Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikan pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, pahit, indah, muram, genting & gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Jika Masa Lalu Bisa Diputar Kembali ..

10 Februari 2019 : Singgah sekadar nak ambil gambar.

Menjamu Mata Di Bukit Keluang

3 Februari 2019 : Photobooth baru sebagai tarikan pengunjung ke Bukit Keluang, Besut.

Singgah di Pasat Siti Khadijah, Kota Bharu

4 Februari 2017 : Kenangan Singgah di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Masjid Selat Melaka

Destinasi wajib kunjungi jika ke Melaka sambil rehat dan solat ..

Ronda-ronda Dataran Putra, Putrajaya

Sekali-sekala ambil angin malam.

Bangunan Merah @ Stadthyus Melaka

Kota A Famosa dibina tampak begitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Namun untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama 5 bulan, sehingga dikatakan penduduk yang terperangkap di dalamnya kebuluran sampai terpaksa memakan kucing, tikus malah ada seorang wanita memakan bayinya yang mati.


Akhirnya pada 14 Januari 1641, Belanda berjaya menyerbu masuk dan bermulalah penaklukan Belanda di Melaka sehingga Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824 lantaran Belanda lebih berminat menjadikan Jakarta sebagai pusat pentadbiranya.

Bangunan Stadhyus di belakang adalah contoh peninggalan Belanda. Stadthuys ("dewan bandaraya" dalam bahasa Belanda) dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Share:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah