahun 1995, anggota bertugas menggunakan bekalan elektrik yang terhad daripada set generator.
Keperluan akses kepada sistem komputer Jabatan dibuat di Pejabat Lahad Datu yang terletak 35km jaraknya. Kemasukan elektrik ini juga dikaitkan dengan pembinaan sebuah sekolah yang berdekatan.
Hopefully by this year, mereka dapat dilengkapi dengan keperluan ICT secukupnya. Aku kira akan diusahakan, memandangkan sambutan serta layanan baik yang aku terima sejak dari Lapangan Terbang tadi. Selain jamuan, turut dibekalkan dua biji limau bali yang ditanam di kawasan pejabat. Selaaian limau bali terdapat pokok buahan lain yang turut di tanam. Agaknya subur kawasannya.
Kemudian kembali ke Lahad Datu untuk singgah bertanya khabar serta masalah-masalah sistem yang dihadapi.
Aku perhatikan, urusan di kaunter berjalan lancar dan tidaklah sibuk sampai pelanggan menunggu lama.
Penangan Jerebu
Kemudian menuju ke Lapangan Terbang. Sedang menunggu, dimaklumkan flightku 5.30pm dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu dibatalkan. Dikatakan landasan tidak mempunyai lampu isyarat sebagai panduan kepada pilot semasa mendarat. Jerebu memang ketara kelihatan menerusi mata kasar.
Atas nasihat serta tiket yang diberikan oleh pihak Maswing, terpaksa lari ke Lapangan Terbang Tawau. Pihak MasWing ada memberikan tiket baru serta kupon teksi untuk ke Tawau yang dikatakan 2 jam perjalanan.
Asalnya, flight ke KK dari tawau depart jam 9.00pm. Jadi bertolak jam 6, tambah 2 jam, maka sempatlah sampai jam 8malam. Aku memilih naik kenderaan jabatan berbanding teksi yang disediakan oleh MasWing.
Tambah kerisuan, bag pakaian ku di Lapangan Terbang KK perlu diambik, sebab kedai buka sampai 8 malam sahaja. Aku pun mohon pertolongan anggota Negeri untuk mengambilnya.
Terkejar-kejar, sampai Dewan Perlepasan Lapangan Terbang Tawau, dimaklumkan flight delay ke 10.00pm. Diberi tiket flight Kota Kinabalu ke KLIA pula 10.30pm. Mana sempat ?? Tersadai di airport KK la nampaknya.
Sesampai Kota Kinabalu 11.10pm, diberi kupon makan, hotel dan taxi selain tiket flight esoknya atau hari ni, 6.05am. Awalnya ??? Sempat ke bangun dan sarapan. Suboh pula jam 4.44 pagi. Bila pula barangku perlu dihantar oleh anggota negeri, ke hotek atau terus Lapangan Terbang ? Agak letih juga memikirkan …
Tidak adakah pilihan walaupun ada VIP yang perlu sampai KL untuk hadir parlimen esok. Ada pesakit yang perlu sampai segera ke Institut Jantung Negara.
Pagi esok pula patutnya aku kena chair meeting. Jerebu tu buta, tak kenal bahaya, nyawa, impak ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan menyusahkan. Moga ada hikmahnya ...
Penerbangan kembali KK ke KLIA
Esok paginya bergegas bersiap untuk ke Lapangan Terbang. Tidur pun tak berapa nenyak, takut terlepas kapalterbang. Perjaalanan hotel ke Lapangan Terbang cuma mengambil masa 10 minit sahaja. Pagi buta jalan clear.
Barangku dari anggota Negeri belum sampai lagi. Terpaksa chek-in kotak yang berisi limau bali sahaja.
Kekadang ku fikirkan, baik sedekah kepada pekerja Lapangan Terbang sahaja daripada membeban diri usung ke sana kemari.
5.30 sampailah barangku, tapi tak sempat nak check-in. Terpaksa hand carry sahaja .. argh. Namun Alahamdulillah, kalau tak sampai tadi aku minta diposkan sahaja … huhu.
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
14 minutes ago
1 Komen:
syukur je selamat semuanya.,
salam ziarah bang hassan ;)
Post a Comment