Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Kenangan Kembara Korban Kemboja 2019

Berpeluang Menyembelih Sendiri Lembu Korban ..

Singgah ambil angin segar

2 Februari 2019 ...

Tugasan Baru penghujung 2019

Balik2 cuti panjang, dapat tugasan baru musim2 tengkujoh ni ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Ke Taman Tamaddun Islam Pulau Wan Man

Sejak mula dibuka kepada orang ramai pada Februari 2008, aku tidak berkesempatan mengunjunginya. Namun pernah mengunjungi beberapa binaan lain berdekatan yang juga terletak di Pulau Wan Man Kuala Terengganu seperti Masjid Kristal dan Dewan Konvensyen. Keseluruhan projek bernilai RM249.3 bagi menjadikan Pulau Wan Man yang sebelumnya merupakan pulau yang dipenuhi pokok nipah itu telah menimbulkan pelbagai kontraversi sejak ianya mula dibina.

Kontraversi ini meliputi daripada isu pembaziran lantaran perbelanjanaan pembinaan sepatutunya digunakan untuk perkara lain yang lebih utama dan dimanfaati rakyat, perlantikan kontraktor luar, isu penduduk tempatan dipinggirkan dalam sub-kontrak pembinaan dan perasmian Masjid Kristal yang sepatutunya dilakukan oleh Sultan.

Namun aku berkesempatan singgah dan masuk ke Taman Tamaddun Islam Pulau Wan Man pada 6 Jun 2013. Tiket masuk untuk dewasa RM20, termasuk baucer RM2 untuk membeli cenderahati di kedai cenderahati dan makanan di gerai makanan di luar Taman. Selain daripada tiket, kami diberikan buku passport dengan cop sebagai bukti lawatan dan tawaran istimewa untuk lawatan kedua dan ketiga. Buku tersebut juga mengandungi keterangan mengenai monumen yang terdapat dalam taman ini.

Taman Tamadun Islam ( TTI ) ini dikatakan merupakan taman tema bercirikan Islam yang pertama dan satu-satunya di dunia dari segi kesenian rekabentuk serta kebudayaan menerusi 21 buah monumen yang dibangunkan. Ianya menonjolkan keunggulan islam dalam pelbagai seni bina khususnya didalam pembuatan masjid.

Semua monumen yang dibangunkan didalam taman tema ini adalah mengikut skala 1:8 daripada saiz asal. Di sesetengah monumen terdapat pameran serta dewan tayangan video bagi memberi maklumat lanjut kepada pengunjung.

Terdapat kemudahan seperti trem, basikal dan buggy sedia untuk disewa bagi memudahkan perjalanan dalam di taman ini. Tidak pasti berapa kadar sewaannya. Tapi aku memilih untuk berjalan kaki sahaja.

Bermula dengan monumen masjid Masjid Xian dari China yang unik binaannya. Ini binaan yang menempatkan ruang solat atau sekadar menaranya sahaja ?

Diikuti dengan monument berbentuk Masjid Negara Malaysia. Aku begitu impress. Macam betul-betul saja kalau ambik gambar dekat.

Seterusnya Masjid Kuddus Mina dari Indonesia yang nampak tradisional atau klasik. Terasa macam ada masjid lama di Malaysia seakan-akan binaan ini.

Masjid Sultan Omar Syarif dari Brunei mengingatkan aku kepada kunjungan ke sana. Cuma warnanya tidak seputih yang asal dan kubah emasnya tidak berwarna seperti emas berkilau.

Apabila sampai ke monumen Taj Mahal dari India, baru aku perasan betapa kurangnya kerja penyelenggaraan dilakukan ke atas monument yang terdapat di sini.

Cat yang sudah luntur dan warna keputihan Taj Mahal mulai pudar dan tidak nampak menarik apabila berada pada jarak dekat.

Bagiku yang paling menakjubkan ialah Kubah As Sakhra dari Palestina. Daripada jauh sudah kelihatan keunikan kubah kuningnya.

Masuk ke dalamnya, terasa macam real atau betul-betul. Corak dinding, tiang, tingkap dan silingnya sungguh menarik.

Ini ditambah dengan replika batu tergantung yang terdapat ditengah-tengah binaan di bawah kubah.


Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dari Arab Saudi agak mengecewakan sedikit, walaupun marmar binaan seperti real.

Banyak bahagian yang sudah rosak serta pecah dan berdasarkan khemah yang dipasang, berkemungkinan juga kerja pembaikpulih sedang dan telah lama dilakukan.

Agaknya kalau dibesarkan sedikit skala, boleh pengunjung merasai nak tawaf dan saie. Ruang pameran Masjidil Haram di bahagian bawah juga ditutup

Keunikan Masjid Al Hambra dari Spanyol nampak cantik dan jelas digambarkan dari monumen yang dihasilkan.

Berikut adalah beberapa monument lain yang menghiasi TTI.


Melihat kepada beberapa bentuk monumen yang juga merujuk kepada binaan sebenar di negara masing-masing, timbul persoalan.

Apakah binaan tersebut yang bercirikan senibina Islam ataupun ciri rekabentuk bangsa atau negara berkenaan yang diapplykan kepada bangunan yang dihungkaitkan dengan kegunaan umat Islam khususnya untuk beribadah ?

Apa yang perlu dilakukan oleh pengurusan TTI ini menyelenggara dan memastikan monumen dalam keadaan baik, cat tidak lusuh, dinding binaan tidak menggelupas serta warnanya tidak pudar. Apakah sengaja dibiarkan bagi melambangkan begitu juga binaan yang sebenar di negera-negara berkenaan ?

Di akhir lawatan kami singgah di kedai cenderahati bagi membeli tanda kenangan berkunjung ke di taman tema dan terus keluar daripada kompleks TTI menuju ke bazaar makanan.
Share:

Johor Premium Outlets : Tak Murah Pun ?

Pada 8 Jun yang lalu, aku berkesempatan mengunjungi Johor Premium Outlets atau dikenali sebagai JPO. Ia dikatakan sebagai satu destinasi bagi pelancong yang gemar bershopping, khususnya bagi barangan berjenama. Mula dibuka pada Disember 2011, JPO terletak Kulaijaya yang boleh diikuti melalui Lebuhraya Utara Selatan selepas Persimpangan Senai Utara. Johor Premium Outlets merupakan 'premium outlets' yang pertama dibina di Asia Tenggara. Macam tidak percaya pada asalnya bila sampai, ditengah-tengah ladang kelapa sawit ada kompleks bangunan pusat membeli belah JPO.

Di JPO pelbagai barangan dan dikatakan bertaraf antarabangsa dijual di sini dengan potongan harga sepanjang tahun. Maknanya jika di luar sana jualan murah diadakan secara bermusim, tetapi di JPO ianya dikatakan jualan murah sepanjang tahun. Persoalannya benarkah barangan yang dijual di sini benar-benar murah ? Entahlah, aku yang tidak kisah dengan jenama, maksudnya tidak menggilai pakai yang berjenama tersohor, barangkali tak dapat nak buat penilaian tepat.

Berjalan dari outlet demi oulet, tingkat demi tingkat, blok demo blok, memang dipaparkan atau diiklankan potongan antara 10 – 70 % bagi setiap barangan yang dijual. Susunan kedai kira menarik, luas dan selesa untuk pengunjung. Barangan terdiri daripada pelbagai pakaian, pakaian sukan, aksesori lelaki dan wanita, minyak wangi serta gerai makan. Tak tahu aku nak banding apakah harga asalnya sama dengan harga yang terjual di luar sama.

Sesetengah outlet, jumlah pelanggan atau pengunjung dihadkan. Maknanya tunggu diluar sehingga kebenaran diberikan mengikut jumlah pengunjung tertentu. Mungkin bagi memberikan keselesaan mereka yang berada di dalam atau factor keselamatan. Sampai gitu sekali …

Tapi rumusan yang boleh aku buat ialah, tidaklah murah sangat berbanding dengan kalau betul-betul sales di luar JPO. Aku memasukki kedai perlatan sukan, barangan yang dijual pula macam fesyen lama aje. Apakah JPO menjadi tempat longokkan barangan lama yang tidak laku atau untuk habiskan stok, lantas dijual murah ? Jersey-jersey bola pasukan ternama kebanyakannya adalah jersi lama.

Kedai BONIA pula macam tidak banyak pilihan, sebabku memang berhasrat nak beli jam jenama BONIA. Design pun tidaklah berapa cantik. Rasanya rega kat luar lagi murah, selain banyak pilihan, terutama ketika jualan murah.

So rasanya tidak adalah hasrat sangat untuk berkunjung ke sini lagi pada masa akan datang. Mungkin ini kunjungan yang pertama dan terakhir … ha ! ha !

Namun nyangkut juga aku membeli seutas jam tangan lelaki berjenama yang harga asalnya RM499, tetapi aku cuma membayar RM149.70 untuk potongan sebanyak 70%. At least ada kenangan-kenangan berkunjung di JPO. Mungkin bagi peminat barangan jenama yang highclass merasakan ini syurga shopping bagi mereka
Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah