
Insya’allah kalau takde aral melintang, aku terpilih oleh Tabung Haji dan akan ke Mekah pada musim haji tahun ini. Tempoh mencukupkan wang oleh Tabung Haji berakhir semalam. Atas bantuan isteriku mencukupkan apa yang kurang, akhirnya cukup juga. Surat arahan seterusnya baru diterima untuk melaksanakan beberapa perkara seperti Pemeriksaan Kesihatan di Tangling pada 11 Julai dan Kursus Haji Perdana pada akhir Julai 2009 ini di Masjid Negara. Kami telahpun...