Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kemelut di Perak sebaik perpindahan kuasa parti pemerintah awal tahun ini, tentunya begitu menanti-nantikan apa yang bakal berlaku pada 7 Mei 2009, iaitu sidang DUN pertama sebaik perpindahan kuasa daripada Pakatan Rakyat ( PR ) kepada Barisan Nasional ( BN ). Ternyata, sesuatu yang mengejutkan ( barangkali ada yang sudah menjangkakan ) telah berlaku dan akan tercatat dalam satu sejarah, sebaris dengan yang pernah kita lihat di kaca TV sebagaimana pernah berlaku di Jepun, Korea dan entah negeri mana beberapa ketika dahulu.
Pokoknya bagiku, berlakunya sebagaimana di Dun Perak itu mungkin tidak akan berlaku sekiranya memasing mengikut undang-undang. Tetapi persoalannya, siapa yang betul mengikut undang-undang, dan siapa yang tidak mengikuti peraturan ? Satu pihak kata dia ikut undang-undang dan pihak satu lagi dikatakan yang menyalahi peraturan. Begitulah vice versa. Berdasarkan e-mail serta sumber lain, aku cuba abadikan kronologi peristiwa berkenaan sekadar untuk catatan atau rakaman peribadi yang mungkin ada kebaikan untuk yang lain, walaupun sedidkit outdated.
8.30 am - Polis menahan kira-kira 23 orang termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Pakatan yang melanggar perintah mahkamah daripada berkumpul di kawasan 500 meter dari bangunan SUK di sini. Antara yang ditahan adalah ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN Teratai, Jenice Lee.
Turut ditahan ialah pembantu khas Ahli Parlimen Ipoh Barat, P Sugumara. Semalam polis memperoleh perintah mahkamah bagi melarang orang awam dan ahli parti politik daripada berhimpun di kawasan lingkungan 500 meter dari bangunan SUK yang menempatkan DUN.
8.45 am - Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan kerana membawa poster, memakai baju hitam dan lilitan dengan tulisan 'BUBAR DUN". Sementara itu Seramai 16 orang ADUN Pakatan Rakyat yang baru sampai telah dihalang oleh polis untuk masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri tempat Persidangan yang akan diadakan pagi ini. Walaupun dengan alasan untuk meletakkan barang sebelum perbarisan diadakan namun mereka gagal untuk masuk sehingga sekarang.
Kawalan dari polis sangat ketat dan ini menunjukkan bahawa Sidang DUN Perak kali ini adalah yang paling ketat dikawal polis dalam sejarah demokrasi dunia.
9.30 am - Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, tiba untuk merasmikan pembukaan mesyuarat pertama persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Keberangkatan tiba baginda dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara, di perkarangan bangunan itu disambut Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Yang Dipertua Dewan, V Sivakumar dan timbalannya, Hee Yit Foong serta barisan Exco kerajaan negeri.
Sejurus kemudian, Raja Dr Nazrin menaiki Peterana Diraja dan menerima hormat diraja daripada pasukan kawalan kehormatan yang dibarisi 105 pegawai dan anggota batalion 1 Pasukan Gerak Am Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hulu Kinta dan lagu rasmi negeri Perak dimainkan oleh Pancaragam PDRM Cawangan Kedah
9.45 am - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri Perak masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk mereka telah berubah. Mereka kemudian mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah. Kedudukan diubat sekarang sama seperti kedudukan semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak.
10.00 am - Suasana masih kecoh dalam Dewan, Speaker, V Sivakumar, terus desak Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco dan tiga Adun Bebas keluar dewan dan tegaskan keputusan beliau adalah muktamad dan tidak akan benarkan perasmian sidang selagi mereka terbabit tidak keluar Dewan.
10.10 am - Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat Speaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak. Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN Pakatan Rakyat. Speaker juga mohon Setiausaha Kerajaan Negeri tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan. 10 orang masih belum keluar, Speaker mengatakan berulang kali Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar
10.26 am - Beberapa lagi penyokong parti ditahan. Masih ada kira-kira 500 orang berkumpul di pintu depan bangunan SUK Perak
10.41 am - Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kemukakan usul pecat Speaker, V Sivakumar dan disokong semua Adun Barisan Nasional (BN) dan Bebas tetapi ditolak oleh Speaker sendiri.
10.50 am - ADUN Bebas, Yit Foong, mencelah beliau mahu ambil alih perjalanan Dewan daripada Sivakumar. Beliau dakwa sebagai Timbalan Speaker kini miliki majoriti sokongan untuk jalankan tugas Speaker.
10.55 am - Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, bangun cadangkan bekas ADUN Sungkai ganti Sivakumar sebagai Speaker, disokong Exco Kanan, Datuk Hamidah
10.58 am - Cadangan ganti Sivakumar disahkan Yit Foong
11.00 am - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai, P.Ganeson, bangun dan angkat sumpah sebagai Speaker Dewan. Sivakumar, bagaimanapun masih berada di tempatnya dan pertikaman lidah terus berlaku. Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker) ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan Jawatan Kuasa Dewan. Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram. Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara untuk mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sg.Rapat.
11.23 am - Bekas ADUN Sungkai, R.Ganesan dilantik sebagai Speaker dan pada masa sama V Sivakumar masih di tempatnya.
11.31 am - Suasana dalam Dewan kembali tenang. V Sivakumar dan semua ADUN tidak berganjak dari tempat duduk mereka.
11.35 am - Di luar Dewan juga semakin tenang. Jumlah penyokong berkumpul semakin kurang, tidak sampai 100 orang yang tinggal.
12.27 pm- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Isnin ini (11 Mei) bagi membuat keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.
12.34 pm - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kembali kecoh apabila disambung semula selepas rehat selama sejam. Speaker, V Sivakumar tetap mengambil tempat di kerusi Speaker.
[Sidang DUN Rehat Selama Sejam]
12.49 pm - Speaker V.Sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu dia berulang kali halau keluar Ganesan tanpa gunakan pembesar suara
12.36 pm - Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat. Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya. Speaker arah R.Ganesan keluar dengan kuasa yang ada padanya
1.00 pm - Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN Pakatan Rakyat dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya. Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggung jawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suarnya tidak berfungsi. Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam
1.02 pm - Speaker "Haram" Ganesan tangguhkan sidang DUN selama sejam selepas luluskan satu usul oleh Exco kanan, Hamidah Osman.
[Sidang DUN Ditangguh Lagi Selama Sejam]
2.15 pm - Sidang Dewan Undangan Negeri Perak disambung semula dan terus kecoh isu perlantikan Speaker yang baru, R.Ganesan
2.17 pm - ADUN Pakatan Rakyat dari PKR, Chai Ming Kai cuba memeluk dan menarik keluar R.Ganesan dibantu beberapa ADUN DAP. Sementara itu beberapa orang ADUN BN tampil bagi menghalang tindakan tersebut
2.20 pm - Sidang DUN Perak terus kecoh bila pasukan polis berpakaian seragam sekitar 20 orang telah masuk campur menceroboh ke DUN Perak yang mulia. Terdapat usaha merampas kerusi Speaker. Sementara itu ADUN Pakatan Rakyat terus menghalang R.Ganesan mengambilalih tugas Speaker Dewan Undangan Negeri daripada Sivakumar. Sementara itu, Raja Muda Perak Raja Nazrin masih berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk merasmikan sidang kali ini
2.40 pm - Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis. Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker telah diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.
2.45 pm - Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker. Speaker Haran, R.Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas dan tidak dikenali.
2.50 pm - Tidak dapat dipastikan siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini. Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan. Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar. Namun ia tidak di patuhi ADUN berkenaan.
2.59 pm - R.Ganesan kini duduk di tempat Speaker dewan dan minta ahli dewan bertenang. Beberapa ADUN Pakatan Rakyat masih cuba halang tapi dikawal ketat oleh pihak polis dan individu yang tidak dikenali itu
3.07 pm - Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, buat usul sidang diteruskan dan untuk titah perasmian Raja Dr Nazrin Shah. Tapi Adun pembangkang terus membuat bising dan tidak duduk di tempat masing-masing.
3.11 pm - Speaker Haram, R.Ganesan keluar dewan untuk menjemput Raja Dr Nazrin Shah masuk dan merasmikan sidang Dewan.
Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka. Apabila turun Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda. Sebelum Sidang bermula sekali Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk mengarahakan semua anggota polis supaya keluar dari dewan
3.20 pm - Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, memasuki dewan dan sedang sampaikan titah perasmian. Semasa Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan secara paksa oleh beberapa individu yang tidak dikenali dan dipercayai "samseng" atau "polis" yang berpakaian preman.
Raja Muda Perak kemudian meninggalkan majlis, dengan diiringi oleh Dato' Seri Nizar yang difahamkan oleh Dato Ngeh telah dipanggil untuk mengadap tuanku di Kamar diRaja. Ia berikutan krisis kuasa dan sidang DUN Perak yang begitu kritikal dan panas hari ini. Apakah Raja Muda Perak akan bertindak secara profesional dan kemudiannya mengarahkan DUN Perak dibubarkan?. Mungkinkah perkara tentang kemelut politik dan Sidang DUN Perak akan dibawa kepada pengetahuan ayahandanya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam masa terdekat ini.
4.07 pm - Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN". Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Dato' Seri Nizar. Sesudah itu baginda bersalam dengan ADUN Pakatan Rakyat yang lain dan diikuti oleh ADUN Barisan Nasional.
4.10 pm - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, ditahan polis di pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri selepas ingkar arahan larangan.
4.12 pm - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ditangguh ke satu tarikh ditetapkan nanti. Usul oleh Menteri Besar BN Perak, Zambry Kadir dan diluluskan Ganesan walaupun dibantah ADUN Pakatan Rakyat.
2 remaja sengaja rentang tangga tengah jalan
8 minutes ago
0 Komen:
Post a Comment