
Berkunjung ke Port Dickson tidak semestinya hanya berkelah dan mandi-manda di pantainya, khususnya Pantai Telok Kemang. Memang itu tumpuannya pada hujung minggu, khususnya jika ada cuti yang panjang sedikit. Jalan menuju Port Dickson menjadi sesak, apatah lagi jalan-jalan di pesisir pantai. Malahan ruang parking hotel pun jadi tidak mencukupi, menyebabkan kenderaan dipark di tepi jalan sahaja. Sebenarnya banyak perkara menarik di sekitar Port Dickson....