Musim durian tiba lagi. Malah mungkin di sesetengah tempat, telahpun habis. Durian yang dimaksudkan ialah durian kampong kerana durian kawin ‘hasil kajian’ dengan nama berpangkalkan ‘huruf D’ seperti D24 dan D101 boleh didapati sepanjang masa, tiada bermusim. Tanda musim durian memuncak ialah apabila harganya jatuh sehingga beberapa sen sahaja sebiji. Ketika itu, pemilik dusun durian merungut dan pendapatan lumayan seperti peribahasa ‘durian runtuh’ tidak lagi menjadi kenyataan.
Membeli durian yang telah dipaketkan dalam plastik seperti yang terdapat di pasar raya serta sesetengah pasar malam dilihat mampu memberikan kepuasan kepada pembeli lantaran boleh lihat sendiri sama ada durian tersebut elok isinya, telah masak dan tidak tertipu seolah-olah membeli kulit durian yang berat itu.
Memilih durian bagi memastikan kita berpuas hati mendapat durian yang elok isi serta enak rasanya memang menjadi dilema. Ini kerana yang dilihat hanya durinya sedangkan yang hendak dimakan ialah isinya yang di dalam. Kekadang tu penjual pulak hanya boleh tebuk atau buka sedikit kulit durian tu sekiranya kita telah bersetuju nak beli atau lepas timbang. Itupun penjual pandai tebuk di tempat yang ‘sesuai’ untuk ditunjukkan kepada pembeli. Bimbang durian yang dibawa balik kerumah untuk santapan seisi keluarga, tetapi apabila dibuka isinya busuk, mentah atau tidak boleh di makan. Mulalah menyalahkan penjual ...
Namun berdasarkan pembacaan, pengalaman serta kata-kata orang, ada beberapa tips untuk memilih durian mengikut cita rasa dan memuaskan hati dan selera kita. Mungkin orang lain mempunyai cara tersendiri untuk memilih buah terbaik dari timbunan durian. Walaupun orang kata, `Don't judge a book by its cover'. Tapi dalam hal memilih buah durian, kata-kata tersebut tak boleh pakai.
Tengok Luaran Atau Kulit Durian
Pastikan anda belek-belek dan perhati betul-betul kulit durian sebelum beli. Jangan pilih kulit yang ada kesan gigitan tupai atau binatan lain. Jangan pilih buah yang kulitnya ada tompokan hitam (sebab itu tanda ia dah busuk). Kadang-kadang ada penjual yang cover tompokan hitam yang busuk dengan daun-daun.
Jangan pilih durian yang dah merekah atau terbelah sebab itu durian yang dah lama gugur. Ada sesetangahnya ikat durian tu dengan getah atau tali. Durian yang sudah pecah ataupun retak menyebabkan aroma dan rasa daging buah durian didalamnya hambar, tawar atau mungkin juga masam karena sudah terkontaminasi dengan udara luar.
Jangan pilih buah durian yang kulitnya ada kecacatan, berlubang atau mempunyai bentuk yang kemek tak sempurna. Amat penting elakkan membeli buah yang mempunyai sebarang lubang pada kulitnyanya kerana ini sering kali menunjukkan kemasukan "ulat" ke dalam buah. Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat, biasanya memiliki daging isi yang tebal, manis, dan berbiji kurus.
Tengok Duri Buah Durian
Duri sebenarnya melambangkan bagaimana isi buahnya. Kepada orang berpengalaman, mereka boleh tahu berapa kandungan isi buah durian dengan hanya melihat durinya sahaja. Cuba anda test penjual durin tu !!
Jika kulitnyat berduri jarang, besar dan agak tumpul karena biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, lebih mudah membukanya. Tetapi jika durian berkulit kecil dan durinya berjarak dekat, isi durian adalah lembek.
Rasa Berat Buah Durian
Kalau dirasakan terlalu ringan dibandingkan dengan saiz buah durian, mungkin itu durian yang dah lama dan nak kecut. Pilih durian yang mampat dan dirasakan beratnya sepadan dengan saiznya. Namun ingat,lagi berat lagi mahallah kalau dijual pakai timbang kilo !!!
Cium Bau Buah Durian
Cium bau dia bukan sesaja cium. Adakah baunya harum, menyengat atau kurang baunya? Selalunya kalau durian yang cukup matang dan sedap, baunya pasti harum semerbak dan rasa begitu menyelerakan.
Sedangkan yang kurang baunya tu, mungkin durian tu masih mentah, tak cukup masak atau baru nak masak. Tetapi kalau bau menyengat ala-ala bau tempoyak, maknanya itu durian yang sudah busuk !!!
Namun awas semasa mencium durian, bimbang tercoreng hidup atau tangan semasa memegang durian tersebut. Malah ada juga terdengar kisah penjual tidak bertanggungjawab menyiram durian yang dijual dengan bauan durian.
Perhatikan tangkai buah durian
Kalau tangkainyakecut semacam, mungkin buah tu buah yang lama. Kalau boleh, cebis sikit tangkai durian dengan kuku. Kalau kelihatan berlendir dan berwarna hijau, maka itu durian yang fresh dan baru gugur beberapa jam yang lalu. Kalau tangkai tu berwarna coklat, kecut dan kering semacam, berkemungkinan besar adalah buah yang dah lama gugur, mungkin dah gugur 3 empat hari. Kekadang tu ada penjual yang sengaja mematahkan tangkai atas beberapa alasan mereka.
Ada juga buah durian yang tangkainya jenis liat dan teguh. Biasanya buah durian yang bertangkai tahan lasak dan liat ini, isi buahnya memang lebih sedap dan manis daripada biasa. Menerusi tangkai juga boleh menentukan tebal dan tipisnya isinya. Jika tangkai durian tebal dan pendek dagingnya tebal. Sebaliknya jika tangkainya panjang, isi ‘daging’nya tipis.
Menggoncangkan Durian ??
Ada berani ke ? Ini untuk yang pro sahaja kot ? Atau berlagak pro !! Hanya gunakan semua jari tangan dan kedua telapak tangan tanpa sarung tangan, tampalkan kedua telapak tangan kepada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan pegang erat. Awas jangansampai luka !!
Kemudian angkat dengan menggunakan tenaga lengan dan goncangkan perlahan-lahan. Setelah yakin boleh melakukannya,goncangkan sedikit keras. Jika merasakan getaran kecil, itu artinya isi buah tersebut kering dan matang, karena isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam. Sedangkan isi yang lembab akan melekat.
Belah & Lihat Isinya
Suruh saja penjual belahkan durian yang ingin dibeli, lihat isinya dan jamah dengan tangan sama ada keras atau lembik. Kalau berpuashati, maka belilah dan sekiranya keras ( masih mentah ), minta ditukarkan kepada yang lain.
Kupas & Rasa Sebelum Beli
Setalah minta penjual belahkan durian yang ingin dibeli, ambil seulas dan cuba makan di situ sebelum beli. Kalau puas hati sebagaimana yang dijanjikan oleh penjual, maka belilah.
Maksudnya mungkin buah memang masak, tetapi mungkin rasanya tidak sepahit seperti yang dikatakan oleh penjual. Komplen saja, sebab yang penting, pastikan anda puas hati dulu baru beli. Yealah, rega mahal hendak dibayar, tetapi rasanya tidak seperti yang diharapkan. Maka pepandailah berurusan, jangan sampai bergaduh dengan si penjual sudahlah ... ha ! ha !
Tentera AS tersilap tembak jet sendiri
1 hour ago
0 Komen:
Post a Comment