Walaupun setelah sekian lama menjawat penjawat awam, namun rasanya baru pada tahun 2016 nilah berpeluang menghadiri Perhimpunan Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 1 Mei semalam. Sambutan Hari Pekerja 2016 adalah anjuran bersama Kementerian Sumber Manusia, Ceupacs, MTUC dan MEF yang berlangsung di Dewan Tun Razak PWTC
Acara sebelum sambutan rasmi menjadi gamat dan hingar bingar dengan persembahan ala-ala konsert dari beberapa agensi swasta. Beginikah sambutan setiap tahun ? Apakah kerana itu ramai yang hadir …
Dalam kegamatan para kontigen meraih perhatian para hakim untuk Pertandingan Kontigen Terbaik, harapnya mereka yang hadir tidak lupa kepada tema sambutan iaitu ‘Pekerja Berkemahiran Tonggak Ekonomi’ serta saranan PM supaya mewujudkan budaya berinovasi untuk lebih berdaya saing setelah 6 tindakan kerajaan di laksanakan dalam melahirkan pekerja berkemahiran.
6 tindakan tersebut adalah (1) Mentransformasi mekanisme permintaan dan penawaran TVET (2) Pinjaman pendidikan kepada yang ingin meningkatkan kemahiran (3) Tambahbaik undang perburuhan (4) Penambahbaik gaji dan produktiviti (5) Memperkasa jaringan keselamatan sosialdan (6) Membudayakan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Sehari sebelum itu, turut menyertai raptai sambutan. Aduh seksanya. Pengalaman pertama, kena incharge bab audio visual untuk sambutan. Nasib baik anak2 buah dah berpengalamaan dalam sambutan sebelum ini
Malah beberapa bulan sebelum itu, perbincangan telah berlansung sama ada dalam peringkat induk yang melibatkan pelbagai pihak penganjur bersama serta RTM, PDRM, DBKL serta peringkat dalaman kementeriaan selain AJk2 tertentu.
Tapi yang kritikalnya sehingga terpaksa PM masuk campur ialah apabila Ceupacs dan MTUC juga mengadakan sambutan yang sama pada pagi 1hb Mei 2016. Tambahan pemangku Presiden MTUC adalah Dun mewakili parti PKR.