Pada 20 November 2010, aku sekeluarga berkesempatan berkunjung semula ke Pulau Pangkor. Kali terakhir kami ke sana rasanya pada tahun 1998, iaitu selepas anak sulongku menduduki UPSR dan ketika itu demam PRU sedang melanda negara. Ternyata Pulau Pangkor mengalami perubahan. Apakah lantaran MB Perak adalah ADUN Pangor ? Apa yang istimewanya Pulau Pangkor, jika dibandingkan dengan pulau-pulau lain di Malaysia seperti Langkawi, Perhentian, Tioman dan Pulau Pinang.
Kenapa dinamakan Pulau Pangkor ? Terdapat Dua Versi Asal Usul Nama Pulau Pangkor. Versi pertama ialah daripada pedagang dari cina yang belayar ke sini, tetapi dilanda ombak besar. Lalu tiang layar yang dipanggil ‘pang’ telah patah. ‘Kor’ juga bermaksud ‘patah. Maka sepakat menamakan Pulau Pangkor sempena kejadian tersebut. Manakala versi kedua ialah bersempena dengan nama orang yang mula-mula pindah ke situ membina penghidupan iaitu Pak Pangkor dan keluarganya yang berasal dari Pantai Remis.
Jeti Pulau Marina
Kalau dulu kami ke Pangkor dari Jeti di Lumut, tetapi kali ini dari tempat baru iaitu di Jeti Pulau Marina. Perjalanan ke Pulau Pangkor menjadi singkat, sesingkat antara 10 – 15 minit berbanding 45 minit kalau dari tempat lama iaitu Jeti Lumut. Dikatakan Jeti ini mahu diangkat ke tahap antarabangsa bagi membolehkan Cruise Liner antarabangsa berlabuh di sini.
Pulau Marina merupakan pulau buatan manusia seluas 316.9 ekar dan dihubungkan kepada tanah besar oleh jambatan atau tambak sepanjang 400 meter. Persekitarannya agak menarik, walaupun masih banyak yang kosong, terutamanya rumah serta kedai-kedai yang masih belum dihuni. Rekabentuk bangunan sekitar agak moden. Parking pun mudah. Pemandangan tepi lautnya juga kelihatan begitu indah.
Tiket perjalanan biasa ialah RM15 bagi dua hala. Tetapi aku daftar jadi Ahli Sekeluarga yang seterusnya membolehkan dapar harga tiket diskaun iaitu RM10 seorang untuk dua hala.
Pantai Pasir Bogak
Kami menginap di sebuah hotel berhampiran Pantai Pasir Bogak. Sekitar hotel ini nampakanya ramai orang Cina termasuk kedai runcit dan gerai makan. Pantai Pasir Bogak dikatakan sebagai "Greatest Swimming pool in the World."
Entahlah, apa ukuran dakwaan tersebut. Entah betul entah tidak. Tetapi air di pantai tersebut memang agak cetek dan jernih. Pelbagai aktiviti diadakan di pantai tersebut selain mandi manda.
Tetapi agak ramai dan ‘crowded’, dengan aktiviti sukan air seperti jet-ski, snorkeling, berkayak, menaikki bot serta banana boat. Dari sini boleh sewa naik bot mengelilingi pulau. Turut diadakan sukan pantai seperti bola tampar pantai. Tampak meriah. Mungkin kerana hujung minggu dan musim cuti sekolah.
Teluk Nipah
Aku tidak sempat singgah, tetapi lalu sahaja. Memang cantik tempatnya dan boleh dianggap perkampungan Melayu lantaran ramai orang Melayu di sini. Next time kalau datang boleh cari tempat penginapan sekitar Teluk Nipah. Banyak chalet dan rumah tumpangan di sini.
Berbanding Pantai Pasir Bogak, rasanya tempat ini lagi cantek. Dari pantainya jelas kelihatan dua buah pulau lain iaitu Pulau Giam dan Pulau Mentagor. Di sekitar pulau tersebut dikatakan tempat yang menarik untuk aktiviti snorkeling. Malah ketika air surut, dikatakan boleh berjalan kaki ke Pulau Giam serta melihat terus hidupan batu karang.
Kilang Sate Ikan
Van yang membawa kami, singgah di sebuah tempat yang dikatakan Kilang Sate Ikan. Nampaknya poengusahanya orang Cina. Aku kira bukan sate ikan, tetapi kilang mengeluarkan hasil laut yang tidak terhad kepada sate ikan. Ingatkan boleh lihat bagaimana mereka memproses, tetapi tiada di sebabkan hujung minggu mereka bercuti.
Aku sebenarnya tidak berniat nak beli hasli laut Pangkor sebab aku teringat emel yang aku terima sebelum ini,siap dengan gambar tentang bagaimana hasi laut Pangkor yang dijemur, dipijak-pijak oleh anjing yang berkeliaran. Walaupun ada cop halal, tapi aku masih meraguinya.
Taman Fu Ling
Taman Fu Ling atau disebut juga sebagai Taman Fu Ling Kung merupakan sebuah taman yang di dalamnya terdapat sebuah temple yang rasanya berkait dengan penganut Taoism. Ia terletak di tepi bukit bersebelahan dengan jalan besar di Sungai Pinang Besar.
Tarikan utama di sini ialah terdapatnya mini Tembok Besar China bersebelahan kuil berkenaan. Agak panjang juga tembok mini ini.
Juga terdapat kolam yang dipenuhi dengan pelbagai jenis ikan termasuk tilapia dan ikan gergasi arapaima dari Hutam Amazon serta mini zoo atau taman hidupan liar.
Kota Belanda
Kota Belanda terletak di Kampung Teluk Gedung iaitu di selatan Pangkor. Kota ini dibina pada tahun 1680. Ia merupakan sebuah kota batu binaan penjajah Belanda iaitu penjajahan pertama Eropah di Perak, bermula pada tahun 1641.
Tujuan pembinaannya adalah sebagai sebuah kubu pertahanan bagi mengelak serangan lanun dan penduduk tempatan yang memberontak terhadap pemerintahan penjajah Belanda. Kota ini juga berfungsi mengawal laluan barang dagangan di Perak terutamanya biji timah.
Walaupun pihak Belanda menempatkan tentera mereka di Pulau Pangkor, namun pahlawan tempatan yang bernama Panglima Kulup telah menyerang Kota Belanda beberapa kali tanpa berputus asa sehingga berjaya menewaskan Belanda dan menghalau mereka dari Pulau Pangkor. Akibatnya markas Belanda terpaksa ditutup. Kubu peninggalan Belanda itu dikekalkan dan menjadi bahan tinggalan sejarah hingga ke hari ini.
Jeti Pangkor
Masa datang dulu rasanya Jeti inimasih diperbuatdaripada kayu. Kini telah diupgrade dan lebih baik lagi. Jeti ini digunakan oleh feri dari kedua-dua arah iaitu dari Lumut atau Pulau Marina.
Tapi yang sukarnya tidak ada pengumuman ketibaan atau perlepasan kepada/dari kedua-dua pelabuhan di tanah besar sana. Skrin TVnya ada danbesar juga, tapi tidak digunakan.
Klik Untuk Lagi Gambar
Tentera AS tersilap tembak jet sendiri
1 hour ago
0 Komen:
Post a Comment