Begitu tragis sekali, rakyat Mesir boleh bersabar selama 30 tahun dengan karenah pemerintahan sekular Hosni Mubarak, tetapi tidak boleh bersabar dengan Presiden Mesir Dr Muhammad Morsi yang baru memerintah selama setahun. Sedangkan Morsi menang dan terpilih melalui cara demokrasi. Apakah dosa atau apakah kesalahan Morsi ? Apakah ini agenda barat lantaran sikap Morsi terhadap Israel ?
Hakikatnya sekular telah lama bertapak begitu lama di bumi para nabi ini dan bukannya mudah untuk membebaskan Mesir dan belenggu sekular, kendatipun di sinilah terdapat pelbagai institusi yang melahir pelbagai ulama dan pendakwah tersohor serata dunia.
Walaupun kelihatan masih ramai yang menyokongnya, namun golongan yang macamana sebenarnya yang sangat kuat berusaha menjatuhkan Morsi ? Mengapa pihak tentera kelihatan begitu cepat bertindak menahan Morsi serta pegawai kanannya serta mengambil alih kuasa pemerintahan ? Ia mungkin dilihat sebagai betapa rakusnya tentera Mesir untuk mempertahankan sekularisme dan melenyapkan Islam.
Apakah lantaran masih terdapat ramai saki baki penyokong Mubarak dalam jentera pemerintahan yang menyebabkan berlakunya sabotaj dalam pelaksanaan program kerajaan Morsi ?
Apa yang berlaku di Mesir sedikit sebanyak perulangan dengan apa yang berlaku di Algeria dimana parti islamanya, FIS dileburkan dan Perdana Menterinya dipaksa serahkan kuasa kepada tentera. Kini Morsi pula digulingkan oleh pihak tentera. Barat yang kononnya menjaja demokrasi, namun mereka hanya menerima demokrasi yang selaras dengan kehendak mereka.
Barat sentiasa membayangi tangan-tangan ghaib bagi merampas dan merosak demokrasi sekiranya bertentangan dengan selera dan kehendak mereka, apatah lagi jika ianya berkaitan dengan Islam.
Gambaran kini, penggulingan Morsi seolah-olah memberi isyarat bahawa rakyat boleh buang siapa sahaja Presiden yang mereka rasa tidak layak walaupun Presiden dilantik secara demokratik dan terma perlantikannya belum habis lagi.
Kini kita menanti apakah reaksi penyokong Morsi yang kebanyakannya ialah dari anggota Ikhwan Muslimin dan para aktivis yang simpati dengannya. Aku pun turut merasa kecewa yang amat sangat.
Bagaimana seorang yang berperibadi mulia, selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an dan selalu tahajjud dijatuhkan sebegitu rupa. Mungkin inilah fahaman sekular totok, orang sepertinya hanya layak duduk dalam masjid sahaja, bukannya Parlimen atau Istana Presiden.
Bagaimana kini kumpulan Ikhwan Muslimin mampu untuk menggerakkan penyokongnya yang bertebaran di seluruh Mesir bagi membalas atau bertindak terhadap penggulingan Morsi. Dunia menanti dan apakah Mesir selepas ini khususnya selepas ketua yang mengepalai caretaker government mengambil alih?
* Suatu Pemerhatian dari Siadah Daily
Tentera AS tersilap tembak jet sendiri
1 minute ago
0 Komen:
Post a Comment