
Jika pada Ramadhan tahun lepas, heboh diperkatakan seorang YB DAP wanita Cina masuk surau, tetapi Ramadhan yang lalu, kes sebaliknya. Diberitakan pasukan penguatkuasa JAIS membuat serbuan ke atas sebuah gereja. Bunyi serbuan meninggalkan pelbagai tafsiran yang seolah-olah ganas, menceroboh masuk dan pelbagai istilah negatif lain. Berita kejadian ini disensasikan lagi dengan kepentingan politik kepartian, bagi memastikan satu pihak terasa kelihatan...