Terasa cepat masa berlalu, kini time to check-out. Tetapi kekadang tu terasa lama dan tak sabar nak balik tanahair lantaran cuaca dan makanan yang tak best. Kalau ditanyakan best ke gi Las Vegas, maka jawapan ringkas ku, ‘tak best sebab terasa syurga semakin menjauh’.
Melihat pelbagai ragam manusia di kota Las Vegas, tidak kira sama ada pelancung luar, orang tempatan, orang Amerika atau pendatang, terfikir dalam hatiku, apakah yang bermain dalam fikiran mereka, apa matlamat hidup mereka ?
Cuba untuk check out secara interaktif on-line dengan remote control di TV yang disediakan, namun dapat mesej server error. Nak canggih sangat. TV yang disediakan besar skrinnya, aku kira 40inci. Tapi TV tersebut sekadar menjadi peneman ketika tidur malam hari. Mana ada masa sangat tengok TV. Turut disediakan movie-on-demand, tetapi tak sempat tengok. Lagpun kena caj bagi setiap demand.
Turun ke lobi untuk checkout, cepat sahaja prosesnya. Tak payah susah-susah dengan remote-control. Then cari taxi untuk ke airport yang juga airport yang sama masa aku datang tempohari iaitu McCarran International Airport.
McCaran International Airport
Ia merupakan airport komersial utama di Las Vegas yang kelihatannya terletak ditengah-tengah kota Las Vegas. Aiport ini mempunyai tiga terminal dengan empat runaway. Nama McCarran diambil bersempena dengan nama seorang Senator Nevada iaitu Pat McCarran.
Melihatkan saiz dan orang yang ramai, aku kira airport ini agak sibuk juga sebagaimana KLIA walaupun banyak menghubungkan Las Vegas dengan kota-kota di Amerika dan Kanada sahaja.
Sebagaimana lobi hotel, di beberapa sudut di airport ini turut menyediakan mesin-mesin judi. Sapalah yang masih menyempat nak berjudi menghabiskan sisa duit atau melepaskan gian ??
Tetapi macam kurang saja sambutan, sebab tak nampak sangat orang berada di mesin judi berkenaan.
Yang mengejutkan aku apabila check-in, bag kedua aku kena caj USD100, pergh … RM360 !!! Pihak penaja ada kata yang aku boleh bawa dua bag ke dalam flight. Harap boleh claim nanti.
Tiba Los Angeles
Perjalanan Las Vegas ke Los Angeles, memakan masa kekira 1jam 45 minit sahaja. Dalam flight American Airlines pun cuma diberikan air jus.
Sampai aje airport Los Angeles, ambil bagasi dan terus cari taxi untuk ke tempat penginapan yang telah ditempah menerusi Agoda sebelum ini.
Aku cuba nak lihat dan hayati keindahan Los Angeles, tetapi terasa mengantuk sangat sehingga tertidur. Pemandu orang Sri Lanka beragama Islam yang sudah bertahun menetap di Los Angeles. Tetapi masih belum jadi permanent resident atau memang tidak berminat.
Sampai ke tempat yang ditujui, terus uruskan kemasukan walaupun masih awal dua jam daripada waktu yang sepatutnya.
Rupanya kami menyewa apartment satu bilik di kawasan Hollywood yang terkenal dengan selebriti bintang filem.
Ok juga, luas apartmennya dan lengkap dengan kemudahan dapor serta alatan memasak. Yang penting kena ada cerek elektrik dan peti sejuk.
Mulalah melantak mee segera dan air 3-in-1 yang di bawa sebelum ini, tetapi tidak sempat untuk dijamah. Kemudian berehat lantaran kepenatan.
Hollywood Tour
Lepas asar, keluar nak lihat apa yang ada sekitar penginapan. Tetiba lihat satu promosi tour sekitar kawasan Hollywood dan Beverly Hill dengan USD30 sahaja. Maka joinlah sama.
Kami menaikki kenderaan khas tanpa bumbung, kira-kira ada 15 orang dalamnya. Sepanjang perjalanan, driver berceloteh dan bertindak sebagai pemandu pelancong. Sungguh informatif penjelasannya.
Mula-mula kami ke Mulholland Hill dimana atas bukitnya boleh lihat kota Los Angeles serta bergambar dengar berlatar belakangkan perkataan HOLLYWOOD.
Menurut pemandu kami, asal perkataan itu dibuat sebagai iklan bagi menarik orang ramai membeli hartanah di Hollywood. Ia hanya bertahan setahun setengah setelah penjualan laku. Namun atas permintaan ramai, perkataan tersebut dibangunkan semula dan silih berganti sehinggalah sekarang.
Namun cuaca kurang mengizinkan menyebabkan tidak adapat shot yang menarik untuk bergambar dengan berlatar belakangkan perkataan Hollywood. Di mana agaknya spot yang boleh ?
Kemudian kami di bawa menyusuri Sunset Strip dimana penghujung jalannya merupakan tempat yang cantik melihat matahari terbenar dan seterusnya ke Beverly Hills.
Di Beverly Hills kami dibawah melihat rumah-rumah selebriti Hollywood. Tak ada yang aku kenal apabila disebut kecuali Leonardo Di Caprio dan Keanu Reeve. Rumah di bawah ini dikatakan milik Keanu Reeve.
Namun rumah-rumah mereka tidaklah kelihatan besar mewah lantaran terlindung dengan pokok-pokok serta pagar rumah mereka.
Ditunjukkan juga beberapa bangunan perniagaan millik selebriti serta dewan persembahan seperti Stand-up Comedy oleh beberapa pelawak.
Kami beransur pulang. Hari semakin gelap, pemandangan juga semakin kurang jelas. Tetapi memang pro informasi pemandu !! Tak macam pemandu yang sering aku temui di mana-mana.
Restoren Makanan Halal
Tak semena-mena jumpa restoran yang menjual makanan halal. Dekat aje dengan apartment tempat tinggalku.
Pengusahanya orang Mesir bernama Muhamad yang telah 15 tahun tinggal Los Angeles.
Tapi menu halalnya terhad sahaja, hanya untuk beberapa jenis iaitu Hotdog, Talco, Sandwich dan kebab. Bila ditanya apa yang dikatakan certified halal, di tunjukkan 'sijil' berkaitan.
Tak kiralah, asalkan ianya halal. So, aku tidak melepaskan peluang untuk makan malam pada malam ini.
Helikopter terhempas di hospital di Turkiye, empat maut
24 minutes ago
0 Komen:
Post a Comment